Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi menawarkan pengajian di peringkat Pra Diploma bagi lepasan SPM yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian.
Salam Selasa dari Pengarah dan seluruh warga kerja PPT. Kami mengucapkan Selamat Memulakan Pengajian kepada semua pelajar baru program Pra Diploma. Jadikan peluang ini sebagai permulaan kepada sesuatu yang lebihโฆ https://t.co/uRFCt7GRvo
PERHATIAN kepada bakal pelajar Pra Diploma BA002/PD007, anda perlu membuka akaun Bank Islam untuk urusan bayaran elaun sara diri UiTM. Sila bawa surat tawaran UiTM ke Bank Islam untuk urusan pembukaan akaun bank. Salinan penyata akaun bank perlu di bawa pada hari pendaftaran.
Bagaimana untuk memohon? Muat turun borang daripada https://t.co/IxjBt6awIi atau https://t.co/IDxHINfu9c. Lengkapkan borang bersama dokumen sokongan yang disahkan dan hantar kepada pejabat kami atau cawangan UiTM terdekat.
Untuk program Pra Perdagangan, pemohon juga mestilah LULUS Matematik/Matematik Tambahan. Untuk program Pra Sains, pemohon mestilah LULUS salah satu matapelajaran Fizik/Kimia/Biologi/Sains Tambahan.