Dalam hidup ni kita always kena prepare kalau one day kita dapat kenal orang tu sampai situ je.
Maksudnya masa & cerita kita dengan dia dah habis,kena selalu belajar ikhlas untuk melepaskan walaupun beratnya.
makan ku pernah kau bayar,duitmu pernahku guna,rumah mu pernah ku kunjungi,
segala luahanku kau dengari,susah ku kau temani,motor mu menjadi saksi kenangan kita.Terima kasih..
Untuk adik beradikku,
tak minta lebih pun cuma semoga kita semua terus kuat,
terus saling menyokong,bukan menjatuhkan.
Sebab adik-beradik ni,sampai bila pun...
tetap rumah pertama yang Allah beri.
Kebanyakkan orang bukan sebenarnya menunjuk pun di media sosial.
Mereka ini hanya berkongsi kegembiraan dan momen terbaik dalam hidup.
Jika kamu lihat mereka seperti menunjuk, bukan mereka yang perlu berubah,
hati kamu yang perlu diubah.
Bebaskan diri dari hasad dengki.
Beringatlah sentiasa,
Yang terus buat org sekeliling selesa dan sayang kita.
Bukanlah pada keindahan fizikal.
Tapi ianya pada keindahan akhlak.
Kerana keindahan fizikal ini ada tarikh luputnya
Tetapi tidak bagi keindahan akhlak.
Itu yang kekal selamanya.
JazakAllahukhair.
Sihat itu rezeki,bahagia itu rezeki,
banyak masa juga rezeki,disayangi juga rezeki,
tak putus duit pun rezeki.
Dapat apaยฒ yang baik juga rezeki.
Jadi syukurlah walau dengan sekecil-kecil rezeki yang kita nikmati.
Jangan biarkan satu kesedihan membuatmu lupa akan begitu banyak nikmat yang Allah kurniakan.
Alhamdulillah untuk segala yang telah sedang dan akan Allah tetapkan.
Ya Allah, jika ada kebaikan dalam perjalanan hidupku ini, dekatkanlah ia kepadaku.
Jika ada keburukan untukku, jauhkanlah ia daripadaku, walaupun aku menginginkannya.
Selamatkanlah aku daripada jalan yang menjauhkan aku daripada-Mu.
Kita akn dipandang jahat,ketika kita mulai berhenti peduli.Kita akn dipandang ego dan keras hati,ketika kita mulai menjauh dan menjarakkan diri.
Tapi percayalah sebelum kita memilih utk bersikap begini,kita pernah menjadi manusia yang paling peduli,namun tidak dihargai.