Kena pastikan diri kita yakin bahawa urusan rezeki telah Allah tetapkan seawal usia kita 4 bulan di dalam perut ibu.
Kemudian, ketika laylatulqadar Allah menetapkan rezeki kita untuk setahun kehadapan.
Hilang kerja mungkin, tapi tiada lagi orang mati sebab hilang kerja. Rezeki tetap tidak salah alamat.
Selain wang, termasuk juga dalam rezeki adalah zuriat, pasangan, harta benda, pangkat, kelapangan masa dan kebahagiaan.
Ada orang diberikan wang yang banyak, tapi tiada kelapangan masa. Begitulah sebaliknya yang lain.
Wallahua’lam