Kenapa Jemaah Malaysia buat haji sampai 30-40 hari. Bukan 2 minggu je?
Dia begini.
1. Bayangkan anda nak kena urus 33,000 orang untuk ke satu tempat yang jauhnya 7,000km (8 jam perjalanan). All-in Packages. Pergi dan balik.
2. Trip sehala pergi je perlukan 98 penerbangan chartered flight (tahun lepas). Balik perlukan lagi 98 flight.
3. Sehari boleh urus maksimum 2-3 flight je. Sebab nak kena urus >1,000 orang jemaah haji untuk urusan ground, transportation di tanah air dan di mekah, urusan hotel, makanan dll.
4. Dengan hampir 100 flight tu pun, TH masih perlukan sebulan nak hantar semua orang ke sana.
5. Selain itu, airport sana pun ada kapasiti untuk setiap negara. Sebab yang nak mendarat kat Saudi bukan jemaah kita je. Ada berjuta orang yang tiba dalam tempoh sebulan tu serentak. One-way flight. Massive.
6. Sebab tu, sebulan sebelum wukuf di Arafah, dah ramai kena bertolak pergi haji. Nak fit kan masa supaya semua jemaah haji berada di sana sebelum Hari Wukuf.
-
Kenapa negara seperti Eropah, Australia dan USA boleh buat haji 2 minggu je?
Sebab jumlah jemaah yang pergi haji di negara mereka sedikit. USA lebih kurang 10,000 orang, UK 3,600 orang, Australia 4,000. Muslim tak ramai.
Singapura? Kuota haji mereka 900 orang sahaja setahun.
Sebab tu mereka boleh tunaikan haji dalam masa lebih singkat. Jemaah sikit, urusan lebih mudah.
-
Kalau orang Malaysia nak juga buat haji 2 minggu?
Boleh je takde masalah. Ada je ramai orang Malaysia buat haji 14 hari sahaja.
Tapi ia untuk harga pakej RM100,000 dan ke atas. Naik commercial flight. Pergi last minit sebelum wukuf, balik terus selepas selesai haji.
Boleh bypass que 2 juta orang yang nak keluar-masuk Saudi guna 2 airport Jeddah dan Madinah tu.
Atau korang jadi pemimpin penting negara. Ada kapasiti khusus untuk itu.
Kalau mampu silakan.
Begitulah.
Hell nah I stumbled Malaysian football fans raging in TBS just now YALL WEIRD FANATICS CALMED DOWN IT JUST FOOTBALL adat la kalau tak menang😭😭😭
Hitting public transport boils me bro THATS NOT YOUR BAPAK PROPERTY damn buat malu malaysia la siot raging ni
Nothing scares Zionists more than humanising Palestinians. Once Palestinians are seen in their humanity, it will become socially unacceptable to say you're a Zionist. It will be tantamount to saying 'I'm a proud supporter of slavery'
Korang perasan tak Whatsapp,
bila kita nak buat points (-) cantik je dia jadi bullet points, macam dah lama.
But ada additional stuff!
Siap boleh Block Quote & Inline Code.
Try lah!
Spamming friends on WA🤣
Dulu saya kerja di sebuah kedai orang Cina beragama Buddha. Bos saya ni agak kurang suka kepada Islam.
Tapi, gaji diberi kepada saya berbaloi. Urus kedai dia, dapat dua ribu lebih sebulan. Pergi dan pulang, dia ambil dan hantar. Peruntukan makan untuk saya sehari RM5. Elaun kehadiran penuh bulanan RM100.
Duit raya Aidilfitri, Aidiladha, CNY dan hadiah hari jadi. Dia juga tidak lokek berkongsi apa saja dengan saya. Dia beli baju, dia beli untuk saya sehelai. Dia beli buah, untuk saya pun mesti ada. Dia makan ais krim, dia beli untuk saya sekali.
Malah, pernah beberapa kali dia hantar saya ke destinasi kerana masa tu saya tak ada kenderaan.
Dia cuma tidak suka Islam. Dia pun sama macam orang lain, fobia dengan Islam hasil putar belit media.
Dia seboleh-bolehnya tidak mahu saya solat di kedainya. Tapi, saya tetap kena solat dan makan di situ sebab saya yang jaga kedai dia.
Mula, saya cari satu ruang yang muat-muat sejadah saya. Dia tak suka. Tapi, dia tak tegur. Masa saya sujud, dia lalu betul-betul depan saya.
Satu hari, dia tanya, "awak tadah tangan tu kenapa?"
"Doa." Balas saya.
"Doa apa?" Tanya dia.
"Macam-macam. Saya doa bos punya kedai ramai pelanggan supaya saya dapat gaji besar." Jawab saya.
"Awak pun doa untuk bisnes saya?" Dia seolah sinis.
"Ya. Sebab dalam bisnes bos ada gaji saya. Gaji saya tu rezeki saya." Kata saya lagi.
Saya tahu, kita boleh je buat aduan jika majikan tak bagi solat. Tapi, mungkin ada juga cara lain yang lebih berhikmah.
Lama-lama, hubungan kami jadi sangat baik. Masa kerja, dia bos saya. Lepas kerja, dia layan saya macam kawan. Kerap kami pergi pasar malam sama-sama. Saya jalan belakang dia sebab hormat dia majikan saya. Tapi, dia tak suka. Dia kata, saya bukan maid dia.
Sampai la satu fasa, doa saya diterima. Dia bersihkan stor. Belikan selipar baru. Itu ruang solat saya. Dia kata, dia buat bukan sebab nak sokong saya solat. Dia cuma hargai sebab saya jujur dan rajin. Itupun dah berbaloi untuk saya.
Seterusnya, dia hormati ketika Ramadan. Saya ingat, dia buat carian di internet apa yang patut saya makan bila puasa. Sepanjang puasa, dia sediakan susu kotak, barli dan kurma. Saya kerja sampai 8 malam. Dia akan ingatkan waktu berbuka saya.
Sampai masa, saya berhenti. Tetapi, kami tetap berhubungan.
Satu hari, dia jumpa saya dan kata, "saya sudah percaya tentang doa awak."
"Percaya bagaimana?" Tanya saya.
"Masa awak kerja dengan saya, pelanggan saya semakin ramai. Bila awak berhenti, pelanggan yang awak bawa dulu masih ada tapi dah tak tambah. Tak jadi semakin ramai." Kata dia.
Saya senyum. Dulu saya pernah cakap kepada dia, seseorang yang datang dalam hidup kita, dia ada bawa rezeki dia sekali. Bila dia pergi, ada rezeki yang dia tinggalkan untuk kita. Sebab tu kita tak boleh sombong dengan orang. Antara rezeki tu termasuklah ilmu yang diajarkan, circle dia yang akhirnya jadi networking kita atau apa saja.
"Sekarang saya tak kisah kalau anak saya nak kahwin dengan orang Islam. Dia tetap akan jadi anak saya. Lepas kenal awak, saya rasa Islam bukan agama jenayah."
Saya angguk. Teringat dulu dia pernah cakap jika anak perempuan dia nak kahwin dengan lelaki Muslim, baik tak payah panggil dia mak.
Kita cuma perlu sedikit kesabaran bila dihina oleh orang jahil lalu membimbing juga dengan sabar dan teladan.
Kita perlu muhasabah untuk sedar diri status darjat kita di sisi manusia lain. Jika kita pekerja, rendahkan sedikit diri kita di hadapan majikan demi mewujudkan harmoni.
Kita perlu berdakwah menyebarkan kebaikan Islam.
Wallahu A'lam.
Kredit: Ameer Hamzah
10 syarikat kontraktor dilaporkan disenarai hitam oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan(JPNS) kerana melakukan kesalahan dalam tender Tandas Madani hasil pemeriksaan Pasukan Jurutera JPNS dan aduan para guru besar dan pengetua sekolah seluruh Negeri Sembilan
Antara kesalahan mereka
1) Subcon (Menyebabkan jumlah duit RM 70,000 yang diberikan untuk membaiki tandas tidak digunakan sepenuhnya untuk projek itu. Contoh Main Con dapat 70,000. Main con ambik 15,000. Tinggal lah 55,000 bagi kat Subcon. Tak cukup utk buat seluruh tandas sekolah)
2) Kerja tidak berkualiti. Tak capai spesifikasi projek
3) Hanya buat sedikit dari disasarkan(Contoh 1 sekolah ada 10 tandas. Hanya buat 2 atau 3 tapi tuntut semua harga tender yang diperuntukkan)
Cubaan mereka dipercayai gagal kerana tindakan para pengetua dan guru besar yang tidak tandatangan kelulusan dan mengadu kepada JPN dan JPN menghantar jurutera untuk memeriksa kualiti projek
Tahniah dan teruskan
Tahukah anda kes cam Daddy Hot gigolo tu kalau ikut Enakmen Kelantan maksimum dia kena 3 tahun je penjara.
Kalau ikut undang-undang sedia ada patutnya kena maksimum 15 tahun.
Kena terima kasih kat Nik Elin.
Silap Nik Elin adalah dia tak dressing cam Kak Lah Rantau Panjang, kalau tak walaun dah panggil dia Ustazah Nik. 👍🏻
Ini namanya Gajah Denak.
Mereka "bekerja" di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. Tugas mereka menjinakkan gajah liar.
Kalau ada gajah liar kita nak tangkap, gajah denak ni la tolong tackle geng gajah. Sembang member2 senang sikit nak kawtim😂 Kira ni gajah kerja gomen ler 🤣