𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐎𝐑𝐄𝐀 (𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀)
Annyeonghaseyo warga Shah Alam! Nak belajar bahasa Korea tapi tak tahu nak mula kat mana? Inilah peluang keemasan anda!
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam kini membuka pendaftaran bagi Kursus Bahasa Komuniti Shah Alam: Kursus Bahasa Korea.
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat menguasai bahasa asing tanpa sebarang kos. Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian oleh tenaga pengajar profesional,Ms. Bang Jee Yeon (Ms. Tiara), Pensyarah UiTM Shah Alam.
Berikut adalah perincian program:
🗓️ Tarikh : 25 Julai 2026 sehingga 26 September 2026
⏰ Masa : 9:00 Pagi hingga 11:00 Pagi
⏳ Tempoh : 10 Sesi (3 Bulan)
💻 Platform : Secara Dalam Talian (Online)
💰 Yuran : PERCUMA
Tempat adalah TERHAD UNTUK 50 PESERTA SAHAJA! Siapa cepat, dia dapat!
📱 Cara Pendaftaran:
Imbas kod QR pada poster atau hubungi urus setia untuk maklumat lanjut 📞 017-212 3682 (Encik Mohamad Mustaqim)
#BHnasional Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali yang ketika itu Penolong Bendahari Armada untuk melakukan pecah amanah terhadap dana Armada berjumlah RM1 juta di CIMB Bank Berhad, KL Sentral pada 6 Mac 2020.
https://t.co/qka31S1rVO