Oleh itu, tanggungjawab kerajaan kini adalah untuk membantu pemain-pemain industri termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk bersaing di peringkat global sekali gus menembusi pasaran yang lebih luas.
Ini kerana RCEP merupakan Perjanjian Perdagangan Bebas terbesar dunia, yang mewakili satu per tiga daripada (Keluaran Dalam Negara Kasar) KDNK dunia serta mewakili populasi global.
Justeru, pihak kerajaan akan terus berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berdaya saing di peringkat global serta memperkasakan lagi ekosistem ekonomi negara pasca COVID-19.
Saya optimis dengan kemampuan ekonomi Malaysia untuk kembali kepada paras yang memuaskan sejurus sahaja kita dapat mengawal COVID-19 yang dilihat semakin reda memasuki fasa endemik.
Menjelang Oktober, tiada lagi istilah formula imuniti kelompok melihat kepada capaian sekurang-kurangnya vaksinasi 80 peratus penduduk dewasa dalam usaha membendung krisis pandemik COVID-19.
Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tetap mengambil langkah berjaga-jaga untuk membuka semula sektor ekonomi secara berfasa yang bertujuan dalam membantu sektor ekonomi yang terkesan.