@meinmokhtar "Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut" - (2:283) Al Baqarah
Walaupun anda akan menjadi miskin dengan membayar hutang lebih baik daripada mati dalam hutang.
Insya Allah kita akan merayakan Eidul Adha pada 27 Mei.
Nabi ﷺ menyatakan bahawa amalan pada 10 hari ini adalah hari paling disukai oleh Allah [HR Bukhari]
Ayuh kita ulangkaji fakta penting untuk 10 hari terbaik ini.
Penyebab kerosakan orang muda adalah masa lapang, duit dan kurang tanggungjawab.
Badan tengah sihat, tenaga pun banyak. Bila usia muda tak disibukkan dengan ilmu dan perkara yang bermanfaat, dia akan habiskan masa pada perkara maksiat.
Bila hidup disibukkan dengan benda lagha, jiwa jadi kosong. Emosi dan mental pun lemah.
Pemuda tak berkualiti inilah yang akan menyumbang dan terjebak dengan budaya hedonisme.
Ingatlah, menjalani kehidupan yang tujuannya bukan akhirat bermakna hidup itu berpaksikan perasaan dan syahwat.
Moga Allah pelihara zuriat keturunan kita.
Jangan amalkan budaya tunggu VVIP untuk sesuatu majlis. Kalau depa datang lambat, korang teruskan je majlis ikut jadual. Itu majlis korang, bukan majlis untuk VVIP tu.
Banyak dah kot berlaku kes2 macam ni. Majlis jamu bagi makan anak2 yatim. Anak2 yatim pula kena tunggu VVIP untuk makan. Majlis start kul 8.30. VVIP datang kul 10. VVIP pula makan sedap atas meja siap 'lady Susan' bagai.
Ini norma yang perlu diubah. 🫵🏻
Datang beraya ke rumah orang. Tiba-tiba anak menangis berguling-guling nak bawa balik mainan kereta Hot Wheels milik tuan rumah.
Dan mak ayah pula cakap kat tuan rumah: "Alah, bagilah je. Kesian dia menangis tu. Nanti you beli lah lain."
Tolonglah.
Thread
Malam ini, sambil duduk di sofa, saya membaca Surah Fātir.
Baru membaca ayat pertama sahaja, hati sudah berbunga-bunga dan terasa tidak sabar untuk berkongsi.
Namun, sebagaimana sunnah para salaf, bacaan surah sebaiknya dihabiskan terlebih dahulu sebelum berhenti.
Ayat pertama dimulai dengan pujian kepada Allah.
Indah benar susunan dalam ayat ini.
Allah diperkenalkan sebagai Fātir bagi langit dan bumi.
Fātir bermakna mencipta, membentuk, mengukir sehingga menjadi sempurna dari tiada kepada ada.
Tetapi yang benar-benar menarik perhatian saya ialah pada bahagian seterusnya dalam ayat ini:
"Dia menjadikan malaikat sebagai utusan."
Kita biasa mendengar bahawa utusan Allah ialah para nabi, bukan?
Namun sebenarnya, malaikat juga merupakan utusan Allah.
Diutus dengan tugas-tugas tertentu, membawa wahyu, menjaga alam, dan melaksanakan perintah-Nya tanpa pernah ingkar.
Kemudian Allah menyebut:
“Mempunyai sayap, ada yang dua, tiga dan empat.”
Para malaikat, makhluk yang sangat indah.
Mereka adalah makhluk bersayap. Mereka boleh terbang, bergerak dengan kepantasan yang tidak terjangkau oleh imaginasi manusia.
Jumlah sayap para malaikat menggambarkan kedudukan dan tugas yang diberikan kepada mereka.
“Allah menambah dalam ciptaan apa yang Dia kehendaki.”
Bukan sekadar dua, tiga atau empat.
Allah berkuasa mencipta sesuatu yang jauh lebih hebat daripada itu, melampaui jangkaan dan logik manusia.
Malaikat Jibril, ketua para malaikat, mempunyai 600 sayap.
Daripada setiap sayapnya permata dan yaqut yang berwarna-warni berguguran.
MasyaAllah.
Indahnya ciptaan Allah.
“Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.”
Allah yang menciptakan langit dan bumi.
Allah yang mengutuskan para malaikat.
Allah yang menentukan bentuk, kekuatan, dan tugas setiap makhluk.
Membaca ayat pertama Surah Fātir terasa seperti membawa fikiran melayang, meneroka alam makhluk yang tidak mampu dicapai sepenuhnya oleh akal manusia.
Maha Hebatnya Allah.
Masa lahir, satu printer full ink. Satu lagi ink dah nak habis. Sebab tu warna dia kelabu asap sikit. Dah rupa macam roh terkeluar kat sebelah tu.
Kredit : amru.2302
Kongsi sikit Kuliah Maghrib tadi.
Kata ustaz, manusia ni tidak suka kesedihan. Tapi kesedihan selalu membuatkan manusia kembali dekat dengan Allah.
Jarang manusia jadi dekat dengan agama ketika dia gembira. Ketika semua keperluan hidupnya cukup.
Sebab tu ujian hidup ni, kadangkala memberi hikmah yang kita tidak sangka.
Dengan kesedihan dan ujian itu, ramai manusia bangun malam memohon kepada Allah agar diringankan beban hidupnya dan diluaskan rezekinya.
Mula tadah tangan berdoa dengan lebih lama berbanding biasa.
Sesuatu yang mungkin dah lama dia tak lakukan. Iaitu doa dengan penuh pengharapan dan penuh kusyuk. Diiringi dengan air mata tanpa sedar.
Sebab sebelum ini dilimpahi dengan nikmat.
Sebelum ni orang follow Starbuck dan McDonald's nak tengok lokasi tu berpotensi ke tak untuk buat bisnes dan beli rumah.
Sebab team data sciences diaorang power. Dah kaji banyak faktor dan buat kajian sebelum buka cawangan.
Biasanya, lepas ada McDonald's, kawasan tu memang akan terus membangun selepas beberapa tahun seperti yang mereka predict.
Cuma itu valid sebelum boikotlah. Tak pasti sekarang.
Sekarang nak tahu tempat tu 'atas', mereka tengok Village Grocer dan Jaya Grocer pula.
Kalau ada premium groceries store kat tempat tu, maksudnya level of income penduduk kawasan tu dah meningkat dan bagus, criminal low dsb. Ia dijangka akan terus maju.
Itulah tips yang belajar dari geng hartanah. Tak mampu buat kajian sendiri, follow company yang ada team data sciences power buat research dan survey.
Tak ada jaminan. Tapi lebih baik daripada cari kawasan nak buka bisnes dengan agak-agak je.
Semasa nak memilih nama anak dulu, saya dan suami rujuk Ustaz Dzul Khairi. Beliau ada buat channel telegram yang mensyarahkan nama-nama secara lebih mendalam.
Beliau dah pun keluarkan buku "Rahsia di sebalik nama." Untuk ibu bapa yang nak memberi nama anak, boleh dapatkan buku beliau. Elak la rujuk google sebab tak berapa tepat.
Waalaikumussalam
Hukum akikah adalah sunat. Jika ibubapa tidak mampu, maka tak mengapa untuk tidak buat.
Jika mampu buat 1 ekor kambing sahaja untuk anak lelaki, maka itu sudah memadai.
Adapun, duit yang diberikan kepada anak maka duit tersebut bukan milik ibubapa. Itu adalah duit anak yang perlu diserahkan apabila dia sudah baligh.
Bukan digunakan sebagai ganti rugi kepada ibubapa yang tidak mampu melakukan akikah, tapi still nak buat.
Wallahua’lam
Tindakan TEGAS mesti di ambil. Jika bukan sekarang bila lagi???
Kemarahan rakyat akibat pemandu mabuk ini sudah sampai ke kemuncaknya.
Hukuman sedia ada iaitu penjara minimum 5 tahun, maksimum 10 tahun dan denda minimum RM20,000 & maksimum RM50,000.00, serta hilang kelayakan memiliki lesen selama 5 tahun; hukuman ini ternyata GAGAL memberi pengajaran kepada pemandu-pemandu di luar sana.
Pindaan undang-undang mesti dilakukan segera khusus untuk PEMANDU MABUK & MENGAKIBATKAN KEMATIAN.
Pindaan terhadap peruntukan undang-undang semasa dilihat wajar dibuat menjadi MEMBUNUH TANPA NIAT terhadap PEMANDUAN MENYEBABKAN KEMATIAN AKIBAT MABUK (dadah/arak/seumpanya). Jika ini boleh dilakukan maka, pemandu-pemandu mabuk yang sabit salah akan berdepan dengan hukuman penjara sehingga 30 tahun.
Pindaan juga wajar di buat untuk membolehkan pampasan wajib diberikan kepada waris mangsa.
*kredit kepada pemilik video.
Kes pemandu mabuk: Hukuman penjara sahaja tidak mampu menyara anak yatim atau isteri yang hilang punca nafkah.
Dalam Islam, keadilan belum selesai selagi keluarga mangsa tidak dibela. Undang-undang perlu dipinda agar pampasan (diyat) sampai kepada waris dengan cepat tanpa membebankan waris.
Sepanjang saya menulis dan menyampaikan tentang kisah-kisah al-Quran, ini adalah antara mitos yang sangat susah nak dihapuskan dalam masyarakat.
Mitos bahawa Hawa ialah yang menyebabkan Nabi Adam dan dirinya terkeluar dari syurga.
Di mahsyar kelak, para muazzin di sebutkan dalam sebuah hadis sahih akan diberikan leher yg paling panjang, kerana mulianya tugas seorang muazzin, bahkan dlm mazhab syafie, lebih utama dari tugas seorg imam
Moga Allah terima roh Ustaz Abu Bakar dan panjangkan lehernya dimahsyar
Pemergian Suara Azan Yang Dikenali, Ustaz Abu Bakar Sairi Kembali Ke Rahmatullah
Oleh Mynewshub
SHAH ALAM, 27 Mac – Seorang tokoh yang dikenali melalui alunan azan yang merdu di pelbagai aplikasi dan masjid, Ustaz Haji Abu Bakar bin Haji Sairi dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pada Khamis.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.31 pagi, 26 Mac 2026 di kediamannya.
Allahyarham sebelum ini merupakan mantan bilal di Masjid Negeri Shah Alam serta Masjid Bukit Jelutong, dan dikenali ramai kerana suara azannya yang sering menjadi pilihan dalam aplikasi azan serta rakaman digital.
Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar, khususnya dalam kalangan masyarakat yang pernah menimba ilmu serta mendengar alunan azannya yang menyentuh jiwa.
Menurut kenalan dan anak murid, Allahyarham merupakan seorang insan yang sangat baik, rendah diri serta tidak lokek berkongsi ilmu, khususnya dalam bidang berkaitan azan dan ibadah.
“Beliau banyak mengajar dan berkongsi ilmu. Semoga segala amal jariah yang disampaikan menjadi pahala berterusan buat Allahyarham,” kata seorang individu yang pernah berguru dengannya.
Difahamkan, suara Allahyarham pernah menjadi rujukan dan inspirasi kepada ramai bilal serta individu yang ingin memperbaiki bacaan azan mereka.
Orang ramai turut menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.
Hari yang berlalu tanpa ada keburukan yang berlaku, kita selalu panggil hari itu sebagai "hari biasa".
Padahal mungkin hari yang biasa itulah nikmat yang paling besar dalam hidup kita.
Selama ini cara saya bersyukur tidak lengkap dan saya baru sedar baru-baru ini.