Berita baik untuk warga Taiping pada hari sabtu ini!
Sebelum ini event Cherita Secangkir Kopi berlangsung di Ipoh, untuk tahun ini akan berlangsung di Taiping! Moh Kita!
Cherita Secangkir Kopi 2025
🗓️ 30 Ogos 2025 (Sabtu)
📍Dataran Warisan Taiping, Perak
⏰7pagi-12malam
Ada event di Ipoh berlangsung harini & esok kome! Bertemakan Batik, moh ke Popup Market Kinta Riverwalk! Ada pelbagai jualan makanan & barang-barang yang menarik, rugi kome tak singgah. Moh Kita!
Popup Market Kinta Riverwalk
📍Kinta Riverwalk, Ipoh, Perak
⏰4petang-12malam
🗓️28 & 29 Jun 2024 (Jumaat & Sabtu)
#MohKeIpoh
Ngopdul Coffee cawangan Greentown kini dibuka!
Moh singgah ke Soft Launch Ngopdul Coffee cawangan Greentown & ada percuma 50 cup kopi bermula 5 petang ini, Moh Kita!
Ngopdul Coffee (Greentown)
📍Greentown, Ipoh, Perak
(Sebelah Restoran Nasi Vanggey)
Warga Ipoh! Ada event berlangsung harini kome. Moh ke Ipoh Riverwalk Popup Market! Ada pelbagai jualan yang menarik 😍
Ipoh Riverwalk Popup Market
📍Kinta Riverwalk, Ipoh, Perak
⏰2petang-11malam (Sabtu)
Apa tunggu lagi? Moh Kita!
EKONOMI MADANI ADALAH EKONOMI ROBIN HOOD
Terdapat mixed reactions daripada posting saya sebelum ini yang menyamakan Ekonomi Madani dengan Ekonomi Robin Hood.
Sebenarnya saya tak perasan yang quote ini dapat sambutan sehingga beberapa orang beritahu saya.
Ramai juga yang kritik dan tak boleh terima sebab katanya sistem percukaian yang ada sekarang ini adalah terkena kepada semua orang tak kira kaya atau miskin.
Dalam sistem percukaian sesebuah negara itu, biasanya ia ada dua jenis.
Pertama ialah cukai regresif dan kedua ialah cukai progresif
Cukai regresif adalah cukai yang bergantung kepada penggunaan. Misalnya SST, GST dan sebagainya yang mana setiap kali orang beli barang, mereka tak boleh lari dari kena cukai ini. Ia adalah sistem cukai pukul rata.
Cukai regresif sudah untuk kita pilih sesiapa yang akan kena. Akan tetapi, akan ramai orang yang berpendapatan rendah kena sebab mereka yang pendapatan rendah ni mempunyai ‘marginal propensity to consume (MPC)’ yang tinggi.
Kedua ialah cukai progresif. Misalnya cukai pendapatan. Bila seseorang itu ada pendapatan yang lebih tinggi, maka dia akan dikenakan cukai yang lebih tinggi.
Yang kerajaan boleh kawal sebenarnya ialah cukai progresif. Tapi cukai progresif ni pun kena berhati-hati. Ia perlu dikenakan pada kadar yang tak terlalu membebankan golongan kaya sebab mereka ni adalah pemilik modal.
Seandainya cukai progresif terlalu tinggi, golongan pemilik modal mungkin akan pergi ke negara lain untuk melabur.
Sekarang saya masuk bab ekonomi Robin Hood. Dalam ekonomi ada satu istilah yang dipanggil “the Robin Hood Effect” / Kesan Robin Hood.
Robin Hood Effect bermaksud apabila golongan yang kurang berkemampuan mendapat keuntungan yang lebih dari segi ekonomi apabila kerajaan mengorbankan golongan yang lebih kaya.
Ia bukan bermaksud golongan pendapatan rendah tak kena cukai langsung. Tapi ia bermaksud bagaimana kerajaan memindahkan wang hasil cukai itu daripada golongan kaya kepada golongan pendapatan rendah.
Kita ambil contoh pada 2023 kadar cukai pendapatan untuk rakyat Malaysia T20 (20% teratas daripada pendapatan isi rumah Malaysia) dinaikkan sebanyak 0.5% hingga 2% bergantung kepada kurungan pendapatan. Ini bagi mengimbangi pengurangan dalam kumpulan berpendapatan rendah.
Sememangnya, lebih jauh daripada kurungan pendapatan, kenaikan cukai tambahan sehingga maksimum RM10,950.
Yang paling terkena tempias ialah mereka yang pendapatan bercukainya berada dalam lingkungan RM600,001 hingga RM1,000,000, di mana mereka perlu membayar 4.6% lebih – peningkatan tertinggi antara kumpulan pendapatan.
Akhirnya, tiada had bagi mereka yang berpendapatan bercukai melebihi RM2 juta – tetapi mereka masih akan membayar tambahan RM10,950 daripada perubahan dalam kadar cukai di peringkat bawah.
Tapi saya nak sentuh dalam konteks yang lebih besar dari itu iaitu kedudukan fiskal. Meskipun dalam konteks cukai progresif kerajaan telah mencukai lebih mereka yang dari golongan T20, ada lagi satu masalah iaitu mereka yang dari T20 jugalah yang mendapat manfaat yang lebih besar daripada subsidi.
Sementara cukai yang dikenakan kepada T20 tinggi, akan tetapi cukai ini telah dioffset dengan rebate tak langsung mereka nikmati daripada subsidi. Untuk setiap RM 1 subsidi bahan api, 53 sen akan pergi ke golongan T20. Ini bermaksud lebih 50 peratus subsidi pergi ke golongan mereka yang pakai kereta mewah.
Akan tetapi, PADU akan menjadi tembok penghalang bagi golongan T20 untuk terus nikmati subsidi yang sebelum ini banyak digondol oleh mereka. Sistem PADU membolehkan kerajaan melaksanakan Robin Hood Effect dengan merampas semula wang yang diambil oleh golongan kaya dan kemudian pindahkan ini kembali kepada golongan bawahan.
Kebanyakan insiatif kerajaan seperti gaji progresif, cash transfer dan semuanya akan memerlukan wang. Dari manakah wang ini datang? Jawabnya sudah tentu dari wang yang dijimatkan daripada golongan T20.
Inilah yang dinamakan sebagai The Robin Hood Effect.
Penggemar Kopi Serbu Ipoh – Karnival Kopi Perak
Penggemar kopi menunjukkan air kopi yang dibelinya pada Karnival Kopi Perak 'Cherita Secangkir Kopi' di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh.
Foto : ABDULLAH YUSOF
#malaysiagazetteperak#lensaMGPerak#karnivalkopiperak
Karnival Cherita Secangkir Kopi 2023 berlangsung pada hari sabtu ini dengan pelbagai program yang menarik :
☕️ Sesi Open Mic with Kak Sal
☕️ Pour Over Session
☕️ Sekolah Kopi (Coffee Talk)
☕️ Coffee Roasting Session
☕️ Barista Fun Run
☕️ Brewing Session
☕️ Aktiviti Pecah Guni & Bidding
☕️ Mobile Photography Workshop & Competition Briefing
Moh Kita!
Berita baik untuk penggemor kopi di Ipoh! Moh ke karnival Cherita Secangkir Kopi 2023 ☕️
Cherita Secangkir Kopi 2023
🗓️2 Disember 2023 (Sabtu)
⏰7 pagi - 11 malam
📍Padang Polo Ipoh (Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz)
CHERITA SECANGKIR KOPI 2023 di Padang Polo, Ipoh pada 2.12.2023 (Sabtu).
Kepada pencinta - pencinta kopi yang berada di sekitar atau berdekatan, dijemput untuk hadir dan nikmati bersama - sama. Pelbagai aktiviti akan berlangsung nanti. Moh kome kita sama² memeriahkan acara ini.