Ini mesti salah pembangkang sebab tak reti memerintah.
Malaysia telah jatuh tujuh anak tangga kepada ke-34 dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024.
Ini bukan berita palsu kan wahai Menteri Jurucakap Madani.?
Era Reformadani
Dulu, PH dan seangkatan dengannya yang berdemo mahu tangkap Azam Baki.
Sekarang, apabila PH berkuasa mereka sendiri sambung semula lantikan Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM secara kontrak sebanyak dua kali.
Hebat.π€
Tahniah Menteri Komunikasi atas pencapaian luar biasa dengan merudumnya Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media., daripada no 73 jatuh 34 tangga menjadi no 107.
Cakap tidak serupa bikin.
Dulu ketika pembangkang konon berjuang tuntut hak ini.
Apabila sudah berkuasa, lain jadinya.
Sebelum berkuasa, bicaranya berbeza.
Apabila berkuasa, semuanya serba boleh.
Inilah Madani kan..π€
Inilah Menteri PH-DAP pejuang demokrasi tulen lagi reformasi sejati.
Teringat kenangan mutiara hikmah kata-kata Ketua Pembangkang tahun 2022 dulu.
"Ringgit jatuh sebab hang tak reti memerintah".
Sekarang dah dapat kuasa, apa sudah jadi.?
PM patut minta Menteri Kewangan No 1 jawab isu ini.π
Formula Baharu Madani
PMX kata harga barang akan turun jika rompakan hasil negara dihentikan.
Senang jadi pemimpin Madani.
Hanya tahu salahkan pihak lain,tak mahu mengakui kelemahan kerajaan sendiri.
PMX nak tuduh siapa yang jadi perompak sehingga harga barang tak mahu turun?
Kerajaan PN dulu bentang RUU GEG bagi menamatkan generasi merokok demi kesihatan awam.
Malang sungguh sekarang ia ditarik balik oleh Kerajaan Madani yang katanya amat kukuh sokongan 2/3 majoriti.
Yang menang akhirnya tauke industri rokok & vape kerana berjaya melobi Kerajaan ini.
Madani Jenis Apa.?
PKR Johor mencadangkan KPM bentuk jawatankuasa khas memantau guru yang tidak menyokong kerajaan.
Inilah reformasi Madani yang PKR-PH perjuangkan.
Sebelum berkuasa,berguling atas jalan tuntut hak kebebasan,
Apabila berkuasa,paksa penjawat awam sokong Kerajaan.
Rafizi kata: PM tokoh paling baik jadi Menteri Kewangan
Rakyat kata: Penilaian Anwar sebagai PM merosot 50 peratus, rakyat bimbang keadaan ekonomi .
Kerajaan Madani hendak terus hidup dalam sindrom penafian, teruskanlah tetapi jangan lupa hakikatnya rakyat cerdik dalam menilai.
Adakah kita perlu membawa perspektif Zionis Israel juga.?
Adakah membawa bendera π΅πΈ boleh menyinggung perasaan pihak lain.?
Siapakah pihak lain di negara ini yang akan tersinggung perasaannya itu.?
Demi Menjaga Hati
Jelas mereka senada mempertikaikan penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah & institusi pendidikan KPM.
Mereka kata program begitu berunsur kebencian,keganasan, ekstrem,perpecahan,pelampau & dendam.
Mereka desak program ini dibatalkan & dikaji semula.
Soalan mudah kita buat Menteri KPM, dengan pelbagai larangan yang disebut itu,sebenarnya kita umat Islam di Malaysia ini perlu menjaga hati siapa dalam isu Palestin ni?
Adakah HAMAS itu kumpulan ekstrem?
Adalah kita tidak boleh salahkan individu bernama Benjamin Netanyahu?
Demi Kuasa
Reformasi dulu sudah mati,
Madani sekarang dibuai mimpi,
Amanah rakyat sudah dikhianati,
Hukumlah mereka di peti undi.
Selamat mengundi kepada rakyat di Parlimen Pulai dan Simpang Jeram.
Tolak PHBN, gabungan perpaduan palsu demi kuasa.
Pilihlah #PNBEST ππ»
Mahkamah Lepas,Bebas Tan Sri Muhyiddin
Alhamdulillah,Allahuakbar.
Hakim Mahkamah Tinggi KL,Datuk Muhammad Jamil memutuskan pertuduhan ke atas TSMY adalah cacat & tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.
Mahkamah memerintahkan TSMY dilepaskan & dibebaskan daripada pertuduhan.
KP JKOM patut bantu sedarkan PMX akan hakikat realiti bahawa sememangnya majoriti orang Melayu-Islam di negara ini menolak,tidak menyokong,tidak percaya dan tidak puas hati dengan Anwar.Kalau masih lagi enggan percaya,tunggu dan lihatlah sendiri keputusan rakyat pada malam esok.
PMX dan KP JKOM Perlu Belajar Terima Hakikat
Punyalah bersungguh badan penyelidik, Ilham Centre yang pro PAN itu menerbitkan laporan kaji selidik mereka tetapi PMX terus membakul sampahkan sahaja dapatan tersebut.
Katanya kajian itu CACAT.
Daripada KP JKOM sibuk mengarang cereka menyerang dan melabelkan PAS sebagai parti ekstrem, pelampau, pemecah-belah, penunggang agama, menakutkan dan beracun, lebih baik KP JKOM itu menjadi penasihat yang jujur ikhlas, bukannya menjadi tukang ampu dan tukang bodek.