“You never replied” 💔
Tanya keadaan ketika insiden tular, tapi hanya tinggal satu 'tick' sahaja. Pesanan terakhir yang tak terbalas selamanya..
Perkongsian isteri kepada juruterbang, Heikal Aras yang terkorban dalam nahas Elmina semalam, tak terbayang perasaan bila tiba-tiba kehilangan yang tersayang.
Sumber: FB Christine Yong / @ohbulanofficial
#HotFM #pesawat #terhempas #elmina #shahalam
Seorang ibu dan rakan perempuannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos lepas.
📹Nur Fadhliana Shaari | BERNAMA
#BernamaNews
Nasi daging: kismis + rempah + daun ketumbar + minyak ghee + daging + bawang + beras basmati. Makan dengan air asam + bawang + tomato + lada merah/hijau.
Bawa bekal pergi pejabat. Guna mangkuk tingkat. Disedia oleh isteri. Beliau seorang yg pandai masak. Mcm2 jenis makanan.❤️🩹👌
Hari ni makian sebenar patut diberikan pada Syed Saddiq yg beria nak sangat Undi 18.
Sekali yg datang bukan belia yg bawa perubahan, tp belia yg mudah ikut-ikutan.
Malam td penuh belia2 undi18 ni preng2 motor bawa bendera parti.
8 Punca Rezeki Dalam Al Quran
1. REZEKI ANAK
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
(Al-Israa’ 17:31)
2. REZEKI YANG DIJAMIN ALLAH
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
(Hud 11:6)
3. REZEKI PERNIKAHAN
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
(An-Nuur 24:32)
4. REZEKI BERSYUKUR
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
(Ibrahim 14:7)
5. REZEKI TAK TERDUGA
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
(At-Talaaq 65:2)
6. REZEKI KERANA USAHA
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
(An-Najm 53:39)
7. REZEKI SEDEKAH
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
(Al-Baqarah 2:245)
8. REZEKI ISTIGHFAR
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
(Nuh 71:10)
“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
(Nuh 71:11)
Jangan lupa follow @afyanIFP utk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda.
- Bapa tunggal 4 orang anak
- Tukang jahit kasut
Lepas bercerai dengan isteri kehulu kehilir usung anak termasuk yang still bayi pergi tempat kerja mencari rezeki sebab tak ada duit nak hantar pusat jagaan.
Satu2 kemahiran yang dia ada lepas ikut ayah dari kecik. Tolong I RT 🙏
8/7/2023 aku makan dekat abang strawbery cameron highland pukul 4. Ada lg orang curi payung. Hujan aku bini aku basah jalan p kereta jaoh. Semoga basah jugak setiap kali hang pakai payung aku. Payung perodua warna merah. ✌🏽
Mamat ni kalau kau perati, dia cuma ada duit je. Dari segi pemikiran dia ni level-level mat rempit yang main 125z lepas tu kehulu-kehilir pakai baju konvoi kain jersi yang design serabut beruk tu je sebenarnya.
Dengar dia bercakap pun kita tau dah tahap pemikiran dia ni macam mana. Senang kata dia ni duk tayang harta sebab nak acah-acah konon dia ni ada class, tapi hakikatnya dia ni low quality male.
Dia ni berlagak sebab duit Forex tu je. Kalau bukan sebab Forex rasanya dia ni tak pegi Korea, mesti pegi Australia kutip epal. Lepas tu balik Malaysia acah-acah baru habis study oversea.