"Happy Birthday to the one and only Superstar Rajinikanth! 🎉✨ Your time in Malaysia during Kabali left an unforgettable mark on us. Proud to celebrate the legend who bridges cultures and hearts. Thalaivar forever! 🇲🇾❤️🇮🇳
#HBDSuperstarRajinikanth
| #Jailer | #Coolie | #Jailer2
Hari ini 74 tahun yang lalu, bintang filem Tamil, Rajinikanth dilahirkan.
Beliau lahir dengan nama Shivaji Rao Gaekwad di Bangalore, anak bongsu daripada 4 beradik. Bapanya konstabel polis & ibunya suri rumah, dibesarkan dengan bertutur bahasa Marathi di rumah & Kannada di luar. Ketika masih bersekolah, beliau didaftar ke sebuah biara Ramakrishna di mana selain belajar ilmu rohani, beliau mula berlakon dalam persembahan pentas. Tamat sekolah, pelbagai kerja dilakukan termasuk menjadi kuli.
Kemudian beliau bekerja sebagai konduktor bas, sambil terus giat bermain teater sebelum mengambil kursus lakonan di Institut Filem Madras. Walau tak disokong keluarga, beliau diberi galakan & sokongan kewangan oleh sahabatnya. Ketika menuntut di institut itu, bakatnya dikesan pengarah filem Tamil K. Balanchander yang memberikannya nama pentas ‘Rajinikanth’. Beliau juga menasihati Rajini supaya belajar bertutur bahasa Tamil, yang pantas diturutinya.
Lepas diberi debut oleh Balachander dalam filemnya “Apoorva Raagangal” (1975), Rajini mula mengorak langkah dengan watak-watak antagonis sebelum diberi peranan utama & mengukuhkan kariernya dalam sinema Tamil. “Billa” (1980) melonjak namanya selaku bintang & memberinya imej hero aksi. Filem hit seterusnya - “Annaamalai” (1992), “Baashha” (1995), “Muthu” (1995) & “Padayappa” (1999) mengukuhkan statusnya sebagai ‘separa dewa’ di Tamil Nadu.
Lepas beberapa tahun berehat, beliau kembali dengan “Chandramukhi” (2005), “Sivaji: The Boss” (2007) serta “Enthiran” (2010) & sekuelnya “2.0” (2018) yang mana kesemuanya antara filem India dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.
Sepanjang 5 dekad karier (masih aktif hingga hari ini), Rajini telah membintangi lebih 160 filem merangkumi bahasa Tamil, Hindi, Telugu, Kannada, Bengali & Malayalam. Beliau dianggap sebagai antara bintang filem paling berjaya & popular dalam sejarah perfileman India.
Stailnya serta baris dialognya yang padu menjadikan Rajini, yang digelar “Super Star” & “Thalaivar” (bererti ‘ketua’), seorang ikon kultus berpengaruh & disanjungi bukan sahaja di India malah serata dunia.
Sumber: Stars Unfolded, Britannica, I Love India
#PeristiwaHariIni