๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฎ๐ฏ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐: ๐ฆ๐๐ ๐ข๐๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก
YAB Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memberi bayangan bahawa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji akan didedahkan dalam masa terdekat.
Sementara saya mengalu-alukan tindakan ini, saya juga berhak menarik perhatian orang ramai kepada latar belakangnya kenapa isu laporan RCI ini keluar secara tiba-tiba.
Saya timbulkan perkara ini dalam satu ceramah semasa Pilihanraya Negeri Johor dua minggu lepas untuk memberi pemahaman kepada orang ramai bagaimana kompromi politik akhirnya memakan diri, jika kompromi itu bertentangan dengan kepentingan awam.
Contoh yang paling baik ialah mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam Tabung Haji sepanjang lebih sedekad akibat kelemahan tadbir urus di bawah Barisan Nasional, yang disucikan oleh PAS atas nama perpaduan ummah.
Walaupun Tabung Haji telah diselamatkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan dalam tahun 2019, harga yang dibayar oleh rakyat adalah sangat tinggi.
Ia melibatkan puluhan bilion duit cukai rakyat untuk menanggung kerugian dari pelaburan-pelaburan Tabung Haji selama lebih sedekad.
Tabung Haji juga akan mengambil masa berdekad lagi untuk kukuh semula, sementara hutang berpuluh bilion itu perlu ditanggung oleh rakyat sekurang-kurangnya sedekad lagi.
Semasa Kerajaan Perpaduan yang ada ini dibentuk, antara keputusan paling awal yang perlu dibuat ialah mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai, sekitar awal tahun 2023.
Apabila sesuatu Suruhanjaya Diraja dibuat, hasil siasatan sepatutnya didedahkan kepada orang ramai kerana hanya isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan awam yang disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Diraja.
Laporan Suruhanjaya Diraja Tabung Haji adalah terperinci dan saya yakin ia akan menunjukkan bagaimana institusi itu rosak di bawah pentadbiran Umno.
Ia juga membantu rakyat menghadam bagaimana sepak terajang politik, melalui tindakan suci mensuci terutamanya oleh PAS, membawa kekeliruan di kalangan rakyat mengenai apa yang telah terjadi di Tabung Haji.
Sepatutnya, laporan RCI Tabung Haji itu didedahkan seawal 2023 lagi apabila laporan itu mula-mula siap.
Tetapi pada ketika itu, Datoโ Seri Anwar sangat berhati-hati untuk menjaga hati UMNO, maka keputusan dibuat untuk menanam laporan itu.
Hanya setelah saya bersuara untuk kesekian kali; dan kali ini bersuara dari luar sebagai pengkritik, barulah dengan cepat keputusan hendak dibuat untuk mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai.
Saya adalah orang yang paling gembira apabila laporan RCI Tabung Haji ini didedahkan kerana ia membuktikan semua pendedahan yang saya telah buat antara 2015 hingga 2018 mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah benar.
Saya lebih gembira kalau ia didedahkan dengan niat untuk membawa kebenaran seawal 2023 lagi, namun saya berdoa biarlah ada pengajaran kepada rakyat Malaysia dari episod-episod ini.
๐ฎ๐ฏ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak BERSAMA
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim melengahkan pendedahan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) demi menjaga hati Umno. Dia mendakwa penemuan laporan itu bakal membongkar kegagalan parti berkenaan mengurus dana simpanan jemaah haji itu.
Menurut pemimpin bersama Bersama itu, laporan berkenaan sepatutnya didedahkan pada 2023 selepas ia disiapkan kerana mengandungi dapatan berkepentingan awam yang wajib diketahui umum.
Rafizi, yang ketika itu anggota kabinet Anwar, mendakwa usaha mengumumkan laporan berkenaan ditangguhkan kerana perdana menteri mahu menjaga hubungan baik dengan Umno.
"Pada ketika itu, Anwar sangat berhati-hati untuk menjaga hati Umno, maka keputusan dibuat untuk menanam laporan itu,โ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Berita penuh: https://t.co/eCJiumeiaC
Data peribadi Khairul Aming bocor, riuh 1 Malaysia , tu pun sbb bill tak bayar.
Sampai Menteri masuk campur.
Yang data kita ni bocor dekat scammer apa cita ? Ada Menteri yang peduli ke? ๐คฃ๐คฃ
Apa kejadah nak buat lagi dua biji condo 65 tingkat kat tepi KLCC tu?
Semak tahu tak?!
Korang semua ni tak jaga skyline KL langsung lah. Nak halang lagi view KLCC tu dah kenapa?
Bodoh ke? Sapa bagi approval buat condo situ?
Bertambah banjir dan jem la kawasan tu.
Sebelum KA berapa ramai dah report pdpa tapi masuk peti sejuk?
Kemon aku punya report hari tu tahun 2016, tiba2 pdpa contact tanya ada isu lagi ke tak.
Now it's very clear how the Malays were labelled as lazy, like Stamford Raffles the 'so called' founder of Singapura.
Malays were painted as 'lazy' bcs they didn't obey & bow down to colonial masters terms.
kena baca interview founder eFishery Gibran Huzaifah dengan Bloomberg.
dia cerita macam mana dia buat 2 set of penyata kewangan, satu untuk internal (yang betul), satu untuk pelabur (yang doctored).
untuk 9 bulan pertama 2024 dia tunjuk eFishery punya revenue $752 juta, sedangkan hanya $157 juta.
masa Covid (2021) founder Softbank Mayosashi Son dengar 15 minute je pitch Gibran via video call, lepas tu terus stop and bagi valuation eFishery dalam USD300 juta.
tak lama lepas tu CEO Temasek Whatsapp Gibran mintak nak bincang pasal Temasek nak invest dalam eFishery.
semua berminat sebab terpesona dengan potensi eFishery melalui revenue yang skyrocket sebab numbers yang propped up oleh Gibran.
peranan audit firms iaitu Crowe Indonesia & Grant Thornton Indonesia yang signed off financial statements eFishery adalah antara faktor eFishery menerima pelaburan daripada nama-nama besar termasuk KWAP.
TERKINI
30 NGO MENDESAK TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY MEMECAT ATAU MEMBATALKAN PELANTIKAN SULTAN AHMAD BIN SULAYEM SEBAGAI CEO MMC PORT HOLDINGS YANG KAWAL BEBERAPA PELABUHAN UTAMA MALAYSIA
INI SUSULAN KAITAN SULTAN AHMAD DENGAN FAIL JEFFREY EPSTEIN