Pelajar Wanita Diselamatkan Dalam Cubaan Bunuh Diri Di Asrama UPM
SERI KEMBANGAN – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang pelajar wanita berusia 19 tahun yang dipercayai cuba terjun dari tingkat satu sebuah bangunan asrama tiga tingkat di Institut Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 7.37 pagi itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan bersama sebuah jentera LFRT, EMRS dan Water Tanker digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.
Komander Operasi, PBK I Nor Azuwan Zulghoni berkata, pasukan tiba di lokasi kira-kira jam 7.45 pagi sebelum menjalankan pemeriksaan awal serta usaha memujuk mangsa agar tidak bertindak di luar kawalan.
Menurutnya, hasil tindakan pantas dan pendekatan berhemah anggota bomba, mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dalam keadaan selamat.
“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.06 pagi selepas keadaan disahkan terkawal dan semua anggota kembali ke balai.
Difahamkan, mangsa kini menerima rawatan di hospital selain sedang menjalani sokongan ubat berkaitan masalah anxiety dan halusinasi.
Orang ramai yang berdepan tekanan emosi atau masalah kesihatan mental disaran mendapatkan bantuan segera daripada ahli keluarga, rakan terdekat atau pihak profesional bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.-MYNEWSHUB
Tiba-tiba keinget kata Habib Jafar:
“Yang tidak sampai ke kita, tidak perlu dicari tau.
Yang sampai dari mulut orang lain, tidak perlu dipercaya.
Dan yang sampai langsung dari orangnya, dimaafkan.”