Dah pernah try selama seminggu, slowly Allah bagi rezeki yang tak disangka-sangka. Boleh cuba, dengan niat bhw Allah satu-satunya yang boleh tolong kita.
Kawan i dgn husband dia buat monthly budget and calculation supaya senang nk track expenses. Andaikata isteri ada keluar duit, then husband akan bayar balik dgn cara pergi dating/holiday, extra reward ke, or simply naikkan elaun. So far function betul elak masalah ungkit duit ni.
Btw aman damai je thread ni kan. Sebab apa? Sebab fokusnya kepada kebajikan isteri.
Cuba kalau tulis pasal suami. Pergh nanti mesti ada je geng bitter datang playvictim
Setiap kali lepas makan, our routine be like;
🙎🏻♂️: Thank you sayang masak sedap-sedap. Terima kasih Allah bagi isteri pandai masak
🙎🏻♀️: Thank you sayang belikan barang dapur banyak-banyak. Terima kasih Allah bagi suami saya rezeki
And we laughed. Btw, simple menu for lunch👩🏻🍳
Banyakkan istighfar. Perbaiki hubungan dengan Allah. Perbaiki hubungan dengan ibu bapa. Bantu orang lain dalam bentuk yang kita boleh. Syukuri perkara2 kecil dalam hidup, even just bernafas
Amalkan 2 doa ni. Mohon bantuan hanya dariNya. Dan tawakkal lah dengan sebenar tawakkal.
Sejak kahwin, tiada lagi mandi di tempat umum. Sungai tidak. Laut tidak. Kolam bercampur jantina pun tidak. Baju renang yang patuh syariah pun bila keluar dari air akan melekat di badan juga.
Larangan suami ini bertepatan dengan hadis Nabi ﷺ: "Demi Zat yang jiwaku ada pada tangan-Nya, tidaklah seorang perempuan menanggalkan pakaiannya di selain rumah seorang daripada ibunya melainkan dia telah mengoyak setiap tirai penutup antara dirinya dan Allah SWT.” [HR Ahmad (27578)]
Inilah kata-kata Nabi ﷺ ketika bertemu dengan Ummu al-Darda semasa beliau baru keluar dari tempat permandian umum.
Jika teringin nak mandi kolam, pergilah hotel yang ada private pool atau kolam yang khas untuk wanita.
Bila kita dambakan lelaki qawwam sebagai suami, maka kena bersedia untuk taat pada semua perkara yang makruf.
Jangan Tinggalkan Qada Hanya Kerana Tidak Tahu Jumlahnya
Ramai yang ingin menggantikan solat yang pernah ditinggalkan.
Tetapi ada yang berhenti di tengah jalan kerana tidak tahu berapa banyak solat yang perlu diqada.
Hakikatnya, ketidaktahuan tentang jumlah bukan alasan untuk tidak memulakannya.
Apa yang penting ialah keikhlasan untuk bertaubat dan kesungguhan untuk menggantikan apa yang mampu.
Mulakan sedikit demi sedikit.
Qada satu waktu, kemudian tambah lagi.
Teruskan sehingga hati merasa tenang dan yakin telah menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
Jangan biarkan syaitan membuat kita bertangguh hanya kerana kita tidak tahu jumlah yang tepat.
Kerana Allah melihat usaha, taubat dan kesungguhan hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya.
🤲 Yang paling penting bukan berapa banyak yang tertinggal, tetapi kesungguhan untuk mula menggantikannya hari ini.
#dakwah #doa #zikir #selawat #quran
Kadang-Kadang Allah Mahu Kita Memberi Lebih
Ada masa kita mahu bersedekah.
Tetapi kita mula berkira.
Nak bagi RM50... rasa berat.
Nak bantu orang... fikir banyak kali.
Namun kadang-kadang, ketika tangan kita cuba memberi sedikit, Allah menggerakkan hati kita untuk memberi lebih daripada yang dirancang.
Kerana ada ketikanya bukan kita yang memilih jumlah sedekah.
Tetapi Allah yang sedang memilih kita untuk menjadi jalan rezeki kepada orang lain.
Jangan terlalu berkira apabila peluang bersedekah datang.
Mungkin bukan kebetulan Allah meletakkan kita dalam keadaan mampu memberi.
Dan mungkin pada hari itu, Allah sedang membuka pintu pahala yang lebih besar daripada yang kita sangka.
🤲 Jika Allah menggerakkan hati untuk memberi, jangan tahan. Mungkin itu jemputan daripada Allah untuk menambah bekalan akhirat kita.
#dakwah #doa #zikir #selawat #quran
Jika kita telah dewasa, boleh membuat pilihan sendiri, serta boleh ambil tanggungjawap atas keputusan sendiri utk diri sendiri, kita tidak perlu nak menyakinkan sesiapa tentang pilihan kita
Nak mereka tukar fikiran?
Nanti dah 3-5 thn berjaya, mereka sendiri akan tukar fikiran
Macam ni lah cara abah saya ajar gosok baju kerja dia dulu.
Tapi saya selalu annoyed dengan butang kecil utk leher baju tu
Rasa macam satu halangan nak gosok bahagian tu sebab asyik sangkut dgn butang tu 😂