INI KOMITMEN SAYA - Penyelesaian Projek Aspire Residence Cyberjaya.
Saya menunaikan janji saya kepada pembeli Aspire Residence Cyberjaya. Ini adalah follow-up perjumpaan saya bersama pembeli bulan lepas bahawa projek ini akan disiapkan dalam tempoh 16 bulan bermula April 2022.
Ketua Setiausaha KPKT pada hari ini
telah menyempurnakan Sesi Libat Urus Ke Arah Penubuhan Majlis Ekonomi Kitaran Negara. Sesi tersebut dihadiri oleh Kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri, PBT, pihak swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs).
Operasi Penyelamatan giat diadakan di semua negeri yang terjejas banjir termasuk negeri Pahang. Penyelarasan bantuan turut melibatkan lain-lain agensi berkaitan. Teruskan menjaga keselamatan diri sementara bantuan tiba.
Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat dengan lebih 1365 orang melibatkan 330 keluarga dipindahkan setakat jam 1.30 tengahari tadi. Gua Musang paling terjejas dengan mencatatkan lebih 800 mangsa banjir dipindahkan. Laporan lanjut @501Awani
Mangsa banjir yang masih berada di PPS seluruh Kelantan menurun kepada 3376 orang berbanding tengahari tadi melebihi 4000 orang. Daerah Kuala Krai merekodkan jumlah tertinggi dengan lebih 1900 orang mangsa banjir yang dipindahkan setakat malam ini @501Awani
19.12.2021 Berbesar hati dengan sokongan dan komitmen Pengurusan Tertinggi KPKT turun padang melihat sendiri pengurusan operasi JBPM menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir di Shah Alam petang ini.
19.12.2021 Mengiringi YAB Dato' Sri Ismail Sabri Perdana Menteri ke lokasi PPS SK Johan Setia dan SK Telok Gong untuk melihat keadaan dan memantau pengurusan mangsa banjir dikawasan yang terjejas teruk.
Keadaan bandar lama Gua Musang petang tadi. Banjir di Kelantan makin serius dengan lebih 2440 orang dipindahkan setakat 6 petang tadi. Laporan lanjut @501Awani
4,819 anggota Bomba diatur gerak bagi membantu kerja menyelamat dan memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri yang terjejas banjir.
-YB Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Menteri KPKT
#KPKTPrihatinRakyat#PasukanKPKT#KeluargaMalaysia
Majlis pengebumian Allahyarham PB Mohd Firdaus Bin Sulaiman berjalan dengan penuh hiba dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato' Sri Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid.
#BombaWiraMerah#PasukanKPKT
13.12.2021 Saya & seluruh warga JBPM berdukacita dengan pemergian PB Mohd Firdaus b. Sulaiman yang telah gugur ketika melaksanakan operasi pemadaman kebakaran kilang pada 11.12.2021. Takziah kepada ahli keluarga arwah. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
13.12.2021 Berbesar hati menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara JBPM dengan Petronas di Dewan KIKU Menara KLCC pada petang ini. Semoga kerjasama strategik ini akan memberi manfaat kepada JBPM dan Petronas.
2.12.2021 Menyempurnakan Perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-22 Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia pada hari ini. Terima kasih di atas kesudian YBhg Dato' Hj Adnan bin Mat Presiden CUEPACS hadir bersama di dalam persidangan ini.