Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri popular "Impian Ilyana" itu menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital pakar di ibu negara kira-kira jam 4 petang akibat komplikasi kesihatan yang serius.
#AWANInews#AWANI745
https://t.co/BO5WwYtxyM
[ Terkini : Tidak Rasmi ]
Melibatkan pelajar UPSI yang berada di dalam bas. Bas membawa pelajar UPSI dari Jerteh menuju ke Perak.
Lokasi kemalangan di Gerik.
16 Kematian
13 Meninggal Dunia di lokasi kejadian,
3 Meninggal Dunia dalam perjalanan ke hospital.
Newly released features enable more verified people to have Mainnet wallets to directly participate in Mainnet utilities! Learn more https://t.co/7S1X0M0lLj
Mainnet wallet activation features are now available for identity-verified individuals—including millions of fully and most tentatively KYC’d Pioneers. This unblocks their participation in, and broadens the inclusion of, the Pi Mainnet ecosystem including direct interactions on Mainnet blockchain, Pi apps, local commerce and events like the .pi Domains Auction.
MR NICE GUY
Dunia maya dipenuhi ucapan takziah untuk PM5 sejak semalam. Satu persamaan ketara dalam setiap penulisan, ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi ialah Mr Nice Guy.
Saya taknak ulang apa yang ada. Semuanya tertulis indah belaka. Cuma saya nak bagi sedikit trivia, siapa PM5 sebenarnya.
1. Beliau merupakan cucunda Mufti Pulau Pinang pertama, juga pengasas Hizbul Muslimin yang selepas itu menjadi Parti İslam Malaysia (PAS). Datuk sebelah ibunya seorang Cina Muslim berketurunan Hainan yang berhijrah dari China.
2. Dari şegi pendidikan, beliau memiliki Ijazah Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Namun diberi mandat menjadi Menteri Luar Negara antara yang paling lama, kerana kebolehan dwi-bahasa dan kemahiran berdiplomasi antarabangsa.
3. Dari segi politik, beliau menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas selama 8 penggal berturut-turut. Direkodkan menjadi Perdana Menteri yang paling berjaya semasa PRU 2004 dengan menang landslide 198 kerusi dari 219 yang dipertanding. Pertambahan 50 kerusi dari PRU sebelumnya. Namun PRU 2008, beliau menyebabkan BN kalah teruk dan hilang negeri Selangor.
4. Penggal ke-2 beliau menjadi Perdana Menteri beliau diserang kanan dan kiri. Dengan propaganda menantu di Tingkat 4 yang dikatakan berkuasa dan beliau hanya PM boneka. Dan hentaman PM sebelumnya yang katakan beliau “sleeping on his job”. Mahukan Najib Razak take over UMNO. And the rest is history.
*******************
Pak Lah melalui polisi Islam Hadhari memenangi majoriti hati pengundi Malaysia. Undi popular tertinggi dalam sejarah negara. Tunjukkan pengundi Malaysia ini rasional. Sekiranya polisi itu done right, walau ada unsur agama, ianya boleh diterima. Kerana benda baik itu universal. Disambut baik semua bangsa.
Pak Lah tunjukkan Orang Baik boleh jadi Perdana Menteri dan survive dalam politik.
Pak Lah tunjukkan seorang pemimpin tak perlu jadi kejam dan zalim, untuk mengemudi negara. Cukup perasaan ihsan tanpa mengira bangsa.
Pak Lah beri inpirasi İslam Hadhari boleh jadi polisi nasional yang diterima baik, tanpa mana2 rakyat rasa terancam dan tertindas. Agama dan budaya mereka boleh dipraktis dengan bebas.
Pak Lah tunjukkan kepada kita dalam lembut ada tegas. Dalam menurut juga perlu berakal. Agar integriti dan legasi itu kekal.
Belasungkawa kepada Negarawan Ulung Bangsa Malaysia. Bapa Sahsiah kebanggaan semua.
Salam hormat,
Liyana Marzuki