Isu kaum pelarian kini tular. Sempadan negara dicerobohi dengan mudah. Jenayah dilakukan secara berleluasa. Ada pihak mengambil kesempatan? Rakyat biasa sengsara dengan kehadiran kaum yang mencerobohi negara kita sendiri. Penguatkuasa tidak peka? Tiada undang-undang ke Malaysia?
@LailaParvez@dahfollowbelum Driving around without license causing accidents and deaths? Litters everywhere? Begging money in the middle of road traffic? Disturb people? Burglary? Forging official documents? Raping? We Malaysian are educated though. And we are not causing all these troubles.
Terkejut melihat di paparan pam, 25 liter RON95 berharga RM96.75. “Harga dengan subsidi RM49.75.”
Pada 2020 Mei (COVID-19) Harga RON95 pernah jatuh sehingga RM1.25 seliter.
30 ringgit boleh penuh tangki 25 liter.
Sekarang agak cemas bila lihat paparan pam RM60 pun belum penuh.
Dahulu kita sibuk dengan perkara hal ehwal luar. Tanpa sedar kedaulatan negara telah dicabar. Warga asing berkeliaran menggangu ketenteraman awam. Tanah diceroboh menyulitkan kehidupan harian. Media & pihak berkuasa berbolak balik. Semoga kita sentiasa sedar & tidak mudah lupa.
Dalam dunia pembuatan jam tangan. Hanya Seiko (sejak 1881) & Rolex (sejak 1905) sahaja merupakan syarikat jam tangan yang dianggap bersepadu vertikal. Semua komponen, pemasangan & kaliberasi dilakukan secara sendirian.
Coretan Jam Tangan.
Satu alat untuk memberitahu masa.
Aksesori yang mempunyai simbol profesionalisme.
Kenyataan fesyen. Kesetiaan jenama.
Terdapat banyak jenis jam tangan yang berada di pasaran dari pelbagai tingkat harga.
Setiap orang mesti ada satu dalam kehidupannya.
Bukan reka bentuk sebuah jam sahaja diambil kira. Penggunaan bahan seperti logam berharga, batu permata & banyak lagi dipilih & dihasilkan dengan teliti untuk kualiti yang terjamin. Kemahiran yang sangat tinggi diperlukan untuk menghasilkan kaliber yang kompleks & tepat.
Pakaian dari Muji boleh dipertimbangkan dari segi kualiti keseluruhan. Gaya minimalis & santai memberikan keselesaan & keyakinan. Fesyen yang tidak keterlaluan tetapi kemas. Harganya sedikit lebih tinggi daripada pakaian biasa. Sangat berbaloi. Baju T / Baju Kemeja RM50 - RM150.
Pembelian terbaik pada tahun 2025.
1) Dashcam & Android Player
2) Sony WH-1000XM5
3) Nomad Modern Leather Case
4) Xiaomi Smart Camera C301
5) Garmin Forerunner 165
6) Seiko 5 SRPE55K1
7) Pakaian dari Muji
Saya memutuskan untuk beli jam tangan besi pertama untuk diri sendiri. Sebagai suatu peringatan telah berkerjaya sekian tempoh & untuk kelihatan lebih formal. Buatan Swiss di luar jangkauan. Oleh yang demikian, dengan nilai bajet yang sedia ada, Seiko 5 menjadi pilihan. RM900.
Harapnya ada manis-manis selepas kejatuhan pasaran kripto buat yang membeli “Dip”.
Masih lagi menantikan berita baik dari XRP pada suku ke-4 tahun 2025.
Secara konsisten tambah pelaburan setiap bulan.
Mengikut strategi Dollar Cost Averaging.
Alhamdulillah dapat lihat pulangan dari negatif ke positif.
Boleh dikatakan, waktu yang tepat untuk masuk pelaburan.
InshaAllah saya tetap akan konsisten untuk tambah simpanan sedia ada.
Kumpul kekayaan demi keselesaan.
Ada yang bermula dengan pekerjaan.
Ada yang bermula dengan cahaya mata.
Ada juga yang bermula dengan nasihat.
Saya, mula dengan firasat.
Mencuba nasib dengan robo-advisor.
Tetapi waktu & cara yang tidak betul menyebabkan kerugian.
Saya keluarkan dan menanggung kerugian.
Tak lama kemudian, membaca artikel & melihat video di youtube berkenaan dengan perlaburan.
Dengan izinnya, saya gunakan sedikit simpanan saya untuk letak dalam salah satu robo adviser ketika Trump umum Tariff.