Bulan kaamatan sudah tiba,
Bahang singgarung sudah terasa,
Anak di rantau pulang ke desa,
Berpesta ria bersama keluarga.
*πΎSelamat menyambut pesta Kaamatan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan πΎ*
KUNJUNGAN SEDCO KE MARA SABAH
Rombongan SEDCO mengunjungi pejabat MARA Negeri Sabah pada 19 April 2022 yang lepas bertujuan meninjau program-program keusahawanan dan pembiayaan yang dilaksanakan serta merapatkan hubungan dengan agensi seaspirasi.
Majlis penyerahan Kuih Muih Raya Aidilfitri 2022 yang disampaikan oleh Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Encik Haizar Razif Hisyam bin Ajaz Nabijan kepada Ketua Menteri Sabah pada petang tadi bertempat di Dewan Bankuasi Menara Kinabalu.
Pada 7-4-22 SEDCO telah menandatangani memorandum persefahaman di antara SEDCO dan AGROBANK untuk mewujudkan kerjasama strategik dalam aktiviti pelaburan dan meningkatkan sinergi antara dua organisasi dibawah MAFI dan MAFS dalam membangunkan Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP).
Assaalamualaikum & Salam Sejahtera
Bagi pihak Pengurusan dan Warga Perbadanan berbesar hati ingin mengucapkan Selamat Datang Encik Haizar Razif Hisyam Bin Ajaz Nabijan ke Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) sebagai Pengurus Besar Kumpulan SEDCO.
[#InfoUsahawanSabah]
Hai kamurang, nanti 2 April 2022 - 2 Mei 2022 ni akan diadakan *Ekspo Ramadan@KKIA 2022* . Program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan produk Sabahan kepada Pelancong dan sempena Menyambut Bulan Ramadan.
Kejohanan Golf Mini Gemaputera pada 5 Mac 2022 bertempat di Damai Golf & Country Club, Sarawak. kejohanan itu bertujuan mengukuhkan hubungan antara pemain golf antara Perbadanan Kemajuan Negeri (PKN). Tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Individu, Berpasukan dan VIP.
Program lawatan kerja YB Datuk Dr. Joachim Gunsalam Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Ke projek Agensi di bawah Kementerian di Daerah Tawau yang telah diadakan pada 20 hingga 22 Februari 2022.
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Tuan/Puan
Mari sama-sama kita saksikan, like & komen program SIBES 2022.
Berikut adalah pautan program;
*Facebook* - https://t.co/gi6pQpsmTG
*Youtube* - https://t.co/k4PW0nk3zm
Perhatian amatlah dihargai.
Sekian dan jutaan terima kasih.
MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH KHAS BUAT YBHG. DATUK HJ. PENGIRAN SAIFUDDIN PENGIRAN TAHIR, JP
PADA 1 NOVEMBER 2021
PUKUL 11.00PAGI
BERTEMPAT DI KIMANIS BALLROOM, HYATT REGENCY KINABALU
#SEDCO