Banyak "penyakit" sebenarnya bukan penyakit, tapi penuaan biasa. Penuaan bukan penyakit, ia perjalanan dlm "ketidakselesaan" yg patut kita nikmati selagi masih boleh.
Ingat, bukan semua ketidakselesaan itu penyakit. Penuaan bukan musuh, tapi tidak bergerak itulah musuh.
Tadi ada dengar dekat TV ustaz tu pesan,
Kalau kita berani doa utk kekayaan, jangan mengeluh bila ada kerja yang banyak.
Kalau kita berani doa utk kebahagiaan, jangan mengeluh bila ditimpa ujian.
Allah sedang makbulkan doa kita dengan caraNya.
#wallahualam
JARUM DAN GUNTING..
Jangan jadikan diri kita gunting, walaupun berjalan lurus tetapi ianya memisahkan yang satu menjadi dua.
Jadilah diri kita seperti jarum, walaupun jarum itu menekan dan menyakitkan, tetapi jarum itu menyatukan yang dua menjadi satu.
- Pak Hamka
Selama ini saya berfikir Israel sedang menguasai Gaza. Tetapi sekarang saya baru sedar rupanya Israel sedang menguasai semua negara Islam kecuali Gaza.
#wallahualam
Rawatan menyerikan kulit wajah cara mudah dan percuma...
1). dengan BERWUDUK,
2). dengan BERSUJUD,
3). dengan MEMBERI SALAM,
4). dengan memperbanyakkan SENYUMAN,
5). dengan menghilangkan DENGKI dan IRI HATI,
6). dengan MENYAYANGI ANAK YATIM...
#selfreminder#motivasidiri
Ketika merasa Sunyi,
BERZIKIRLAH kerana Allah Maha Mendengar.
Ketika merasa Gembira,
BERSYUKURLAH kerana Allah Maha Memberi.
Ketika merasa Marah,
BERISTIGHFARLAH kerana Allah Maha Pemaaf.
Ketika merasa Sedih,
BERSUJUDLAH karena Allah Maha Pengasih.