"RM563 Juta Penyelenggaraan, pembaikan dan pencegahan cerun di seluruh negara termasuk untuk program pemantauan, pencegahan dan pelaporan serta amaran awal meliputi 1,573 cerun yang berisiko tinggi.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"Antara program persiapan banjir termasuklah: 1. RM100 Juta memastikan kelancaran persiapan banjir hujung tahun ini; 2. RM200 Juta kepada Tabung Bantuan Bencana Negara; dan 3. Mempertingkatkan tahap keselesaan pusat pemindahan (2/2)
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI
"Mengkaji dan merangka insentif cukai bagi projek CCUS dan Hydrogen Sulphide bagi memastikan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 kekal relevan dengan keperluan semasa industri.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"Memberi potongan cukai kepada entiti yang menaja aktiviti penanaman pokok atau projek kesedaran pemerliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang disahkan oleh FRIM.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"RM1 Bilion Menerbitkan Sukuk Biodiversiti untuk penanaman semula hutan terosot bagi menjanakan kredit karbon dengan kerjasama Kerajaan Negeri.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"RM10 Juta Membantu meringankan beban kerugian yang ditanggung oleh rakyat berikutan harta benda dan tanaman pertanian yang dirosakkan oleh hidupan liar.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"RM60 Juta Penambahan bilangan renjer komuniti kepada 2,000 (2023: 1,000 orang) daripada kalangan pesara Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Orang Asli dan komuniti setempat.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"Pelanjutan tempoh tawaran program Net Energy Metering (NEM) sehingga 31 Disember 2024 bagi menggalakkan pemasangan panel solar di premis kediaman.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"Projek rintis penggunaan kenderaan elektrik bagi kenderaan rasmi Kerajaan dalam usaha menjadikan Putrajaya model contoh untuk bandar rendah karbon di Malaysia.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"Menyokong pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) dengan melanjutkan potongan cukai ke atas penerbitan sukuk SRI sehingga tahun taksiran 2027.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"Menyokong pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) dengan melanjutkan pengecualian cukai kepada syarikat pengurusan dana yang menguruskan dana SRI.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"RM10 Juta Projek Rintis Penggunaan Gas Stimulan untuk memangkin pengeluaran getah sehingga 3 kali ganda di samping mampu menambah jangka hayat pokok getah sehingga 25 tahun.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"RM90 Juta Peruntukan kepada RISDA dan FELCRA sebanyak RM90 Juta bagi menggalakkan pekebun kecil mengoptimumkan penggunaan tanah ladang melalui penghasilan tanaman makanan dan ternakan.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan