Pada hari kedua (29 Jun 2020), Mesyuarat Penyelarasan & Pemantauan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Bilangan 1 Tahun 2020 telah diadakan di tempat yang sama.
Mesyuarat Penyelarasan & Pemantauan Pelaksanaan Program Penyenggaraan Jalan Persekutuan Seluruh Malaysia di bawah peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Bil 2 Tahun 2020 telah diadakan pada hari 28-29 Jun 2020 di Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa, Batu Ferringhi, Penang.
Merafak sembah ucapan setinggi tahniah serta ucap selamat kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-36 pada 30 Jun 2020 bersamaan 8 Zulkaedah 1441 Hijrah.
Sembah Takzim daripada
Mohd Solihan Badri
Alhamdulillah, hari ini Jambatan Sungai Plentong, Jalan Masai Lama telah selamat dibuka & pastinya akan memberi manfaat kepada semua pengguna khususnya penduduk setempat.
Penghargaan diberikan kepada @JKRJohor@JKRJohorBahru1, Kontraktoe dan Perunding serta semua yang terlibat.
Tahniah dan terima kasih kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus bagi memastikan keselamatan rakyat ketika negara kita dilanda wabak CONVID-19. Terutama kepada mereka yang bertugas membantu di PKPD Kampung Ibrahim Majid, Kluang.
﷽
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, Hari ini saya berkesempatan mengadakan lawatan Kerja ke Pejabat @JKRTangkak. Terima kasih di atas layanan mesra dari warga kerja JKR Daerah Tangkak. @JKRJohor@MohdSaidSidik
Status terkini COVID-19 setakat 21 Jun 2020
Jumlah discaj baru: 10
Jumlah kumulatif discaj: 8156 (95.1%)
Jumlah kes baru; 16
Jumlah kumulatif: 8572
Jumlah kes aktif: 295
Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 121 (1.41%)
Jumlah kes di ICU: 3
Pesakit intubated: 0
Hari ini, Saya turut serta dlm Lwtn Kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), @Mustapa_Mohamed ke Tapak Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas - JB (PLBEGJB) di Stesen KTMB Kulai.
Kita doakan projek ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat.