“Solat lima waktu, hari Jumaat hingga hari Jumaat lagi, Ramadhan hingga Ramadhan lagi, semuanya menjadi kifarat (dosa) di antara ruang waktu tersebut selama dosa-dosa besar dijauhi.”
(HR Muslim, 233)
The Apple Watch Series 12 and Ultra 4 will finally get a major performance boost with the new S11 chip 🔥
The upgrade arrives at the perfect time as watchOS 27 brings Siri AI and new health features
Kalau kereta kancil 850ex ptot salin halfcut JDM, atau buat overhaul tukar semua part2 baru kacuk,, 🤔
Mohon beri pendapat fighter2 K-Car
#kcar#kancil#jdm#malaysia
‘INI BUKAN PERKARA NORMAL DALAM BOLA SEPAK’: XISCO, MALAYSIA DAN JDT ‘THE NEW INVICIBLES’
(Terjemahan artikel The Guardian, media United Kingdom)
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dimiliki Pemangku Sultan Johor kini semakin hampir mencipta rekod dunia dengan 109 perlawanan liga tanpa kekalahan, dengan bekas pengendali Watford, Xisco Muñoz, menyasarkan pencapaian yang lebih tinggi.
Ramai penyokong Watford berpendapat Xisco Muñoz disingkirkan terlalu awal selepas berjaya membawa kelab itu kembali ke Liga Perdana Inggeris sebagai naib juara Championship pada 2021. Namun, kurang dua bulan selepas musim baharu bermula, beliau dipecat. Beliau masih dikenang dengan penuh penghargaan di Vicarage Road, sebagai antara watak penting dalam era Gino Pozzo.
Bagaimanapun, jika anda tidak mengikuti perkembangan karier jurulatih dari Sepanyol itu dengan rapat, mungkin sukar untuk anda menjangka di mana beliau kini berada. Karier seorang pengurus bola sepak sememangnya penuh dengan perjalanan yang tidak menentu. Namun, bagaimana bekas jurulatih Watford itu akhirnya mengendalikan sebuah kelab yang terletak kira-kira 6,500 batu dari England dan kini berada di ambang mencipta rekod dunia luar biasa?
Tidak asing dengan cabaran baharu, Xisco sebelum ini pernah mengendalikan pasukan di Georgia, Cyprus dan Slovakia sejak menceburi bidang kejurulatihan – bekas pemain tengah Valencia dan Real Betis itu kemudiannya menerima tawaran pada musim panas lalu untuk mengendalikan kelab Liga Super Malaysia, JDT yang berpangkalan di Johor Bahru, bersempadan dengan Singapura.
Tekanan besar kini menanti dalam perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia menentang Kuching pada Jumaat ini. Sekiranya JDT tidak tewas dalam perlawanan berkenaan, mereka akan mencipta rekod dunia baharu dengan 109 perlawanan liga tanpa kekalahan, sekali gus memintas rekod kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas yang bertahan selama 32 tahun.
Xisco menyukai idea bahawa dalam dunia bola sepak yang banyak dipengaruhi kekuatan kewangan kelab-kelab Eropah, rekod ini mungkin menjadi sesuatu yang sukar dicapai oleh nama-nama besar bola sepak dunia.
Namun, beliau menegaskan bahawa meskipun JDT mendapat sokongan sumber kewangan daripada kerabat DiRaja Johor – terutama sejak dimiliki oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor pada 2013 dan menukar kelab ini menjadi ‘Manchester City’ Malaysia – kejayaan berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah.
“Bukan mudah untuk tidak kalah dalam satu perlawanan pun. Sesuatu boleh berlaku – mungkin pada suatu hari seorang pemain tidak berada pada tahap terbaik, atau selepas 10 minit seluruh pasukan hilang fokus. Mungkin juga anda tidak memberikan tumpuan sepenuhnya pada minit-minit awal dan bolos dua gol, kemudian sukar untuk mengubah permainan,” katanya dari pejabatnya di Stadium Sultan Ibrahim yang berkapasiti 40,000 penonton.
Xisco turut memberikan penghargaan terhadap usaha kepimpinan JDT sejak 13 tahun lalu yang meletakkan kelab itu pada tahap sekarang. Rekod 108 perlawanan tanpa kekalahan JDT bermula pada April 2021. “Sekarang hanya tinggal satu perlawanan. Garisan antara kejayaan dan kekecewaan sangat dekat. Ini sangat penting. Kami begitu hampir untuk mencipta sejarah dengan rekod perlawanan tanpa kekalahan berturut-turut. Ini bukan perkara normal dalam bola sepak,” katanya.
Ketika pertama kali didekati DYAM Tunku Mahkota Ismail, Xisco tertarik dengan visi dan projek JDT – bukan sekadar mengenai memenangi trofi di Malaysia, tetapi turut bertujuan meningkatkan standard bola sepak negara serta kedudukan Malaysia di pentas antarabangsa. JDT secara konsisten mengadaptasi model pembangunan bola sepak Eropah. Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis García merupakan bekas pemenang Liga Juara-Juara bersama Liverpool, manakala Pengarah Akademi, Javier Ribera pernah bersama Valencia. Xisco turut menyifatkan kemudahan yang dimiliki JDT setanding dengan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris.
Sumber: https://t.co/C9gj7dbgQr
In just a few days, Apple will send out invitations for the 2026 Apple event. 🔥🔥🔥
There are only two and a half weeks left until the launch of Apple's first foldable iPhone.
JOIN US THIS FRIDAY AS JDT CHASE A WORLD RECORD
A New World Record is on the horizon when we play Kuching City FC in the 2026/27 Malaysia Super League opener and Charity Cup.
We equalled the current world record of 108 home matches unbeaten in the league last season. Now we attempt to set a new world record.
Join us at Sultan Ibrahim Stadium this Friday and be part of what could be a historic occasion.
Get your tickets now! — https://t.co/PJRD8uj4ms
Hidup Johor Demi Johor
#WeAreAMovement
#WhatCanYouDo
#TheTMJeffect
#SouthernTigers
#JewelOfTheSouth