Dalam kehidupan ni, kita banyak belajar :
1. Belajar bersabar walaupun tak kuat
2. Memahami walaupun sudah tidak sehati
3. Bangkit walaupun beribu kali jatuh
4. Menerima walaupun sedang kecewa
5. Memaafkan walaupun rumit
6. Tersenyum walaupun hati sedang menangis
4 perintah Allah pada manusia yang tercatat dalam Al-Qur'an :
1. Jangan berkata kasar
(Q.S Ali-Imran:159)
2. Tahan Amarah
(Q.S Ali-Imran:36)
3. Berbaiklah kepada orang lain
(Q.S An-Nisa:36)
4. Maafkan kesalahan orang lain
(Q.S Al-Araaf:199)
10 cara nak bersihkan hati :
1. Jaga solat fardhu
2. Selalu baca Quran
3. Jangan cari salah orang
4. Jaga aib orang
5. Jangan bandingkan rezeki kita dengan orang
6. Sentiasa rasa syukur
7. Jadi seorang yang penyabar
8. Rajin istighfar
9. Tundukkan pandangan
10. Banyakkan sedekah
Semakin bertambah umur semakin aku pilih untuk ‘senyap’
- Orang tak ajak, kita diam
- Orang tak suka, kita jauhkan diri
- Orang tak hargai kita, kita senyum je
- Orang taknak support, kita buat sendiri sampai jadi
- Orang taknak berkawan, kita cari kawan lain yang sudi
Lelah yang disukai Allah :
1. Lelah mencari nafkah
2. Lelah menuntut ilmu
3. Lelah berdakwah dan mengajak kepada kebaikan
4. Lelah dalam beribadah dan beramal soleh
5. Lelah mengurus keluarga
6. Lelah dalam kesusahan dan kesakitan
7. Lelah mengandung, melahirkan dan menyusui
Dah 2025, belajar sikit ni :
- orang tak cerita, jangan tanya
- orang tak bagitahu, jangan ambil tahu
- orang tak ajak, jangan ikut
- orang tak cari, jangan peduli
- orang tak terima kebaikan kita, abaikan
- orang tak suka, jangan dipaksa
- orang dah benci, lupakan saja
Tips nak maintain kan pointer setiap semester:
- Jangan tinggalkan solat
- Dengar Surah Ar-Rahman
- Jaga hubungan dengan manusia
- Fokus pada subjek yang susah nak faham
- Study 45 minit them solat sunat 2 rakaat
- Sentiasa buat baik kepada haiwan
- Tidur dan rehat yang cukup
Zaman sekarang ni "kena" :
MULUT kena banyak DIAM.
OTAK kena banyak FIKIR.
MATA kena banyak MELIHAT.
TELINGA kena banyak MENDENGAR.
HATI kena banyak SABAR.
Nak jadi manusia yang limited?
Boleh, dengan syarat jaga mulut. Ramai orang yang langsung tak reti jaga mulut. Nampak orang berisi sikit kutuk, nampak orang kulit gelap sikit perli, nampak orang kurang berkemampuan sikit cakap pemalas. Manusia sekarang mulut mengalahkan setan.
Saya ingin mengingatkan semua pihak sama ada dari sektor kerajaan, swasta, media mahupun individu agar sentiasa peka dan bertanggungjawab dalam penggunaan Jalur Gemilang serta apa jua lambang yang melambangkan kedaulatan negara.
Dalam era teknologi masa kini, penggunaan kecerdasan buatan (AI) semakin meluas dalam pelbagai bidang termasuk reka bentuk dan penyebaran kandungan digital. Namun begitu, kemajuan teknologi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk sebarang kecuaian atau kesilapan dalam penggunaan lambang rasmi negara.
Lambang negara termasuk Jalur Gemilang bukan sekadar simbol semata-mata. Ia adalah manifestasi identiti, kedaulatan dan semangat perpaduan rakyat Malaysia.
Saya menyeru agar setiap individu dan organisasi memastikan semakan teliti dibuat sebelum apa-apa kandungan yang melibatkan lambang negara diterbitkan atau disiarkan, sama ada secara fizikal atau dalam bentuk digital.
Sikap cakna ini penting bagi memelihara maruah negara dan menyemai rasa hormat serta cinta kepada tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sumber poster : @RTM_Malaysia
Seberat mana pun keadaan, jangan putus asa dan teruskan hidup. Masih banyak makanan sedap yang perlu kita cuba, serial yang perlu kita habiskan dan tempat indah yang perlu kita kunjungi.