TERKINI
ALHAMDULILLAH
KEBAKARAN TERBESAR DALAM SEJARAH NEGARA HARAM ISRAEL
ISRAEL MINTAK BANTUAN
Israel meminta bantuan Cyrpus, Greece , Croatia dan Itali bagi mengawal kebakaran ketika ini
Kebakaran bermula dari kawasan berhampiran Baitul Maqdis dan merebak ke Barat Baitul Maqdis dan kawasan sekitar Gaza
Laluan 1 dan 3 terpaksa ditutup dan berlangsung pemindahan besar besaran. Api ketika ini mula merebak ke beberapa pangkalan pangkalan tentera yang penting untuk IDF dan penempatan haram yang besar di Sderot dan Kibbutzim
119 pasukan bomba dan beberapa pesawat termasuk Agensi Keselamatan Dalam Negeri Shin Bet terlibat dalam operasi penyelamat dan pemadaman kebakaran
9 penempatan haram Israel telah dikosongkan dan 10,000 penduduk haram Israel terpaksalah meninggalkan rumah mereka
Nataf, Ramat Raziel, Giv'at Ye'arim, Kisalon antara terjejas
Api semakin menuju di kawasan berhampiran Tel Aviv
OBSESI MELAMPAU....Cikgu Zulhilmi Dakwa Sudah Lima Tahun Diganggu Seorang Wanita...
KISAH ini dikatakan bermula lebih lima tahun lalu, apabila Cikgu Zulhilmi, yang kini seorang tenaga pengajar berdedikasi di sebuah institusi pendidikan swasta dikenali sebagai Ahlan Academy, mula menerima gangguan berterusan daripada seorang wanita bernama Abidatul Husna โ bekas rakan sekuliahnya semasa di universiti.
Menurut kenyataan rasmi Ahlan Academy, tiada sebarang hubungan peribadi seperti berkahwin atau bercinta antara Cikgu Zulhilmi dan Abidatul selain pernah berada dalam beberapa kelas yang sama ketika zaman pengajian universiti mereka.
**Video yang disertakan memperlihatkan wanita terlibat didakwa mengganggu Cikgu Hilman di perpustakaan UIAM....cikgu itu meminta wanita itu untuk pergi dan jangan mengganggunya...sambil wanita itu pula menjerit "Aku nak bincang".
Namun, Abidatul didakwa mula menyebarkan dakwaan tidak berasas yang mengatakan mereka pernah berkahwin โ satu tuduhan yang dinafikan sepenuhnya oleh pihak akademi dan Cikgu Zulhilmi sendiri.
Gangguan demi gangguan datang dalam pelbagai bentuk โ akaun media sosial palsu dicipta, komen spam dilemparkan di halaman rasmi akademi, mesej peribadi yang bertalu-talu dihantar, termasuk panggilan ke nombor peribadi dan talian pejabat.
Malah, laporan polis telah dibuat beberapa kali sepanjang lima tahun ini demi melindungi privasi dan keselamatan Cikgu Zulhilmi.
Kenyataan dari peguam yang mewakili Cikgu Zulhilmi turut menegaskan bahawa segala dakwaan yang tular melalui media sosial adalah fitnah dan tidak berasas.
Malah, ia turut mengganggu kerjaya dan kehidupan harian anak guam mereka.
Meskipun institusi tersebut cuba untuk tidak memperbesarkan perkara ini demi menjaga maruah semua pihak, penyebaran dakwaan palsu secara terbuka telah memaksa mereka tampil memberikan penjelasan rasmi.
Pihak Ahlan Academy juga menggesa orang ramai agar tidak melibatkan pihak ketiga yang tidak berkaitan dan menasihati agar berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih yang hanya akan memburukkan keadaan.
Sebagai langkah terakhir, mereka menyeru sesiapa yang mengenali Abidatul secara peribadi agar menasihatinya dengan baik dan menawarkan bantuan sekiranya perlu.
Tinjauan Mynewshub ke akaun TikTok wanita berkenaan mendapati, dia memberikan masa 24 jam selepas kenyataan Ahlan Academy keluar kepada "suaminya" Cikgu Zulhilmi untuk menghubunginya.
Apa yang agak menarik dan mungkin menakutkan ialah nama akuan TikTok wanita berkenaan adalah Zulhilmi Abidatul yang merupakan cantuman nama lelaki berkenaan dan nama wanita itu.
Wanita berkenaan juga berulang kali menggunakan gelaran "Husband saya" ketika merujuk kepada Zulhilmi.
Cikgu Zulhilmi juga telah membuka sebuah akaun TikTok, zulhill_me dengan memasukan status "saya ialah mangsa sexual harassment oleh seorang wanita gila sejak April 2020!" -MYNEWSHUB
"Dia dah dapat kerja, aku belum"
"Dia dah naik pangkat, aku belum"
"Dia dah ada kereta, aku ni takde apa"
"Dia dah ada anak, aku masih sendu sepi"
Tak aneh kalau kita pernah rasa begini. Cuma, tahu tak ada ayat yang sangat indah, al-Quran huraikan tentang sifat ini?
Dompet seorang penghantar makanan terjatuh semasa menunggang motosikal, menyebabkan wang kertas berterbangan di atas jalan. Ketika kesesakan lalu lintas, ramai pengguna jalan raya yang prihatin sanggup turun dari kenderaan untuk bantu kutip wang tersebut.
As a father
Ayat tu aku nak ambik n cakap pada family aku
So diorang rasa safe nak cakap sekecik2 benda pun dgn aku
Aku rasa cerita ni ajar aku supaya lebih berlembut dgn anak...
Aku kagum gila dengan line tu...
Sebab aku pun nak sbnrnya
01:30hrs Status terkini, lorong kanan arah Selatan dibuka. Lorong kiri arah Selatan dan lorong kanan arah Utara masih ditutup. Trafik sesak kedua-dua arah 5Km. Gunakan laluan alternatif. Harap maklum.@llmtrafik