Alhamdulillah di Bintulu tadi, saya telah umumkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia akan diturunkan kepada RM2.10 seliter bermula Julai ini. Penurunan harga diesel ini akan dilaksanakan secara seragam di seluruh negara melalui penggunaan MyKad.
Tatkala dunia masih bergelut dengan krisis bekalan global, Kerajaan MADANI memilih untuk memastikan hasil reformasi, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negara dipulangkan semula kepada rakyat melalui penurunan harga diesel bersubsidi ini, di samping mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter.
Insya-Allah, Menteri Kewangan II akan memaklumkan perincian mengenai pelaksanaan subsidi diesel ini esok.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Insya-Allah saya akan ke Bukit Gambir esok untuk bersama pimpinan Pakatan Harapan mengumumkan calon yang akan menggalas amanah rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16.
Johor berhak mendapat kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan bekerja kuat demi kemajuan negeri serta kesejahteraan seluruh rakyat.
Ayuh bersama-sama hadir dan memulakan langkah menuju kemenangan.
#PakatanHarapan
#MemaknaiHARAPANRakyat
Big in Asia on @NikkeiAsia | Twenty-four years after his dramatic fall from power, Anwar Ibrahim @anwaribrahim is now four years into his premiership and focused on a different challenge: keeping Malaysia politically stable while positioning it for the AI era.
In an exclusive interview with Nikkei Asia, the 78-year-old reflects on reform, economic transformation, geopolitics, and how he hopes history will remember him.
Read more: https://t.co/85gwSAk7T2
Kepada ahli PPBM, saya nak kongsikan sedikit pengalaman waktu pakatan rakyat yang merangkumi parti PKR, DAP Dan PAS.
PAS waktu itu bertanding dalam PRU 13 dan ada kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu juga pas boleh menang contohnya DUN puteri Wangsa dimenangi oleh PAS pada 2013 - sebab gabungan Pro Rakyat.
Antara punca parti PAS keluar dari Pakatan Rakyat adalah mereka rasa tidak dapat menjadi kumpulan dominan dalam Pakatan Rakyat, parti pas hanya mahu Mendominasi tidak boleh menjadi pengikut ataupun setaraf duduk semeja.
Nota : (Azmin Memberi nyawa kepada PAS di Selangor)
Selepas beberapa tahun perkara ini akan berulang lagi di mana parti BERSATU akan mula rasa mereka dipinggirkan oleh PAS. Kerana PAS telah memimpin empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
PAS tidak akan memberi banyak jawatan atau jawatan utamakepada parti BERSATU walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pengurusi perikatan national, Kerana pas tahu itu akan mengancam kedudukan.
Nota fikir: -Kalau PAS jujur, sila buktikan dengan lantikan 1 MB dari PPBM dari 4 Negeri ataupun 1 timbalan MB)
Kita akan lihat satu episod baharu akan muncul tidak lama lagi pergolakan antara parti-parti Perikatan Nasional dan sekali PAS akan menjadi abang besar untuk membuat keputusan-keputusan tanpa penglibatan parti PPBM.
Mudah kata PAS akan menggunakan mana-mana pihak untuk mencapai matlamat bagi menjadi penguasa dan selepas mereka berjaya; seperti kisah “kacang lupakan kulit” dan Demi kepentingan Parti.
Untuk makluman parti BERSATU tidak mentabir mana-mana negeri walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Pengerusi Gabungan Perikatan National dan ini memberi kelebihan kepada PAS tetapi bukan kepada parti BERSATU apatah lagi Parti Gerakan dan lain-lain parti dalam gabungan PN.
Perlis MB : PAS
Kelantan MB : PAS
Terengganu MB : PAS
Kedah MB : PAS
Perak MB : UMNO
Pahang MB : UMNO
Selangor MB : PKR
Negeri Sembilan MB : PKR
Johor MB : UMNO
Penang Ketua Menteri : DAP
Melaka Ketua Menteri: UMNO
Sarawak Premier : GPS
Sabah Ketua Menteri : GRS
Parti yang paling rugi adalah PPBM.
Parti paling kukuh adalah PH-BN
Parti yang pandai gunakan kawan adalah PAS.
Sekian
Hari ini saya nak Quote my Tweet mengenai PAS akan tinggalkan PPBM dan saya tulis perkara ini pada 13 /08/ 2023
Hampir dah nak 3 tahun..
Now it’s happening!
PAS ditched PPBM today
PAS akan masuk PRN - PRU solo untuk cari rakan baharu.
Kepada ahli PPBM, saya nak kongsikan sedikit pengalaman waktu pakatan rakyat yang merangkumi parti PKR, DAP Dan PAS.
PAS waktu itu bertanding dalam PRU 13 dan ada kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu juga pas boleh menang contohnya DUN puteri Wangsa dimenangi oleh PAS pada 2013 - sebab gabungan Pro Rakyat.
Antara punca parti PAS keluar dari Pakatan Rakyat adalah mereka rasa tidak dapat menjadi kumpulan dominan dalam Pakatan Rakyat, parti pas hanya mahu Mendominasi tidak boleh menjadi pengikut ataupun setaraf duduk semeja.
Nota : (Azmin Memberi nyawa kepada PAS di Selangor)
Selepas beberapa tahun perkara ini akan berulang lagi di mana parti BERSATU akan mula rasa mereka dipinggirkan oleh PAS. Kerana PAS telah memimpin empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
PAS tidak akan memberi banyak jawatan atau jawatan utamakepada parti BERSATU walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pengurusi perikatan national, Kerana pas tahu itu akan mengancam kedudukan.
Nota fikir: -Kalau PAS jujur, sila buktikan dengan lantikan 1 MB dari PPBM dari 4 Negeri ataupun 1 timbalan MB)
Kita akan lihat satu episod baharu akan muncul tidak lama lagi pergolakan antara parti-parti Perikatan Nasional dan sekali PAS akan menjadi abang besar untuk membuat keputusan-keputusan tanpa penglibatan parti PPBM.
Mudah kata PAS akan menggunakan mana-mana pihak untuk mencapai matlamat bagi menjadi penguasa dan selepas mereka berjaya; seperti kisah “kacang lupakan kulit” dan Demi kepentingan Parti.
Untuk makluman parti BERSATU tidak mentabir mana-mana negeri walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Pengerusi Gabungan Perikatan National dan ini memberi kelebihan kepada PAS tetapi bukan kepada parti BERSATU apatah lagi Parti Gerakan dan lain-lain parti dalam gabungan PN.
Perlis MB : PAS
Kelantan MB : PAS
Terengganu MB : PAS
Kedah MB : PAS
Perak MB : UMNO
Pahang MB : UMNO
Selangor MB : PKR
Negeri Sembilan MB : PKR
Johor MB : UMNO
Penang Ketua Menteri : DAP
Melaka Ketua Menteri: UMNO
Sarawak Premier : GPS
Sabah Ketua Menteri : GRS
Parti yang paling rugi adalah PPBM.
Parti paling kukuh adalah PH-BN
Parti yang pandai gunakan kawan adalah PAS.
Sekian
Dalam keghairahan berpolitik, jangan sampai kita terlanjur mengorbankan nilai saling menghormati, persefahaman dan semangat kebersamaan yang menjadi asas kekuatan negara.
Perbezaan pandangan dan persaingan politik adalah lumrah dalam sebuah demokrasi yang matang, namun ia tidak boleh menjadi alasan untuk menyemai kebencian, memecahbelahkan rakyat atau menghakis semangat kebersamaan yang telah sekian lama membina Malaysia.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
Ketika disoal media berkenaan situasi terkini di Negeri Sembilan, saya tegaskan bahawa semua pihak perlu mengikut jalur hukum yang sah serta menghormati Perlembagaan dan peraturan yang menjadi asas kepada Institusi Raja. Atas dasar itu, Kerajaan Persekutuan masih mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Saya menghormati hak mana-mana pihak untuk mengambil tindakan mengikut saluran yang diperuntukkan oleh undang-undang dan Perlembagaan. Namun, sebarang usaha untuk menggugur atau memakzulkan seseorang Raja bukan perkara kecil kerana ia membawa implikasi yang besar terhadap kestabilan, keamanan serta keharmonian negeri dan negara.
Justeru, setiap tindakan hendaklah dilaksanakan secara tertib, berlandaskan Perlembagaan serta memelihara kedudukan, kemuliaan dan kedaulatan Institusi Raja yang menjadi salah satu tonggak penting negara.
#MalaysiaMADANI
Chennai, Tamil Nadu: Deputy Minister of National Unity of Malaysia Yuneswaran Ramaraj says, "... This is my first visit since taking office. Specifically, I have been invited to the Edison Awards, so I will be participating in that. Furthermore, the relationship between Malaysia and India needs to be further strengthened—especially with Tamil Nadu, because many people living in Malaysia today are from South India. Therefore, our traditional relations and bonds need to continue in the long run. On that account, and on behalf of the Prime Minister, we are here today. Apart from that, during the upcoming two to three days, we are here to meet some people, the Malaysian diaspora, Malaysian business people, and also some political leaders. So, that is the main objective of this three to four-day visit."
Sempat berbicara dan bertanya khabar dengan sahabat saya, CM Vijay hari ini dan sekali lagi mengucapkan tahniah atas amanah besar yang sedang beliau galas demi rakyat Tamil Nadu.
Saya turut maklumkan akan ke India pada September nanti bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS serta mengadakan pertemuan dengan PM Modi, dan jika ada kesempatan akan mengadakan kunjungan singkat ke Tamil Nadu.
Semoga CM Vijay terus diberikan kekuatan dan hikmah untuk memimpin serta mentadbir dengan baik demi kesejahteraan rakyat dan masa depan yang sempurna buat Tamil Nadu.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Honestly? I woke up today feeling grateful.
Not because everything is perfect. But because of what didn’t happen.
With the war in the Middle East pushing oil prices up, things are getting harder everywhere.
Unsubsidised RON95 in Malaysia just hit RM3.87 a litre.
Our neighbours are under real pressure. Philippines. Thailand. Cambodia. Laos.
Even Australia is facing a fuel crisis right now.
These are not just statistics.
These are real people, families trying to get to work, small business owners watching their costs double overnight, ordinary folks doing their best in a situation they didn’t create.
If you’re reading this, hang in there.
But yesterday, our PM announced that our subsidised petrol at RM1.99 stays.
Yes, the quota drops from 300L to 200L in April.
And I keep thinking, this kind of stability doesn’t just happen.
It took decades. Generations of leaders building diplomatic relationships quietly in the background.
Policy makers running the numbers at midnight.
Civil servants holding things together without anyone knowing their name.
People who never made the news but made the difference.
This moment of relative calm, they built it. Long before this crisis ever came.
But it also took something very Malaysian.
We have this rare ability to sit with anyone, different races, different religions, different backgrounds and just get along.
In a world that’s fracturing right now, that’s actually a superpower.
So today I’m not taking it for granted.
To everyone working behind the scenes, thank you. We see you.
Syukur.
And to our neighbours and friends from around world, you’ve got this. 🙏🇲🇾
Sejak kenaikan harga minyak dunia susulan konflik di Asia Barat, yang dicetuskan oleh serangan rejim Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran, ramai yang bertanya mengapa harga minyak di Malaysia turut terkesan sedangkan kita negara pengeluar minyak.
Sebenarnya:
🚢 Selat Hormuz, laluan utama minyak dunia, terjejas akibat konflik ini
📈 Apabila laluan ini terganggu, bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak
🛢️ Malaysia turut terkesan kerana hampir 50 peratus bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz
🏭 Walaupun Malaysia pengeluar minyak, kita sebenarnya mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport
💵 Untuk melindungi rakyat, subsidi kerajaan meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu
⛽️ Rakyat serta majoriti peniaga tidak perlu membayar harga sebenar pasaran kerana subsidi ini disalurkan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI Diesel
Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, usaha melindungi kebajikan dan kesejahteraan rakyat tetap menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
IKHTIAR DAMAI CERMINAN KEMATANGAN RAKYAT, PERTEGUH PERPADUAN
Saya menyambut baik ikhtiar perdamaian oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili badan Islam dan Hindu yang menjadi suatu cerminan tahap kematangan rakyat dalam memilih jalan damai, menolak perpecahan dan mengangkat semangat saling menghormati.
Inilah ruh dan jiwa sebenar Malaysia, sebuah negara yang teguh berdiri atas nilai ihsan, kebersamaan dan hormat antara kaum. Kebersamaan ini mesti terus kita pelihara dan rangkul sebagai asas kekuatan negara.
Salut saya kepada semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjayakan usaha ini. Semoga ikhtiar ini terus menyatukan kita dan menjadi teladan dalam memperkukuh perpaduan nasional.
ANWAR IBRAHIM
19 Mac 2026
Saya memandang serius perkembangan mutakhir yang menunjukkan peningkatan kandungan berunsur provokasi berkaitan kaum dan agama yang berpotensi menggugat keharmonian serta ketenteraman masyarakat.
Saya ingin menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengambil tindakan yang keras terhadap individu yang didapati mengancam keselamatan awam melalui kenyataan atau kandungan yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama.
Kementerian Perpaduan Negara tidak akan berkompromi dengan mana-mana bentuk provokasi yang dilakukan dengan niat jahat untuk memecahbelahkan rakyat. Perpaduan negara bukan bahan mainan politik, apatah lagi alat untuk meraih perhatian atau sokongan.
Sehubungan itu, saya menggesa Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terbukti menggugat keharmonian masyarakat. Peruntukan undang-undang sedia ada perlu digunakan sepenuhnya termasuk Akta Hasutan 1948, Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, SOSMA dan POCA.
Pemantauan terhadap kandungan media sosial juga perlu diperkukuh melalui pendekatan lebih agresif dan proaktif. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak boleh dilihat lemah atau lambat dalam menjalankan tanggungjawab pengawalseliaannya, kerana kelewatan bertindak terhadap kandungan berunsur kebencian kaum dan agama hanya memberi ruang kepada provokasi terus merebak serta menjejaskan keharmonian masyarakat.
Mana-mana pihak yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman atau agama demi kepentingan tertentu perlu sedar bahawa tindakan sedemikian boleh menjejaskan keamanan negara.
Pagi tadi di Dewan Negara, saya menegaskan komitmen Kementerian Perpaduan Negara untuk berperanan sebagai pemudah cara dan pengantara antara agensi dalam memastikan sebarang isu sensitif dapat ditangani secara teratur dan berkesan.
Kementerian juga memperkukuh usaha pemantauan dan pengurusan isu sensitif melalui penubuhan Pusat Rujukan Isu Sensitif Masyarakat (PRISMA), pusat rujukan nasional yang menyelaras pemantauan isu perpaduan secara sistematik. PRISMA mengumpulkan data daripada pelbagai sumber termasuk sistem e-Sepakat, Rangkaian Aduan Komuniti Awam Nasional (RAKAN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM, bagi mengenal pasti trend serta tahap sensitiviti isu lebih awal, seterusnya membolehkan tindakan dan komunikasi strategik kerajaan diselaraskan secara bersepadu.
Perpaduan negara adalah tanggungjawab bersama. Kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menyebarkan kebencian
“Makin hari makin teruk.” - Senator Salehuddin tegur tiada tindakan terhadap penyebar kebencian kaum dan agama.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB @r_yuneswaran , membalas dengan bersetuju bahawa tindakan tegas tanpa kompromi wajib diambil. Namun, beliau memperjelaskan satu realiti pentadbiran: Kementerian Perpaduan Negara tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan atau pendakwaan.
Bagi menguruskan isu ini, kementerian menggunakan sistem PRISMA yang berfungsi sebagai war room dan papan pemuka analitik untuk memantau sentimen rakyat. Dari Januari hingga Mac, mereka telah menerima 173 aduan. Data ini dikumpul dan disalurkan kepada pihak berkuasa, membuktikan peranan kementerian lebih kepada menyalurkan maklumat (directive) dan bukannya menghukum.
#parlimen #dewannegara #kementerianperpaduan #MalaysiaMADANI #yuneswaranramaraj
Menjunjung Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah bersempena IPNas 2025 yang menzahirkan hasrat agar semangat harmoni terus diperkasa dan perpaduan negara sentiasa terpelihara.
MENGHINA KITAB SUCI, MENGGUNAKAN AGAMA DEMI KEPENTINGGAN SEMPIT DAN MENEGASKAN KOMITMEN TERHADAP KEHARMONIAN NEGARA.
Beberapa hari yang lepas, kita dikejutkan dengan sebuah insiden yang berkaitan seorang pelajar memijak kitab suci. Saya memandang serius insiden ini dan tindakan tersebut adalah satu perbuatan yang amat biadab, tidak bertanggungjawab dan wajar dikecam sekeras-kerasnya.
Kitab suci bagi mana-mana agama bukan sekadar bahan bacaan, tetapi merupakan sumber pegangan, panduan hidup dan asas keimanan penganutnya. Menghina atau memperlekehkan kitab suci adalah satu tindakan yang boleh mencetuskan kemarahan, mengundang ketegangan serta menggugat keharmonian dalam masyarakat majmuk negara kita.
Saya ingin menegaskan bahawa isu melibatkan agama tidak boleh dikompromi dan tidak wajar dipolitikkan. Kita harus mengelakkan sebarang unsur 3R (Race, Religion, Royalty) yang boleh mengeruhkan keadaan. Perbuatan tidak bertanggungjawab oleh individu tertentu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menimbulkan kebencian antara kaum atau agama.
Amaran keras juga kepada mana-mana pihak pelampau yang dengan niat jahat sentiasa menggunakan agama ataupun kaum sebagai senjata untuk-api-apikan antara satu sama lain demi demi kepentinggan sendiri. Tindakan sebegini harus dikecam-sekeras-kerasnya tanpa kompromi demi menjaga keharmonian dan kemajmukn.
Semua agama di Malaysia; Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan lain-lain mempunyai kedudukan dan kepentingan tersendiri kepada penganutnya. Oleh itu, semua kitab suci dan ajaran agama wajib dihormati tanpa pengecualian. Prinsip saling menghormati ini adalah tunjang kepada kestabilan dan keamanan negara.
Saya menyeru pihak berkuasa menjalankan siasatan yang telus dan adil agar fakta sebenar diperoleh. Pihak pengurusan universiti juga wajib mengambil tindakan tegas selaras dengan peraturan institusi dan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang, sama ada di institusi pendidikan mahupun dalam masyarakat umum.
Pihak MCMC juga harus memantau media sosial dan platform-platform kandungan digital yang boleh mencetuskan kemarahan masyarakat khususnya akaun-akaun palsu harus disekat sertamerta dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap muka-muka di belakang tabdir portal berita yang tidak sah yang sentiasa mengungkit isu-isu kaum dan agama.
Sebagai sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan rakyat yang menganuti pelbagai agama, kita harus sentiasa mengutamakan kebijaksanaan, kematangan dan tanggungjawab dalam setiap tindakan. Perbezaan bukan alasan untuk berpecah, sebaliknya asas untuk kita saling memahami dan memperkukuhkan perpaduan.
Marilah kita bersama-sama mempertahankan keharmonian negara dengan menolak sebarang bentuk penghinaan terhadap agama dan memastikan Malaysia kekal aman, bersatu dan saling menghormati.
PERPADUAN ADALAH ASAS KEPADA SEBUAH NEGARA BANGSA YANG MAJU.