99 DAYS TO GO!
Save the Date
Selangor Children’s Literature Festival 2026 (SCLF 2026)!
Formerly known as the Selangor Children’s Book Fair (SCBF), SCLF 2026 marks a new chapter celebrating storytelling, creativity, inclusivity, arts & meaningful learning for every child.
Lebih 10,000 peserta menyertai program Language Discovery@Selangor Public Library yang menawarkan pembelajaran bahasa asing secara percuma sejak diperkenalkan ketika pandemik COVID-19.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari @AmirudinShari berkata program kendalian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) @SelangorLibrary itu terus mendapat sambutan menggalakkan dan menjadi antara inisiatif pendidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
#kliksemasa #mediaselangor #PPAS #AmirudinShari #bahasaasing
99 DAYS TO GO!
Save the Date
Selangor Children’s Literature Festival 2026 (SCLF 2026)!
Formerly known as the Selangor Children’s Book Fair (SCBF), SCLF 2026 marks a new chapter celebrating storytelling, creativity, inclusivity, arts & meaningful learning for every child.
@AmirudinShari@NajwanHalimi@SelangorLibrary Sastera bukan sekadar tulisan, tetapi suara jiwa masyarakat. Semoga dunia penulisan dan budaya terus subur melahirkan masyarakat yang berfikir dan berjiwa besar.Tahniah MB
Saya bersama-sama dengan para sasterawan dan karyawan dalam satu program Pemukiman Sasterawan dan Karyawan Selangor 2026 yang menghimpunkan seramai 70 peserta dan 26 panelis terdiri daripada tokoh sastera, penulis serta penggiat seni budaya dari pelbagai latar belakang.
Program yang kali kedua dianjurkan selepas penganjuran pertama pada tahun 2022 ini menjadi medan penting untuk kita menilai peranan sastera dalam membentuk pemikiran masyarakat, memelihara nilai budaya serta mempertahankan nurani kemanusiaan dalam dunia yang semakin dipengaruhi arus digital dan algoritma.
Saya percaya sastera bukan sekadar himpunan kata-kata indah, tetapi cerminan tamadun dan suara masyarakat. Seperti yang pernah diungkapkan oleh Usman Awang, “Tulislah dengan hati nurani rakyat.” Dalam dunia yang semakin bising dengan “digital swarm”, karya sastera dan budaya menjadi ruang untuk kita kembali mendengar, memahami dan menafsir realiti masyarakat dengan lebih manusiawi.
Saya turut menyentuh bagaimana karya-karya besar seperti One Hundred Years of Solitude oleh Gabriel García Márquez, Theory of Moral Sentiments oleh Adam Smith, serta The Anxious Generation oleh Jonathan Haidt membantu manusia memahami persoalan sejarah, moral, ekonomi dan keresahan generasi hari ini dengan lebih mendalam.
Dalam sesi dialog bersama para sasterawan dan karyawan pula, pelbagai cadangan, teguran serta pandangan bernas telah dikemukakan khususnya berkaitan usaha memperkukuh ekosistem sastera dan budaya negara. Perbincangan yang berlangsung secara terbuka dan matang ini amat penting dalam memastikan dunia kesusasteraan terus relevan, dihargai dan mampu berkembang seiring cabaran semasa.
Saya yakin suara para penulis, budayawan dan seniman tidak boleh dipinggirkan kerana merekalah penjaga ingatan, budaya dan jiwa bangsa. Sesebuah negeri dan negara yang benar-benar mahu maju harus memberi ruang kepada kelompok intelektual ini untuk terus menyumbang idea, menegur dengan hikmah serta membina kesedaran masyarakat.
Semoga program ini menjadi ruang yang subur untuk mencetuskan idea baharu, memperkukuhkan jaringan strategik dan melahirkan lebih banyak karya berkualiti yang mampu membina masyarakat berilmu, berbudaya dan berdaya fikir tinggi khususnya di Selangor.
#KitaSelangor
Alhamdulillah, saya berkesempatan meluangkan masa bersama mahasiswa dan mahasiswi anak Selangor dalam program Jerayawara Siswa KITASelangor Zon Selatan yang berlangsung di Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM Johor Bahru.
Program anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan & Modal Insan Negeri Selangor bersama Yayasan Selangor ini turut dilaksanakan dengan kerjasama strategik Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), SIDEC, PPAS serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai tuan rumah.
Jerayawara Siswa KITASelangor ini merupakan siri ketujuh selepas UMS, USM, UPSI, UMPSA, UiTM Selangor dan IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi sebagai usaha Kerajaan Negeri untuk terus mendekati mahasiswa serta mendengar sendiri suara dan aspirasi anak muda Selangor di institusi pengajian tinggi.
Menerusi sesi dialog bersama mahasiswa, saya dapat bertukar pandangan secara langsung mengenai cabaran semasa, kos sara hidup, akses pendidikan digital serta harapan mereka terhadap peranan Kerajaan Negeri dalam membantu pembangunan mahasiswa dan belia Selangor.
Dalam program ini juga, saya berpeluang meluncurkan inisiatif Data Internet Selangor khas buat mahasiswa UTM, UTHM dan UiTM sebagai usaha mengurangkan jurang digital serta membantu pembelajaran dalam talian mahasiswa. Selain itu, turut disampaikan bantuan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT), penyerahan bendera kontinjen LASKAR 2026 serta perasmian Majlis Mahasiswa Selangor (MaSEL) UTM sebagai wadah memperkukuh kebajikan dan suara mahasiswa anak Selangor.
Saya juga menyambut baik pelbagai pembentangan dan inisiatif yang diketengahkan oleh Yayasan MBI, PPAS dan SIDEC termasuk usaha memperkukuh budaya ilmu, literasi digital, pembangunan inovasi serta program Young Innovator MetaSEL Pitching 2026 yang membuka ruang kepada mahasiswa dan belia mengetengahkan idea kreatif serta penyelesaian inovatif untuk masa depan negeri.
Terima kasih atas sambutan dan keterbukaan yang diberikan sepanjang program ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan mampu terus memperkukuh jaringan anak Selangor, melahirkan generasi muda yang berdaya saing serta membawa manfaat yang berkekalan kepada pembangunan negeri dan negara.
#KitaSelangor
Hi! Malaysian Writers
We’re looking for engaging middle grade adventure stories (ages 8–12) that celebrate the beauty, culture & diversity of Malaysia.
Deadline: 30 May 2026
Submit to: [email protected]
Subject: AUTHOR CALL SUBMISSION – CHILDREN’S FICTION
Hi! Malaysian Writers
We’re looking for engaging middle grade adventure stories (ages 8–12) that celebrate the beauty, culture & diversity of Malaysia.
Deadline: 30 May 2026
Submit to: [email protected]
Subject: AUTHOR CALL SUBMISSION – CHILDREN’S FICTION
Jom Baca Bersama
Luangkan hanya 1 minit untuk membaca dan rasai kegembiraan yang mampu membina bangsa.
23 April 2026
11:00 – 11:10 pagi
Pustaka Raja Tun Uda
Ayuh sama-sama kita semarakkan budaya membaca.
Membaca Menggembirakan, Membaca Membina Bangsa.
Jom Baca Bersama
Luangkan hanya 1 minit untuk membaca dan rasai kegembiraan yang mampu membina bangsa.
23 April 2026
11:00 – 11:10 pagi
Pustaka Raja Tun Uda
Ayuh sama-sama kita semarakkan budaya membaca.
Membaca Menggembirakan, Membaca Membina Bangsa.
Salam Aidilfitri 1447H
Pagi Syawal indah berseri,
Maaf dipinta setulus hati;
Terima kasih atas sokongan diberi,
Semoga raya dirai penuh berkat dan harmoni.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada warga PPAS.
Salam Aidilfitri 1447H
Pagi Syawal indah berseri,
Maaf dipinta setulus hati;
Terima kasih atas sokongan diberi,
Semoga raya dirai penuh berkat dan harmoni.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada warga PPAS.
Notis Penutupan Perpustakaan Sempena Hari Raya Aidilfitri
Semua perpustakaan di bawah pengurusan PPAS akan ditutup pada 20–23 Mac 2026 (Jumaat–Isnin) sempena Hari Raya Aidilfitri.
Perkhidmatan akan beroperasi semula pada 24 Mac 2026 (Selasa).
Selamat Hari Raya Aidilfitri ❤️
Tazkirah World #QuranHour 2026
“Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia”
Tazkirah disampaikan oleh:
YH Sahibul Fadhilah Ustaz Dato’ Dr. Haji Badli Shah bin Haji Alauddin
Timbalan Mufti Pahang
11 Mac 2026 (Rabu)
9 pagi – 1.00 petang
📝 Pendaftaran:
https://t.co/ktxpOHJS5B
Tazkirah World #QuranHour 2026
“Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia”
Tazkirah disampaikan oleh:
YH Sahibul Fadhilah Ustaz Dato’ Dr. Haji Badli Shah bin Haji Alauddin
Timbalan Mufti Pahang
11 Mac 2026 (Rabu)
9 pagi – 1.00 petang
📝 Pendaftaran:
https://t.co/ktxpOHJS5B
Jemputan Penyertaan ke World #QuranHour 2026
🗓 11 Mac 2026 (Rabu)
⏰ 12.00 tgh – 1.00 ptg
📍 SACC Mall (bermula 10.30 pagi), terbuka kepada semua
Tema: “Membentuk Manusia, Sebelum Membina Dunia” — membina insan berintegriti, berprinsip dan beramanah sebagai asas kepimpinan.
Jemputan Penyertaan ke World #QuranHour 2026
🗓 11 Mac 2026 (Rabu)
⏰ 12.00 tgh – 1.00 ptg
📍 SACC Mall (bermula 10.30 pagi), terbuka kepada semua
Tema: “Membentuk Manusia, Sebelum Membina Dunia” — membina insan berintegriti, berprinsip dan beramanah sebagai asas kepimpinan.
🇩🇪 Guten Tag! (Good Day)
LANGUAGE DISCOVERY 2026 @ Selangor Public Library
Ppendaftaran kelas tambahan baharu kini dibuka.
Pilihan Bahasa:
🇨🇳 Bahasa Mandarin – 11 kelas
🇫🇷 Bahasa Perancis – 7 kelas
🇩🇪 Bahasa Jerman – 2 kelas
📲 Daftar sekarang:
https://t.co/4V5DUFy29v
🇩🇪 Guten Tag! (Good Day)
LANGUAGE DISCOVERY 2026 @ Selangor Public Library
Ppendaftaran kelas tambahan baharu kini dibuka.
Pilihan Bahasa:
🇨🇳 Bahasa Mandarin – 11 kelas
🇫🇷 Bahasa Perancis – 7 kelas
🇩🇪 Bahasa Jerman – 2 kelas
📲 Daftar sekarang:
https://t.co/4V5DUFy29v