Turut hadir bersama saya ialah Dato’ Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor, mantan Ketua Pengarah JAKOA serta Encik Harulnizam bin Abd Rahman, Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah.
Pada hari ini saya juga berkesempatan untuk menziarahi pusara arwah ayahanda dan bonda tercinta saya di Perkuburan Tok Kobek serta Kuak Luar, Pengkalan Hulu, Perak.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan diberkati dan dirahmati.
Alhamdulillah, saya berbesar hati dapat merasmikan Program Reunion Perdana 3.0 Pasukan Senoi Praaq BN18 PGA yang menghimpunkan kembali sahabat-sahabat seperjuangan dalam suasana penuh muhibah dan kenangan.
Semoga ukhuwah yang dibina ini terus kekal utuh, diperkukuhkan dengan semangat kebersamaan, serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada agama, bangsa dan negara.
Pada hari ini saya telah menghadiri majlis iftar bersama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang diadakan di Parlimen Malaysia.
Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara pemimpin, malah mencerminkan semangat kebersamaan serta perpaduan dalam menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia.
Sehubungan itu, saya ingin menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk mematuhi peraturan-peraturan perbahasan yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Mesyuarat (PM) Dewan Rakyat bagi memastikan perjalanan persidangan berlangsung dengan tertib, berhemah dan berintegriti.
Mesyuarat tersebut merupakan salah satu langkah strategik bagi memastikan komuniti Orang Asli mendapat akses kesihatan yang lebih baik dan menyeluruh daripada pihak Kerajaan.
Berkesempatan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli yang dipengerusi oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad @DrDzul, Menteri Kesihatan.
Alhamdulillah, Malaysia menutup tirai penganjuran AIPA ke-46 dengan penuh kejayaan di bawah tema “Parliament at the Forefront for Inclusive Growth and Sustainable ASEAN.”
Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih juga diucapkan kpd seluruh urusetia khususnya warga kerja Parlimen 🇲🇾 serta pihak yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yg bertungkus-lumus siang & malam utk memastikan kelancaran serta kejayaan penganjuran AIPA ke-46 ini.