TERKINI
ALHAMDULILLAH
MISI MALAYSIA BANTU BANGUNKAN GAZA BERMULA
Malaysia mengumumkan Projek Bandar Wakaf Malaysia-Gaza untuk membantu membangunkan semula Gaza
Pembinaan itu membabitkan bandar berkeluasan 87 Ekar terdiri daripada 14 Blok Pangsapuri Wakaf melambangkan 14 negeri di Malaysia dan sebuah masjid mengambil inspirasi dari Masjid Shah Alam sebagai solidariti kepada Palestin
Sebuah sekolah akan dibina dan ditaja sepenuhnya oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia diketuai Nadir An Nuri
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM dan Yayasan Wakaf Malaysia akan membangunkan Dapur Komuniti Berpusat di bandar itu bagi memastikan makanan tersedia untuk rakyat Gaza setiap hari dan mereka tidak lapar lagi
Selain bantuan terus seperti rumah dan dapur komuniti. Malaysia akan turut membantu membina sebuah klinik kesihatan dan tangki air bagi memastikan ada akses kesihatan dan bekalan air bersih
Premis perniagaan di bawah program Mikro Kredit Khadrul Hassan bagi membantu rakyat Gaza membangunkan ekonomi mereka sendiri
Setakat ini projek bandar ini telah mengumpul dana sebanyak RM 40 Juta dari RM 120 Juta yang diperlukan. Kesemua dana adalah sumbangan dari Kerajaan Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu, Melaka, Pulau Pinang, badan badan wakaf, syarikat berkaitan kerajaan GLC dan NGO
Malaysia turut akan bekerjasama dengan Jepun untuk Tabung Pembangunan Asia Timur Untuk Pembangunan Palestin CEAPAD bagi menambah dana dan bantuan kepada Gaza
CEO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia MAPIM menyatakan bahawa misi Malaysia ketika ini adalah untuk memberi bantuan kepada Gaza bukan sekadar jangka pendek tetapi jangka panjang
Sebelum itu Malaysia telah membantu membawa masuk bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Operasi Ihsan Wisma Putra, Misi Bantuan 100 Kontena, Misi NGO NGO dan memulihkan Hospital Al Shifa di Utara Gaza
PETRONAS KAJI KEMUNGKINAN SIMPANAN MINYAK DAN GAS DI KEDAH PERLIS
Petronas dilaporkan sedang membuat kajian tentang kemungkinan adanya simpanan minyak dan gas di Lembangan Langkasuka di Perairan Kedah dan Perlis
Kajian itu dipanggil Blok PM320 dan PM321 dan dijangka selesai akhir 2025
Kawasan kajian itu seluas 38,000 km persegi.
Inisiatif seperti kaji selidik seismik berbilang pelanggan ini dijangka menarik minat penerokaan untuk menyokong strategi pertumbuhan pengeluaran negara," kata Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) PETRONAS, Mohamed Firouz Asnan.
As I conclude my tenure today, I bid farewell to Malaysian friends with deep gratitude. For nearly 3 years, I have felt the warmth of your friendship๏ผunwavering support. I hope that the bond between ๐ฏ๐ต and ๐ฒ๐พ will continue to grow, and I look forward to the day we meet again.๐