Tiga model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.
Model berkenaan adalah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.
SABDA kehilangan 5 orang guru yang berpindah ke sekolah baru masing-masing. Tahniah dan selamat tinggal diucapkan kepada Ustaz Mohd Aqil, Ustazah Siti Maisarah, Cikgu Hamidah, Teacher Asyikin dan Cikgu Azila. Semoga terus maju jaya di sekolah baharu nanti. You will be missed. <3
SABDA akan menganjurkan Hari Terbuka Asrama dan Karnival Keusahawan Muda pada 22 Jun 2019, Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Dijemput kepada semua untuk hadir untuk memeriahkan program! #SABDAdihatiku
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang sedang menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 bermula hari ini sehingga 17 Mei 2019. All the very best of luck and do your best! #SABDAdihatiku
Panitia Kimia SABDA telah menganjurkan Kem Kimia DiHatiku Siri 2 pada 3 & 4 Mei 2019 yang lalu bertempat di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) Sungai Buloh, Hutan Melintang.
Sambutan Hari Guru peringkat Sek Men Sains Bagan Datoh akan diadakan esok, 2 Mei 2019 bertempat di Dewan Gemilang dengan tema "GLAM-Anugerah Juara Pendidik". Happy Teachers' Day in advance to all educators out there!
Panitia Biologi telah mengadakan Bengkel Penguasaan Kertas 2 dan Bengkel Pendedahan Mudah Menjawab Kertas 3 Biologi pada 1 Mei 2019 di Bilik SKK SABDA. "The Best Never Rest"