Kongsi kuliah maghrib sikit.
Kata ustaz, manusia ni dari dulu ada sikap suka membandingkan-bandingkan harta kekayaan, anak-anak, dan pencapaian hidup.
Kemudian suka menunjuk-nunjuk dan bermegah atas apa yang mereka ada.
Allah larang perbuatan ini dalam Al-Quran.
Zaman sosial media, walaupun hidup dah rasa bahagia dan cukup, tapi bila lihat orang bercuti lagi best, kereta lagi mewah, rumah deco lagi cantik, anak lagi ramai, dia dah mula ada rasa kekurangan dalam hidupnya.
Lagi teruk generasi muda sekarang yang dah mula buat perbandingan sejak usia mereka kecil.
Dahulu sebelum sosial media, kita tak tahu sangat kehidupan orang lain. Kehidupan orang kaya, jiran, kawan sekolah/ofis bagaimana.
Sekarang, boleh nampak sampai bilik tidur, dapur, pakaian, hatta makanan yang mereka makan semua kita nampak sebab ramai yang tunjuk.
Ia jadikan ramai manusia makin kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah beri sebab merasakan diri sentiasa rasa kekurangan.
WA.
Hari Arafah pada:
- 9 Zulhijjah | 26 Mei 2026, Selasa
Boleh simpan siap-siap list doa.
Berdoa banya-banyak, hal dunia mahupun untuk akhirat.
Semoga doa kita semua dimakbulkan.
Nak minta apa Hari Arafah nanti?
✅ Pengampunan ✅ Rezeki berkat ✅ Hati yang tenang ✅ Keluarga yang soleh ✅ Anak-anak yang taat ✅ Husnul khatimah ✅ Syurga, tanpa hisab
Minta semua. Minta sebanyak-banyaknya. Allah tak pernah jemu dengar doa-doa kita.
I love that we, as hamba, can berdoa to Allah directly. No middleman. No appointment. No fee
Bayangkan, sekecil-kecil kita ini pun boleh mengadu, meminta, berharap, pada bila-bila masa. Tanpa syarat. Tanpa alat. Hanya hati yang menghadap.
Oh I love being a muslim
“Dalam ramai adik-beradik, biasanya akan ada seorang yang Allah pilih untuk lebih dekat dengan mak ayah.. Bukan sebab dia paling kuat, tapi sebab hatinya paling sanggup. Penat dia mungkin tak semua nampak, tapi ganjarannya Allah simpan rapat.”
Nafkah suami untuk isteri:
1. Sediakan tempat tinggal di mana isteri bebas untuk mendedahkan auratnya.
2. Sediakan makanan dan minuman sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
3. Pakaian yang menutup aurat, termasuk pakaian dalam. Sekurang-kurangnya dua persalinan setahun.
4. Ubat-ubatan
5. Toiletries (tak termasuk skincare)
Semua yang disenaraikan di atas tu, perlulah mengikut kemampuan suami. Dan sekiranya suami dah sediakan semuanya, tidak wajib ke atasnya untuk memberi wang saku / wang nafkah (as per what all those people kecohkan tu).
Wallahualam
Kenapa rezeki dia lancar?
kerana dalam setiap doa nya selalu membaca:
Ya Allah, Ya Rahman Yaa Rahim,jadikanlah setiap langkahku adalah ibadah,
setiap usahaku adalah rezeki,
setiap ujianku dijadikan sebagai penghapusan dosa,
karuniakanlah kepadaku rezeki yang melimpah ruah seperti air zam zam yang sentiasa mengalir.
Yes.
I don't mind my husband keluar jumpa kawan. And I know his friends. Dia cakap dia pelik kenapa saya tak pernah halang.
Bcs I am a reader. And I know how important friendship is for both men and women sbnrnya.
Kalau I halang, ada lah tu sebab. Macam masa dah third trimester nak bersalin, I tak bagi dia keluar. Standby je kat rumah.
Kalau I tak larat dah nak urus anak, sila berada di rumah.
Most of the time I allow.
Same goes to me. Dia allow I sambung belajar, jumpa kawan, etc. Nak cerita pasal struggle motherhood, I better cerita kat my friends 😆
Sbb motherhood struggle ni beza dgn fatherhood struggles.