Catatan Dhuha.
Istiqamahlah dengan ajaran Islam di dalam kehidupan sehari-harian secara sempurna. Hasil akan diperolehi pada masa yang kita tidak ketahui.
Idris Hj Ahmad 21 Syawal 1441/ 13 Jun 2020 Sabtu.
Untuk Perempuan yang Qadha' Puasa Ramadan, kena anggap ia PUASA WAJIB.
Maksudnya?
Tak boleh suka-suka hati BUKA PUASA pada waktu tengahari sebab benda remeh. HARAM jika tanpa keuzuran.
Ia BERBEZA dari puasa sunat yang boleh batalkan puasa walau takde apa-apa uzur.
Cuba kita bermuhasabah dengan apa yang berlaku saat dan ketika ini. Bukan sahaja di negara kita, malah pelbagai negara lain juga turut menerima musibah daripada ujian Allah SWT yang datang bersama wabak Covid-19.
https://t.co/SVsnB8VDXC
Rahsia Warna Merah Kalimah “وليتلطف” Dalam Surah Al-Kahfi
Waktu zaman kanak-kanak dulu bila baca Quran, selalu tertanya-tanya kenapa ada satu perkataan dalam Surah Al-Kahfi diwarnakan merah?
Walyatalattaf
https://t.co/u3JKhW0Xen
Imam Ahmad b. Hanbal pernah dipuji di depan khalayak, lalu beliau membalas, "Kita ini sebenarnya, orang-orang yang miskin. Jika Allah tidak tutup aib kita, tiada siapa nak dekat dengan kita." Beza antara kita bukan suci-dosa, bezanya ialah masih disimpan atau telah didedahkan.
Lafazkan Ucapan Hari Raya. Seperti yang diajar Nabi ;
ٍ ﺗَﻘَﺒَّﻞَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻣِﻨَّﺎ ﻭَﻣِﻨْﻚ
Taqobbalallahu minna wa minkum - Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian.
Macam mana kita layan Al-Quran di dunia ni, begitulah Al-Quran memberi layanan kita di akhirat nanti."
Al-Quran adalah penyelamat diri kita. Moga kita jadikan al-Quran sebagai sahabat kita dunia dan akhirat.
Aamiin.
Adakala kita bersalah.. Allah datangkan sahabat untuk menegur.
Adakala kita betul.. Allah datangkan sahabat yang patut ditegur.
Adakala kita diuji.. Allah datangkan sahabat untuk bantu kita.
Adakala sahabat kita diuji.. Allah beri kekuatan untuk kita bantu dia.
HAMKA
SOLAT MALAM, TAHAJJUD, & QIYĀMULLAIL |
Saya masih menerima beberapa persoalan baharu berkenaan isu ini, jadi saya sebutkan perbahasan panjang di sini 👇🏻
Jemput baca sampai habis. Retweet tanda faham. Jika tak faham juga, tanya kepada saya.
Moga Allah berikan kefahaman. Amēn.