Buat @faizal_tahir , saya tidak tahu jika anda akan perasan tweet ini; tetapi ingin saya ucapkan jutaan terima kasih atas karya lagu Adam daripada anda.
Inspirasi utama untuk menamakan anak saya, Adam Rizqi yang kini telah genap setahun alhamdulillah :)
Isu Ahli Parlimen ponteng ni.
Tempat kerja Ahli Parlimen = Parlimen.
Purata 73 hari kena datang setahun. Ada yang sampai 80 hari.
Untuk gubal dasar, bahas isu negara, luluskan usul, rangka polisi untuk negara.
Ahli Parlimen bukan kerjanya duduk di kawasan dia selesaikan masalah mereka. Itu sebenarnya tugas ADUN.
Sengaja ponteng hadir Parlimen = Dia tak jalankan tugas.
Ahli Parlimen bukan tugasnya bagi ceramah agama kat kawasan mereka.
Begitulah.
Waalaikumussalam
Doa kepada ibubapa tersebut boleh dibaca dengan dua cara:
1- Jika bacaan tersebut bersifat singular/sendiri maka bacaan yang betul adalah:
رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
2- Jika bacaan tersebut bersifat plural/jamak/ramai mala bacaan yang betul adalah:
رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا ربَّونَا صِغَارًا
Bezanya adalah dari sudut doa sendirian (singular) atau berjemaah (plural) sahaja. Saghira bermaksud sejak saya kecil, sighara sejak kami kecil.
Sunnah berdiam diri. Sama ada melalui percakapan atau tulisan di sosial media.
Tidak bergosip itu sunnah. Meninggalkan perbalahan sia-sia itu sunnah.
Diam kalau takde benda berfaedah nak cakap itu sunnah.
Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar juga.
Kembalinya semula bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama pasukannya mampu mengukuhkan semula parti itu, sekali gus mencerahkan peluang Anwar Ibrahim untuk meneruskan pentadbiran bagi penggal kedua.
#AWANInews#AWANI745
https://t.co/3yEhSq6yKT
DETIK-DETIK KEWAFATAN RASULULLAH.
Rasulullah ﷺ wafat pada Hari Isnin tetapi DIKEBUMIKAN pada malam Rabu.
Nak kongsi detail apa yang berlaku pada hari-hari terakhir tersebut dari Kitab Rahiqul Maqtum:
4 HARI SEBELUM WAFAT (HARI KHAMIS)
�� Itulah hari terakhir baginda mengimami solat berjemaah bersama sahabat.
• Pada waktu Soalt Maghrib baginda membaca Surah Al-Mursalat. Menjelang Solat Isya' sakit baginda bertambah parah dan baginda telah pengsan sebanyak 3 kali. Abu Bakar menggantikan selepas kali ketiga Rasulullah ﷺ pengsan.
• Dalam riwayat, Abu Bakar mengimami sebanyak 17 solat fardhu ketika Rasulullah ﷺ masih hidup.
----
2 HARI SEBELUM WAFAT (HARI SABTU)
• Sakit baginda berkurangan. Baginda ﷺ dipapah 2 orang pembantu lelaki untuk hadir Solat Zohor.
• Ketika itu Abu Bakar sedang mengimami solat. Bila perasan Rasulullah hadir, Abu Bakar menganjak ke belakang sedikit bagi beri ruang Rasulullah jadi Imam.
• Namun Rasulullah beri isyarat kepada Abu Bakar untuk teruskan solat. Baginda duduk di sisi kiri Abu Bakar.
• Lalu Abu Bakar solat mengikuti solat Rasulullah (duduk) dan kuatkan bacaan takbir agar didengari orang ramai.
• Syariat ini hanya berlaku sekali sahaja.
----
SEHARI SEBELUM WAFAT (HARI AHAD)
• Rasulullah ﷺ merdekakan pembantu lelakinya. Kemudian sedekahkan 7 dinar dari harta baginda.
• Kemudian berikan senjata milik baginda kepada orang Islam. Baju besi baginda digadaikan kepada seorang Yahudi dengan harga 30 Sha' gandum.
----
HARI KEWAFATAN (HARI ISNIN)
• Anas Ibn Malik riwayatkan, ketika Abu Bakar mengimami Solat Subuh, Rasulullah ﷺ menyelak langsir bilik Aisyah dan memandang sahabat dalam saf, kemudian baginda tersenyum.
• Abu Bakar hendak mundur kebelakang kerana jangka Rasulullah hendak imami solat.
• Diriwayatkan, ada sahabat yang hendak berhentikan solat kerana gembira dan merasakan Rasulullah telah bertambah sihat.
• Namun Rasulullah ﷺ beri isyarat agar solat diteruskan. Kemudian Rasulullah masuk ke dalam rumah dan turunkan langsir.
• Menjelang waktu DHUHA, sakit baginda bertambah berat. Rasulullah ﷺ sempat berjumpa dengan Fatimah, Hasan dan Husain, isteri-isteri baginda.
• Kesakitan itu ditambah dengan pengaruh racun yang diberikan wanita Yahudi dalam daging yang Rasulullah makan ketika baginda di Khaibar.
----
DETIK-DETIK TERAKHIR KEWAFATAN 😭
• Aisyah r.a memangku Rasulullah ﷺ dan bantu Rasulullah bersiwak.
• Rasulullah celup kedua-dua tangan dalam bekas air, lalu diusapkan ke wajah baginda, sambil bersabda,
"Tiada TUHAN selain ALLAH. Sesungguhnya kematian itu ada penderitaannya."
• Kemudian, Rasulullah angkat tangan dan jari mengarah ke langit-langit rumah dan bersabda;
"Allahumma ar-Rafiq al-A'la"
(Temukan aku dengan Kakasih yang Maha Tinggi)
sebanyak 3 kali.
Disusuli dengan tangan baginda lemah. Baginda ﷺ tercinta telah pun WAFAT menemui Kekasih-Nya.
• Peristiwa ini berlaku pada Waktu DHUHA, HARI ISNIN, 12 Rabiulawal 11 Hijrah. Ketika Rasulullah berusia 63 tahun 4 hari.
• Ramai sahabat dan orang-orang di Madinah seperti tidak percaya. Banyak riwayat ceritakan tentang Umar dan Abu Bakar. Akhirnya semua menerima berita ini.
----
PENGURUSAN JENAZAH RASULULLAH ﷺ.
• Terjadi perselisihan di kalangan Muhajirin dan Ansar di Kampung Bani Saidah pada Hari Isnin tersebut.
• Ringkasnya, selepas perbincangan kedua-dua kaum Muhajirin dan Ansar BERSEPAKAT melantik Abu Bakar menggantikan Rasulullah ﷺ.
• Dalam masa sama ahli keluarga baginda, sibuk membuat persiapan pengurusan jenazah Rasulullah ﷺ sehinggalah menjelang Subuh pada Hari Selasa.
• Selepas wafat, tubuh Rasulullah ﷺ diselubungi sehelai kain hitam. Pintu rumah ditutup dan hanya boleh dimasuki ahli keluarganya sahaja.
----
1 HARI SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH (HARI SELASA)
• Ahli Keluarga Rasulullah memandikan jenazah baginda ﷺ.
• Sahabat yang mandikan adalah, Al-Abbas (pakcik), Ali (menantu), Fadhl & Qutsam (anak Abbas), Syaqran (pembantu Rasulullah), Usamah dan Aus Khauly.
• Mereka kafankan baginda dengan 3 lembar kain kapas berwarna putih tanpa menyertakan pakaian ataupun penutup kepala.
• Kemudian, ada perbincangan di kalangan sahabat, lokasi jasad baginda ﷺ ingin dikebumikan. Abu Bakar bacakan satu Hadis:
"Tidaklah seorang nabi meninggal dunia melainkan dia dikuburkan ditempat dia meninggal dunia."
• Lalu Abu Talhah mengalihkan tempat tidur ketika Rasulullah wafat dan mula menggali liang lahad di situ. Lokasi tersebut KEKAL sehingga hari ini di Masjid Nabawi.
• Orang ramai masuk ke dalam rumah Rasulullah bergilir-gilir 10 orang, 10 orang, untuk solatkan jenazah Rasulullah ﷺ tanpa seorang pun menjadi imam.
• Giliran pertama dari ahli keluarga dahulu. Kemudian orang Muhajiran & Ansar. Selesai orang lelaki, giliran perempuan dan kanak-kanak juga mensolatkan Baginda ﷺ.
----
2 HARI SELEPAS KEWAFATAN (HARI RABU)
• Urusan Solat Jenazah tersebut berlangsung selama sehari penuh iaitu sepanjang Hari Selasa.
• Ia berakhir pada malam Rabu (Selasa malam Rabu)
• Dalam satu hadis disebutkan, Aisyah berkata,
"Kami tidak mengetahui penguburan Rasulullah ﷺ hingga kami mendengar bunyi cangkul (dikebumikan Rasulullah dalam lahad di tengah malam Rabu".
----
Demikian detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah ﷺ yang diceritakan dalam beberapa hadis sahih.
Beruntung sangat kita jadi umat Islam. Semoga kita semua dapat berjumpa bersemuka dengan Rasulullah ﷺ bila kita semua masuk Syurga kelak 😭😭.
Mari kita banyakkan berselawat atas junjungan besar Rasulullah ﷺ. Terutama cuti Maulidur Rasul ini.
Solluu A'laa Nabi.
Wallahua'lam.
Majlis pelancaran Sambal Nyet Bilis akan bersiaran langsung dari puncak Merdeka 118, mercu tanda tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia.
Menitik air mata edit video ni mengenangkan penat lelah berusaha dari dulu lagi. Enam tahun lepas botol Sambal Nyet yang pertama dilancarkan di satu kedai runcit tepi jalan, dan untuk sambal yang kedua kita akan lancarkan dari puncak tertinggi negara.
Terima kasih kepada anda semua yang memberi kepercayaan kepada produk-produk tempatan kita 🥺
Tindakan ini aku puji.
Mungkin ramai yang anggap benda ini hal remeh atau gurau-gurau. Tapi ia sebenarnya serius.
Ramai juga yang tidak mampu mengupah peguam, jadi tindakan ini sedikit sebanyak mewakili hasrat golongan yang pernah dibocorkan maklumat peribadi.
Rasanya dah sampai masa kerajaan pusat/negeri atau mana-mana parti politik tak perlu lagi support perhimpunan motor. Tak kisahlah Perhimpunan RXZ ke, geng Y ke, geng skuter dsb.
Benda ini jadi tak terkawal sebab ia banyak dapat sokongan parti politik yang nak dapatkan undi 'anak muda' kononnya. PM, MB bagi peruntukan, YB turun bagi duit/hadiah.
Akhirnya jalan raya seluruh negara jadi pentas anak muda berlumba dan hogging jalan/highway sebab konvoi beramai-ramai.
Siapa pernah drive dan dikelilingi beratus motor konvoi dan bawa laju di highway boleh faham isu dan kebimbangan itu.
Sayangnya ramai juga peserta yang mati kemalangan sepanjang program berlangsung. Berita yang sama. Isteri hilang suami, mak ayah hilang anak. Pasti akan ada yang mati lagi pada perhimpunan seterusnya.
Lagi sedih, orang yang tak bersalah pun turut jadi mangsa.
Hobi ni ada hadnya. Tak sampai menyusahkan orang lain dan memudaratkan diri. Bila kerajaan dan parti politik glorify dan sokong berlebihan benda begini, ia jadi budaya tak sihat. Suburkan budaya rempit.
Bila ada 'green light' serta support dari mereka, ia akan makin besar, semakin ramai peserta dan semakin tak terkawal. Polis pun tak mampu dah nak kawal trafik dan kuatkuasakan undang2 sepanjang jalan.
Aku harap benda-benda ni berhenti pada masa akan datang. Banyak lagi program lain perlukan sokongan dan tajaan kerajaan yang kurang berbahaya. Program car-free day di pusat bandar seluruh negara, larian, berbasikal dll.
Ini sudut pandang aku. Kalau ada pendapat lain okay je. Aku tak kisah.
Kalau join group motor, banyak orang muda yang masuk dalam 'rabbit hole' macam brader ni.
Berhutang sebab nak follow kawan-kawan.
Mula-mula beli motor hutang RM500+ selama 5 tahun. Lepas tu Helmet Arai RM3k, jaket RM800, Cardo Intercom RM1.5k, lepas tu upgrade jajan dan motor sana sini tak berkesudahan.
Gaji habis kat situ je setiap bulan. Simpanan zero.
Kata-kata motivasi geng motor, yang tak boleh pakai.
"Hidup hanya sekali, baik beli dan menyesal kemudian."
Dia tak nampak hidupnya lagi beberapa tahun. Berkahwin, sewa rumah, anak bertambah dsb.
Sebab tak mampu kawal diri untuk instant gratification. Kalau nak, mesti kena terus dapat depan mata, taknak delay.
Motor cantik, tapi hutang keliling pinggang. Geng 'atas' tak nampak isu ni dalam circle mereka. Tapi bagi remaja dan peminat motorsikal, isu ni semakin serius.
Itulah.
As a Muslim I never would have thought I would hear the adhan in an anime, they also brought up other things about Islam and I'm impressed at how well they portrayed it
Malaysians have a word for politicians who switch parties: katak — frogs. 🐸
So I built the receipts.
Lompat — every party-hop in Malaysian politics since 1955, searchable. Type any name, get their full trajectory. The whole Sheraton cast is in here:
https://t.co/dh7I6VX6pc
Bila usia semakin meningkat, kita tak lagi kejar benda-benda besar, nak ubah dunia.
Kita akan mula hargai perkara kecil yang beri ketenangan.
Masa bersendirian, tidur cukup, makanan sedap, beberapa orang kawan baik, masa berkualiti bersama insan tersayang.
Kaya yang sebenar.
Kongsi kuliah maghrib sikit.
Kata ustaz, manusia ni dari dulu ada sikap suka membandingkan-bandingkan harta kekayaan, anak-anak, dan pencapaian hidup.
Kemudian suka menunjuk-nunjuk dan bermegah atas apa yang mereka ada.
Allah larang perbuatan ini dalam Al-Quran.
Zaman sosial media, walaupun hidup dah rasa bahagia dan cukup, tapi bila lihat orang bercuti lagi best, kereta lagi mewah, rumah deco lagi cantik, anak lagi ramai, dia dah mula ada rasa kekurangan dalam hidupnya.
Lagi teruk generasi muda sekarang yang dah mula buat perbandingan sejak usia mereka kecil.
Dahulu sebelum sosial media, kita tak tahu sangat kehidupan orang lain. Kehidupan orang kaya, jiran, kawan sekolah/ofis bagaimana.
Sekarang, boleh nampak sampai bilik tidur, dapur, pakaian, hatta makanan yang mereka makan semua kita nampak sebab ramai yang tunjuk.
Ia jadikan ramai manusia makin kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah beri sebab merasakan diri sentiasa rasa kekurangan.
WA.
Saintis di Finland menjalankan satu eksperimen yang mana mereka menukar halaman tadika yang asalnya berbatu kerikil kepada tanah hutan sebenar, lengkap dengan rumput dan blok tanah gambut.
Selepas hanya sebulan kanak-kanak bermain di situ, ujian darah menunjukkan perubahan yang luar biasa.
Kepelbagaian bakteria pada kulit mereka meningkat, dan sel imun yang berfungsi untuk menenangkan badan daripada reaksi alahan (macam debunga atau kacang) bertambah dengan ketara.
Sebaliknya, kanak-kanak yang kekal di kawasan kerikil tidak menunjukkan sebarang perubahan positif ini.
Pakar berhipotesis bahawa punca utama kepada lonjakan penyakit asma dan alahan makanan dalam kalangan kanak-kanak sejak beberapa dekad kebelakangan ini adalah kerana kanak-kanak "terlalu bersih."
Lihat saja taman permainan sekarang yg dahulunya berlantaikan rumput dan pasir, bertukar menjadi getah dan plastik.
Statistik di Amerika Syarikat sangat membimbangkan. Misalnya, alahan kacang dalam kalangan kanak-kanak setahun melonjak tiga kali ganda antara tahun 2001 hingga 2017.
Sistem imun kanak-kanak hari ini membesar dalam persekitaran yang kekurangan pendedahan kepada bakteria semula jadi yang sepatutnya melatih badan mereka untuk jadi lebih kuat.
Tambah pula gaya hidup moden yang mengehadkan masa bermain di luar — 37% kanak-kanak prasekolah di Amerika hanya luang masa kurang sejam sehari di luar rumah — telah melumpuhkan kemampuan semula jadi badan untuk beradaptasi.
Bak kata Aki Sinkkonen (ketua penyelidik yg jalan kajian, "Paling bagus kalau kanak-kanak boleh bermain dalam lopak air dan semua orang boleh menggali tanah organik."
Sekarang, kerajaan Finland dah ambil langkah drastik dengan membiayai transformasi halaman tadika di seluruh negara untuk mengembalikan tanah dan alam semulajadi ke dalam kehidupan harian kanak-kanak.
Peringatan kepada Jemaah Haji elak terima bungkusan untuk dihantar ke luar negara.
Tak pasal-pasal kena dakwa seludup rokok. Nak buat baik berpada-pada.
Nak ulas tentang Rokok ketika musim haji.
Sebenarnya Jemaah Haji yang merokok ni memang ramai. Ada tokan jual rokok kat sana. Biasanya pekerja catering, pekerja am/kedai dari Indonesia.
Mereka ni akan merokok di tangga dan lorong-lorong bangunan. Selalu berjemaah. Ahli bilik kena tegas, kalau taknak mereka merokok dalam bilik (ada kes rokok dalam bilik).
Menyesakkan dada bila bau rokok setiap kali lalu kawasan tersebut. Kat tangga tu, sampai kena tahan nafas nak lalu sebab bau tak hilang.
Kat Arafah dan Mina pun ada port merokok mereka. Kadangkala ada mutawwif pun ikut join sama. Geleng kepada tengok.
Selain Ramadan, sepatutnya musim haji ni paling sesuai nak berhenti merokok.
Usahalah tidak merokok di tanah suci sana. Ia haram, kotor, membawa penyakit, membazir harta, dan bertentangan dengan prinsip menjaga jiwa dalam Islam.
Ia juga menyebabkan ramai orang tak suka kepada anda. Pakai ihram, solat kat masjidilharam, tapi bau rokok.
Basic Solat Berjemaah.
1. Kalau duduk saf depan ketika sedang solat dan batal wudhu', boleh je keluar dengan jalan di celah-celah saf, depan orang sedang solat.
Sutrah ketika solat berjemaah adalah depan imam. Jadi depan imam je tak boleh lalu.
Masih ramai orang rasa tak boleh jalan depan orang solat ketika berjemaah. Itu salah! Ia hanya terpakai ketika Solat bersendirian sahaja.
2. Kalau saf penuh/rapat dan kita batal wudhu' nak gerak kebelakang. Boleh je cakap dengan orang sedang solat, tolong bagi laluan, saya nak lalu.
Kita solat ni, bukan tiba-tiba jadi robot tak boleh gerak dan tak dengar apa-apa. Khusyuk solat tu bukan menyebabkan kita jadi robot/batu.
Orang yang sedang solat tu pulak, boleh anjak sikit ketepi bagi ruang jemaah tu nak lalu. Kalau perlukan 2 orang sekalipun, boleh je dua-dua gerak bagi ruang.
3. Kalau phone berbunyi ketika solat. Seluk poket tu dan matikan phone. Tak batal solat. Daripada ganggu berpuluh-puluh jemaah lain dari kusyuk solat sebab takut nak bergerak matikan phone.
Malah, kalau tengah berdiri dan phone letak kat lantai berbunyi kuat dan terlalu ganggu jemaah, lebih baik batalkan solat dan matikan bunyi phone tu.
Kemudian angkat takbir solat semula dan tambah bilangan rakaat yang tertinggal. Itu jauh lebih baik dari solat tapi sakitkan hati semua jemaah dengan bunyi yang bukan-bukan.
Ketika berjemaah, kita ni gerak sebagai satu kesatuan ummah. Bukan pentingkan diri sendiri. Jadi hukumnya berbeza.
Ini antara asas yang semua kena tahu. Terutama dalam bulan Ramadan yang majoriti kita solat berjemaah tarawih setiap malam.
Begitulah.