Dunia memang tempat kita diuji.
Solat atau tidak, ujian tetap akan datang. Bezanya, bila kita memilih untuk kembali kepada Allah, insya-Allah hati lebih tahu ke mana mahu berpaut saat diuji.
Kita solat bukan sebab mahu hidup tanpa masalah. Kita solat kerana Allah, dan semoga melalui solat itu Allah kurniakan kekuatan serta ketenangan untuk menghadapi apa sahaja yang datang.
Dan jangan lupa, bukan susah sahaja itu ujian. Hidup yang senang pun boleh menjadi ujian, cuma kadang-kadang kita tak sedar.
Wallahu aβlam.