Ya Allah, murahkanlah rezekiku, berikan kesihatan yang baik, dipermudahkanlah segala urusanku didunia dan akhirat. Semoga segala hajat, impian dan cita-citaku dikabulkan. Terimalah segala amal baikku, jauhkanlah dari segala hasad dengki dan tipu daya syaitan. Aamiin..
Allah tidak pernah salah memberikan takdir. Apa yang dilalui saat ini hanya harus dihadapi dan diyakini bahawa ini adalah yang terbaik dari Allah. Soal masalah yang sedang terjadi biar Allah yang atasi dengan caraNya. Kita hanya perlu keberanian dan keikhlasan menjalaninya.
Jangan pernah menyesal mengenali seseorang, kerana setiap yang datang. Pasti akan mengajar kita satu perkara meskipun pahit, kita harus laluinya juga.
Orang yang tolong keluarga ni memang tak kaya, tapi kalau tengok diorang ni tak akan pernah putus rezeki, putus makanan, putus duit. Tak tahu macam mana, tapi Allah memang akan cukupkan dekat mana pun.
Salah satunya doa dari ibubapa adalah senjata untuk berjaya. ✨🤲🏻
Ada masa kita penat sampai tak tahu nak cerita pada siapa. Kita senyum macam biasa. Kita teruskan rutin macam biasa. Tapi dalam hati, hanya Allah tahu berat yang sedang kita tanggung.
Allah tahu setiap kesedihan. Allah tahu air mata yang kita sembunyikan. Allah juga tahu luka yang kita cuba rawat sendiri.
Jadi, jangan rasa kita sedang berjuang seorang diri. Walaupun manusia tak nampak, ingatlah Allah sentiasa di sisi kita.
Ada yang nampak sangat bahagia, tapi rupanya dia tengah sembunyikan rasa sakitnya. Ada yang nampak diam, tapi sebenarnya dia ada sejuta kata yang nak diluahkan. Ada yang selalu nasihat orang untuk terus kuat, tapi sebenarnya dia sendiri lemah.
Masing-masing punya cerita..
Waktu terbaik untuk berdoa :
1. Ketika sujud.
2. Ketika hujan.
3. Selepas asar.
4. Waktu sedang bermusafir.
5. Ditengah malam.
6. Waktu kita berpuasa.
7. Sebelum berbuka puasa.
8. Seharian pada hari Jumaat.
Hari ni hari Jumaat, ambil peluang berdoa terus terusan. ✨🤲🏻
Berbuatlah kebaikan. Walau sikit tak banyak. Walau kecil tak besar. Biarlah orang tak nampak. Yakinlah, Allah nampak.
Bercita-citalah untuk ke syurga.
Nak jadi baik, kena berperang dengan kejahatan. Kena dekati dan rapati kebaikan. InsyaAllah, lama-lama jadi lebih baik. Usahalah walau susah dan sakit.
Jika saat ini kita sedang diuji, itu tanda Allah bakal memberi sesuatu yang manis dihujung kepahitan sebuah cabaran.
Kita akan lebih menghargai manisnya kehidupan setelah mengharungi pahitnya ujian.
Sentiasa ingat kekuasaan Allah.
Percayalah, disaat kamu ikhlas dengan keadaanmu, disitulah Allah merencanakan kebahagiaan untukmu, Allah mampu mengubah situasi paling terburuk menjadi momen terbaik dalam hidupmu.
Yakinlah, bahawa semua takdir Allah itu baik.
Kita tidak mungkin menyenangkan hati semua orang, kerana itu cukup perbaiki hubungan kita dengan Allah. Dan jangan terlalu peduli dengan penilaian manusia. Ketika kita berharap kepada Mahluk adalah sakit hati yang disengaja.
Ramai orang silap, bila rezeki tak cukup, dia buat overtime, fikir macam mana nak buka kedai lagi, cari sales. Sebenarnya mereka lupa, sedangkan yang beri rezeki itu Allah SWT, kenapa tak 'cari' Allah dulu?
Dia habiskan masa dengan mencari dunia, dia tak cari Allah. Itu silap!
Susun urusan kita mengikut waktu solat, bukan susun waktu solat ikut urusan kita. Dahulukan Allah SWT daripada urusan lain. InsyaAllah lancar dunia dan akhirat.
Ya Allah, jadikanlah aku sebagai orang yang mendirikan solat dan juga keturunanku. Ya Allah, terimalah doaku, ampunilah aku, kedua orang tuaku dan orang-orang mukmin di hari perhitungan.
Aamiin..🤲🏻
Rezeki itu bukan hanya duit. Tenang, sihat, dipelihara daripada maksiat, ini semua rezeki yang tak ternilai. Jangan sempitkan makna nikmat.
Perbanyak doa pelancar rezeki ini:
Ya Allah, mudahkan rezeki kami dari arah yang tak disangka-sangka. Jadikan rezeki kami halal, penuh berkah, dan membawa manfaat. Jangan biarkan kami bergantung pada makhluk, tapi cukupkan kami dengan karunia-Mu yang tiada habisnya.
Sesibuk mana urusan pekerjaan, pembelajaran kita, sampai je waktu solat, tunaikanlah, kita jaga hak Allah, Allah permudahkan urusan kita di mana saja kita berada.
Teruskan solat walaupun masih belum sempurna. Dari solat Allah akan bantu jalan kita, tak perlu jadi baik nak solat tapi kalau dah solat semestinya dijaga Allah & dalam kalangan orang yang baik nanti nya 🤝🏻 sama - sama lah kita perbaiki diri kita semua. InsyaAllah.
Jika sedang jauh dari Allah, baca ini:
Ya Allah, meskipun imanku naik dan turun. Meskipun langkahku sering goyah dan hatiku lelah. Jangan pernah biarkan aku jauh dari kasih sayangMu. Pegang erat jiwaku dalam hidayahMu dan bimbing aku kembali setiap kali aku tersesat dari jalanMu.