Ya Allah, murahkanlah rezeki kami, rezeki seluas langit dan laut, rezeki yang tak pernah putus seperti air zam-zam. Permudahkan segala urusan kami. Aamiin.
Kalau kita buat dosa kerana ikut ajakan kawan, dosa itu tetap menjadi tanggungjawab kita sendiri.
Kita mungkin boleh beri macam-macam alasan. Kawan ajak, pasangan suruh, orang sekeliling buat perkara yang sama. Tetapi semua itu tidak mengubah hakikat bahawa kita sendiri yang melakukannya.
Begitu juga apabila kita mengajak orang lain melakukan dosa. Kita menanggung dosa perbuatan sendiri dan dosa kerana membawa orang ke jalan yang salah.
Jangan pandang ringan soal ini. Di hadapan Allah nanti, setiap orang akan berhadapan dengan amalan masing-masing.
Neverrrrr, Everrrrrrrrr underestimate what Allah swt can do in the next 24 HOURS. A door can open. A situation can change. A du'a can be answered. Something impossible today can have a way tomorrow.