Bapa, jangan garang dan bengis terhadap anak.
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:
Rasulullah ﷺ pernah mencium al-Hasan bin ‘Ali. Ketika itu al-Aqra‘ bin Habis al-Tamimi berada di sisi Baginda lalu berkata:
“Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka.”
Maka Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ لَا يَرْحَمْ لَا يُرْحَمْ
“Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”
(Hadith sahih, riwayat al-Bukhari)
Pada Jam 4.30 Pagi tadi waktu Malaysia
Berlaku pertempuran sengit antara Tentera Hizbullah dan IDF di Kafr Tibnit Selatan Lubnan
Israel terus melanggar gencatan senjata walaupun Selatan Lubnan dimasukkan dalam gencatan senjata US Iran
Jangan sampai anak “hilang” di depan mata.
Banyak kerosakan bermula daripada perkara yang nampak kecil seperti telefon, pengaruh kawan dan vape.
Tanpa sedar, mereka semakin jauh walaupun ada di depan kita. Jangan lepas tangan.
Kita yang melahirkan, maka kitalah yang bertanggungjawab membimbing mereka sebelum dunia gelap yang mengambil alih hati mereka.
JEPUN NAK BANTU MALAYSIA BAB MINYAK
Jepun dilaporkan akan memberi bantuan minyak mentah dunia kepada Malaysia dan Negara Negara Asia yang lain maklum PM Jepun Sanae Takaichi. Ini hasil panggilan telefon Sanae Takaichi bersama PM Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakan sejawatannya di ASEAN dan pemimpin Asia yang lain
Bantuan ini bernilai 10 Bilion USD dan 1.2 Bilion Tong minyak bagi memastikan negara negara Asia yang lain mendapat bekalan minyak yang mencukupi
TERKINI
US dan Indonesia dilaporkan memulakan perbincangan untuk Tentera US menggunakan ruang udara Indonesia lapor RT News
Setiausaha Perang US, Pete Hegseth dilaporkan akan bertemu Menteri Pertahanan Indonesia hari ini
KEMASKINI
Harga Minyak US menjunam mendadak dari 117 USD setong kepada 92 USD setong selepas pengumuman gencatan senjata selama 2 minggu antara US dan Iran
Bursa Saham US S&P 500 naik ke 6,800. 3.5 peratus kurang dari rekod tertinggi saham itu dalam sejarah. Bursa Saham Jepun naik 5 peratus
Harga Emas naik 4,900 USD 1 Auns, Bitcoin naik ke 72,000 USD dan Perak naik ke 77 USD satu auns
KEMASKINI
Rusia kehilangan 1 Bilion USD dalam seminggu selepas serangan dron Ukraine mengena Pelabuhan Minyak Primorsk dan Ust Luga lapor Financial Times
Korea Selatan mempertimbangkan untuk menghantar 5 buah kapal ke Pelabuhan Yanbu di Laut Merah sebagai alternatif kepada Selat Hormuz. Ini untuk memastikan bekalan Korea Selatan terpelihara
Arab Saudi mengosongkan Pusat Kewangan Utama KAFD untuk mengelakkan dari diserang misil Iran lapor Semafor
TERKINI
Rusia dan China menggunakan kuasa Veto menghalang Resolusi usaha secara paksaan bagi membuka Selat Hormuz di Majlis Keselamatan PBB
Resolusi itu dibawa oleh Bahrain. Sebelum ini diplomat Perancis, Rusia dan China menyatakan yang Kuasa Veto akan digunakan serta merta jika Resolusi itu menggunakan cara ketenteraan digunakan untuk membuka Selat berkenaan
ALHAMDULILLAH
Sebuah kapal Petronas membawa 1 Juta Tong minyak dari Pelabuhan Basrah Iraq sudah melepasi Selat Hormuz dan akan tiba di Pengerang, Johor pada 17 April 2026
Kapal ini membawa bekalan minyak cukup untuk keperluan rakyat Malaysia selama 2-3 hari
TERKINI
HANYA IRAN DAN OMAN BERHAK MENENTUKAN NASIB SELAT HORMUZ
Menteri Luar Iran, Abbas Aragachi mengisytiharkan yang Iran dan Oman sahaja akan menentukan nasib Selat Hormuz dan bukannya US atau negara lain
Tiada rundingan berkenaan Selat Hormuz seperti yang Trump cakap namun mesej dari US disampaikan melalui Steve Witkoff melalui pihak tengah Pakistan, Türkiye dan Mesir
Iran sekarang lebih bersedia untuk lawan US di daratan dan memastikan kapal musuh semuanya disekat
Mulai hari ini
Semua pengguna kereta asing termasuk Malaysia hanya boleh isi minyak 3/4 penuh sahaja di Brunei Darussalam
Kementerian Tenaga Brunei menasihatkan rakyat Malaysia agar isi minyak di Miri atau di Malaysia sebelum masuk ke Brunei
Ini untuk memastikan bekalan minyak Brunei terjaga dan terpelihara susulan Perang US Iran dan Penutupan Selat Hormuz
TERKINI
Tentera Pengaman Malaysia di Selatan Lubnan diarahkan menghentikan operasi mereka serta merta maklum Menteri Pertahanan Malaysia, Dato Seri Khaled Nordin
Ini selepas serangan ke atas Tentera Pengaman Indonesia membunuh 3 anggotanya
Semua anggota dan pegawai Tentera Malaysia di sana disahkan selamat namun mengambil segala SOP yang perlu bagi memastikan keselamatan mereka terjamin
RASMI
Iran mengumumkan Laksamana Madya Alireza Tangsiri iaitu Panglima Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Iran IRGC dibunuh dalam serangan udara Israel di Bandar Abbas di Selatan Iran
TERKINI
7 KAPAL MALAYSIA TUNGGU GREEN LIGHT LALU SELAT HORMUZ
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan 7 buah kapal Malaysia milik Petronas dan Sapura Energy kini sedang tunggu lampu hijau dari Kerajaan Iran untuk dibenarkan melalui Selat Hormuz
Kesemua 7 kapal itu dilepaskan dan tidak ditahan Kerajaan Iran. Cuma sedang menunggu laluan selamat yang diizinkan Kerajaan Iran.
TERKINI
PM Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan ada Perutusan Khas menerangkan langkah Malaysia hadapi Konflik Perang US Iran Jam 6.30 Petang hari ini
Ini hasil Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara MTEN Semalam dan dua hari lepas
TERKINI
IRAN SUDAH MUSNAHKAN 17 PANGKALAN TENTERA US
Jurucakap Pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Brigadier Jeneral Abolfazl Shekarchi mengumumkan Tentera Iran sudah memusnahkan 17 Pangkalan Tentera US di Timur Tengah
Ini sebagai balasan kepada mana mana pihak termasuk US yang berani melanggar kedaulatan negara Iran
Kita akan cari warga US dan tenteranya sampai dapat dan F-35 tidak lagi akan selamat
Setakat ini Tentera Iran akan ikut 4 syarat sepertimana yang ditetapkan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Mojtaba Khamenei