TERKINI
AL FATIHAH
RIBUAN PELAJAR PALESTIN TERBUNUH
Kementerian Pendidikan Palestin memaklumkan sermaia 4,296 pelajar Palestin Terbunuh dan 8,059 lagi cedera akibat Perang Israel Palestin 2023-2024 yang berlangsung di Gaza dan Tebing Barat
KEMASKINI
ANTARA INSAN YANG DIBERIKAN UJIAN BESAR OLEH ALLAH KETIKA INI
Wael Al Dahdouh iaitu Wartawan Al Jazeera baru sahaja kehilangan anaknya yang merupakan seorang wartawan juga Hamza Wael Al Dahdouh dalam serangan dron di Rafah Gaza
Beliau juga kehilangan rumah, isteri, anak lelakinya dan anak perempuannya ketika perang ini dalam satu serangan udara IDF pada November 2023
Dia juga tercedera semasa membuat liputan di Gaza beberapa minggu lepas
Antara insan yang banyak kehilangan dan kesakitan ketika ini
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada beliau untuk menghadapi ujian ini
KEMASKINI
Wartawan Al Jazeera melaporkan pemandu jentolak IDF menembak seorang wanita mengandung dan kemudian melanggarnya dengan jentolak ketika wanita itu mengibarkan bendera Putih menuju ke Hospital Tal Al Zaatar, Gaza
Pada hari Ahad yang lepas, Israel mengumumkan tentera penjajah terlibat dalam pertempuran sengit di beberapa kawasan di Gaza yang mengakibatkan kematian beberapa pegawai dan tentera mereka.
Ramai orang menyangkakan pertempuran sengit ini melibatkan ratusan atau ribuan anggota Al-Qassam. Hakikatnya semalam dunia dikejutkan dengan pengumuman Abu Ubaidah yang mengatakan jumlah pejuang yang terlibat hanyalah 25 orang di mana hanya seorang daripadanya yang gugur syahid.
Baki yang lainnya telah selamat kembali ke pangkalan mereka tanpa mengalami kecederaan. Di pihak penjajah pulah telah menyaksikan begitu ramai tentera mereka yang terbunuh. Kehandalan ini patut dipahat dalam sejarah. Tahniah kepada mereka yang menukilnya dengan darah.
Kredit: X A Mansour (bekas wartawan Al jazeera)
Alhamdulillah..
Simpan peta ni baik-baik. Inilah peta pada tahun 1946. Jangan biar peta ini dipadam.
Siapa nampak post ni. Bagitahu ye. Nak tahu kena sekat ke tidak. Korang pun kena post peta ni tau.
Sasaran Israel sekarang memang jelas kat Hospital al-Shifa. Tanpa bekalan elektrik dan minyak, keadaan memang tersangat teruk dengan pengurusan jenazah jadi sangat sukar.
Inkubator untuk bayi pramatang juga tak boleh guna. Doktor dan jururawat balut insan-insan comel ni guna selimut nak maintain suhu badan mereka. Tu jer best option yang ada.
Ubat pun tak banyak dah. Pesakit on life support kat ICU tak dapat bekalan oksigen. Ni perkongsian langsung dari ketua jururawat Jihan Miqdad.
Meanwhile apa Israel cakap? Bawah al-Shifa ada network Hamas. Bukan tu jer dusta mereka. Mereka juga cakap, "kami tinggalkan minyak 300 liter kat pintu al-Shifa tapi tak ada siapa pun mai ambil sebab mereka dah diugut Hamas."
Tapi apa Dr. Nasser Bolbol cakap?
"Mereka tinggalkan 500 meter dari hospital di zon perang tanpa bagi jaminan keselamatan kalau pihak kami datang ambil."
Apa-apa pun, saya benarkan korang screenshot post ni untuk naik kat TikTok korang. Tag saya tau.
KEMASKINI
UCAPAN PENUH JURUCAKAP BRIGED AL QASSAM, ABU UBAIDA 12 NOVEMBER 2023
SEGALA PUJI BAGI ALLAH. TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIR SEKALIAN ALAM
Kita kini memasuki Hari ke 36 Pertempuran Tufan Al Aqsa di mana sejarah akan kekal dan Penjajah akan ditewaskan.
Kereta Kebal Israel menghadapi tentangan hebat dan pertempuran sengit dari kami menyebabkan mereka terpaksa berundur dan mengubah arah pencerobohan mereka
Mesin Perang Israel yang disokong US memusnahkan segala di hadapan mereka sebelum mara ke hadapan, tetapi mereka(Israel) menghadapi penentangan dari kami yang memusnahkan kenderaan perisai mereka dan tentera mereka yang sedang berada di kubu kubu mereka dan tempat perhimpunan mereka
Pejuang kami muncul dari bawah tanah dan atasnya, dari bawah runtuhan dan memusnahkan kenderaan perisai dan kereta kebal mereka
Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan musuh kami di hadapan mata dunia. Termasuk pembunuhan kanak kanak, wanita dan orang awam. Pengeboman ke atas hospital dan fasiliti infrastruktur. Adalah satu satunya pencapaian musuh kami dalam perang ini. Mereka kini menonjolkan keinginan kepimpinan mereka yang gagal dan kalah yang hanya mahukan pembalasan dendam yang selesa dan mudah. Secara sadis menaikkan imej kemenangan mereka di hadapan rakyat dan peringkat domestik berdasarkan lautan darah orang yang tidak bersalah
KAMI MENGUMUMKAN SUDAH MENDOKUMENTASIKAN KEMUSNAHAN ATAU SEBAHAGIAN MUSNAH 160 KENDERAAN MUSUH SEJAK PERANG DARAT BERMULA TERMASUK 25 KENDERAAN DIMUSNAHKAN ATAU SEPARA MUSNAH DALAM 48 JAM TERAKHIR
Penjajah tidak akan dapat merasa walau sedetik kemanan dan kami akan terus membayar harganya. Saya menyatakan kepada rakyat kami. Kalian sedang berada di Pihak Yang Menang dengan Kehendak Allah SWT .
Konfrontasi kami masih tidak simetri tetapi ia masih menakutkan dan menggerunkan Tentera Musuh yang dikatakan Terkuat di Rantau Timur Tengah ini
Wahai rakyat Negara kita yang Agung. Kesakitan yang kita hadapi dan rakyat kita hadapi kerana jenayah keji yang dilakukan musuh tidak akan mengubah realiti betapa maruah dan kehormatan menyebabkan kalian masih berdiri di saat tidak dipedulikan dunia dan keganasan pencerobohan ini
ABU UBAIDA
12 NOVEMBER 2023
AMARAN - VIDEO GANAS
TRIGGER WARNING ⚠️
Yahood sudah gila...mereka dipercayai menyerang menggunakan bom pemotong daging ke atas rakyat yang berlindung di sekitar hospital.......
Tahniah juara hak asasi manusia seperti AS, GB, Jerman, Perancis dan lain-lain....
Membenarkan benda ini terus berlaku...
A simple short history lesson for you, from the existence of Bani Israel to modern Israel.
Bani Israel simply means descendant of Prophet Jacob, while modern Israel today has nothing to do with it.
From the beginning, Jews have betrayed prophets that Allah sent to them.
Perang Hamas-Israel dah genap sebulan.
Ini pula kisah beberapa orang Palestin yang ada kaum keluarga kat Gaza. Kita mula dulu dengan Majed Abusalama, seorang ahli akademik di Jerman. Ibu bapa Majed dok ada kat Gaza. Setiap hari berkali-kali dia akan call ibu bapanya. Bulan lepas, 34 jam Gaza bergelap. Call tak boleh masuk keluar.
Setiap kali dia call, dia dapat voice message jer. “Rasa serupa kita call masa mereka tengah dikebumikan!” Baru-baru ni kan Gaza bergelap balik. “Takut betul tengok video-video dari Gaza. Boleh jadi kat mak kita, kakak kita, abang kita. Aku rasa macam aku pula lepas ni yang akan hilang ibu bapa dan kaum keluarga!”
Begitulah hidup semua orang yang ada keluarga kat Gaza. A month worth of agony. Kakak Majed kat London pun tengah harungi benda sama. “Tak henti-henti aku call. Satu pun tak lepas. Kami tengah cuba taknak fikir buruk-buruk.”
Sementara tu kat Amerika Syarikat, ada seorang penulis Palestin bernama Laila El-Haddad. Dia pun bagitau benda sama. “Kami buka al-Jazeera nak tengok ada tak sesiapa kami kenal.” Bayangkan. Buka berita tengok setiap seorang kat setiap paparan.
Is that my mother?
Is that my father?
Is that our house?
Is that our car?
Saya tutup post ni dengan kisah Rafaat Arafat, seorang pelajar perubatan. “Aku tidur sejam sehari jer. Makan pun tak lalu!” Sebab apa? Sebab rumah keluarga dia dah kena bedil. Dan ya, memang ahli keluarga dia ada dalam rumah masa tu.
Cuma dia tak tahu siapa. “Dua jam aku menangis. Aku siap google ‘pembunuhan keluarga Arafat’ tapi aku tak jumpa apa-apa. Aku tak tahu nak pergi mana. Aku tak tahu nak cari siapa. Aku cuba call mereka tapi tak lepas.”
Bayangkan kena fikir.
Mak aku ada dalam rumah masa tu?
Eh. Tak. Ayah aku ada tak?
Ka pakcik aku? Sepupu aku?
Macam saya cakap, kalau PTSD orang Gaza boleh menjerit, satu dunia akan pekak!
Seram baca update terkini pasal Gaza.
Israel umum yang IDF dah kepung sepenuhnya. Total encirclement. Israel dah pisahkan Utara dan Selatan Gaza. Dan nampaknya memang sahih...
... Gaza dah bergelap semula. Gangguan infrastruktur telekomunikasi secara total.
Ramai dah hilang line telefon. Ramai dah hilang Internet. Daniel Hagari siap cakap IDF sedang serang infrastrukur Hamas. Of course dia cakap “terrorist infrastructure”.
Team SAR tak dapat coordinate antara satu sama lain. Risikonya? Ambulans silap-silap tengah drive ke arah airstrike area. UN tak dapat hubungi team human aid mereka kat Gaza.
Patutlah Antony Blinken dua hari ni busy ke sana sini serata Dunia Arab.
Simpan & hafal doa ni.
Tak terhad sebagai doa qunut nazilah sahaja
Bila bila masa di mana sahaja angkat tangan dan bacakan doa ini buat mereka.
Ni senjata kita paling hebat.
Ni yang patut kita kirim buat mereka di sana tak kira siang atau malam.
Semoga doa kita termakbul.
Akhirnya ada juga update pasal Nour AlSaqqa.
Dia guna kuasa media sosial tunjuk keadaan sebenar kat Gaza. Last dia update Instagram tiga hari lepas. Tapi tadi New York Times ada lapor pasal dia.
Dia dok ada kat selatan Gaza tengah berteduh kat sebuah tadika... tak jauh dari sempadan Rafah. Dan dia ada pesanan untuk dunia.
“Kualiti hidup teruk sangat. Kena bergaduh nak dapat beberapa liter air. Bila cakap tiada air, saya mohon orang ramai faham kami dah berhari-hari tak minum air walau setitis pun.”
Our nightmare. Their reality.
“Kebersihan [hygiene] dah jadi kemewahan sekarang. Tak ada air nak basuh tangan. Tak ada air nak gosok gigi.”
Macam mana agaknya kalau kena keracunan makanan? Allahuakbar. Tunggu jap. Baca lagi...
“Saya tersiksa sangat sebab beberapa hari lalu...... saya terkena keracunan makanan.”
Seorang wanita. Situasi macam ni. Tiada air.
“Kalau bom tak bunuh kami, situasi kami pasti bunuh kami nanti. Jadi saya bertahan selama mungkin sebab nak teman mak saya. Cuma saya tak tahu apa akan jadi.”
Nour AlSaqqa bagitau dia takut kalau krisis ni berterusan, dia akan meninggal dunia.
Doakan mereka, sahabat semua. Jangan berhenti.
Macam mana ibu susukan anak dalam keadaan macam ni? Macam mana kalau susu ibu tak ada... kena bergantung pada formula?
Our nightmare. Their reality.