Kalau nak tahu bagaimana kita muslim sepatutnya jaga solat fardhu berjemaah, boleh rasa ketika anda tunaikan umrah/haji kelak.
1. Betul-betul menjaga solat fardhu berjemaah di masjid setiap tiba waktu solat.
2. Perasaan seronok bila hadir untuk solat walaupun terpaksa jalan kaki jauh, panas, sejuk dan gelap.
3. Baru je selesai solat fardhu dah fikir tentang solat yang seterusnya.
4. Tidak terasa lama ketika dalam solat walaupun imam baca panjang. Boleh berdiri 5 minit 1 rakaat dengar bacaan Imam.
5. Adjust jadual harian kita berdasarkan waktu solat. Sebab rasa rugi jika tinggal solat berjemaah di masjid.
6. Bangun tidur 1-2 jam sebelum masuk waktu Subuh. 30 minit - 1 jam sebelum azan Subuh dah berada dalam masjid untuk solat sunat, baca Al-Quran dsb.
Siapa yang pernah ads pengalaman tunaikan umrah dan haji akan rasa semua ini.
Ketika tahap iman berada paling tinggi. Suka kebaikan, suka bersedekah, elak buat dosa.
Ya, semua ini memang boleh buat di mana-mana. Tapi majoriti orang tak mampu sebab biah (persekitaran) yang tak membantu.
Tapi kita kena cuba juga kekalkan semangat beribadah terbaik yang kita mampu.
Begitulah.
Kenapa tiada penekanan perasaan cinta diantara suami dan isteri (keluarga) di dalam alQuran tetapi diberatkan soal mawaddah dan rahmah.
Mawaddah & rahmah jauh lebih besar dan berat yang tarik nilai keberkatan dalam ibadah nikah.
Moga kita melihat perkahwinan sebagai satu ibadah.
I’m 32.
Stress controlled me for years so I turned to holistic psychology.
After 2000+ hours of clinical training as a therapist, my toolkit is now full of powerful mind-body healing hacks.
Here are the top 7 that will change your life: 🧵
Untuk bakal pengantin yg panggil orang untuk bacakan doa saat majlis, cubalah semak teks doa itu dulu.
Sampai sekarang masih ada lagi doa minta disatukan seperti Nabi Yusuf & Zulaikha.
Nampak simple, tapi besar kesannya. Jgn di majlis kita menyebarkan hal tak sahih dalam agama.
Marriage is not about ourselves. Is about willingness to learn and understand the other person without trying to change the person. Accepting and adapting without changing yourselves too. Most people married the opposite of their character. That's a huge learning curve.
Bila sebut rezeki, kita terbayang:
- Kerja stabil
- Bisnes masyuk
- Pangkat besar
Tapi kita lupa:
1. Ibu bapa yang masih hidup, boleh doakan kita.
2. Pasangan yang memahami.
3. Family mentua layan kita mcm family sendiri.
4. Jiran bertoleransi.
5. Nasihat yang baik w’pun perit.
Setiap wanita WAJIB baca doa ini:
Ya Allah, jadikanlah aku seorang wanita yang tenang & kuat. Jadikanlah aku wanita yang pemaaf & mampu menghapuskan segala rasa dendam, iri & dengki.
Membaca al-Quran bukanlah suatu beban bahkan kerehatan. Jangan terlepas dari membaca al-Quran dalam hari-hari kita.
Kita akan rasa perubahan ke arah kebaikan apabila hidup dengan al-Quran. Ayuh.
Ramai orang tenggelam dengan nasihat yang nak cari suami, kena cari lelaki yang cinta dan sayangkan kita lebih daripada dirinya sendiri.
Ini bukanlah nasihat yang baik. Ia hanya terpakai pada mereka yang bercinta sebelum berkahwin. Untuk mereka yang memilih jalan taaruf, macam mana nak tahu? Cinta pun baru nak berputik setelah ijab qabul.
Elakkan berpegang dengan nasihat ini. Kerana hati ini sifatnya berbolak balik. Ada ketika, perasaan sayang itu menggebu-gebu lebih-lebih lagi sebelum kahwin. Ada ketika, hati rasa tawar, kecewa, sedih.
Maka, carilah lelaki yang mencintai Rabbnya melebihi dirinya dan diri kita sendiri. Saat Allah diangkat tinggi dalam kehidupan, nescaya suami itu akan laksanakan amanahnya dengan sebaiknya.
Walaupun pada ketika cinta itu berpudar, ihsan itulah yang akan menambat semula kasih sayang dan ketenangan dalam keluarga.
2 cara utk keluar dari kesulitan, berdasarkan surah Ad Dhuha.
1) bergerak, iaitu berusaha selesaikan masalah yang dihadapi. Sibukkan diri dgn kebaikan & bukan sekadar menanti kesulitan berakhir.
2) bantu orang lain, kerana itu salah satu cara menjemput bantuan Tuhan buat kita.
Suami kena redha kat isteri.
Kalau isteri buat benda suami tak suka, suami kena didik supaya isteri tak buat lagi, dan throughout the process, suami kena usaha untuk redha.
Kalau susah nak redha, doa mintak Allah SWT tunjukkan jalan dan bukakkan hati untuk redha.
Doa consistently dan continuously.
Sebab apa? Sebab tanpa redha suami, sulitlah urusan isteri di Akhirat nanti. Takkanlah kita nak jadi suami yang menyulitkan isteri kita sampai macam tu kan.
Jika kita taknak berlembut kat isteri yg jaga makan minum pakai kita, yg lahirkan dan besarkan anak2 kita, layak ke kita minta Allah SWT berlembut dengan kita?
Yakinlah dengan bantuan Allah SWT.
Isteri pulak kena buat apa?
Isteri kena usaha untuk pastikan suami redha. Walau menyampah dengan suami, suami tak tunjukkan contoh baik yang kita inginkan, tetap kena minta redha dari suami.
Doa consistently dan continuously supaya Allah SWT tunjukkan jalan dan bukakkan hati menuju usaha untuk jadi isteri yang diredhai suami.
Sebab apa? Sebab tanpa redha suami, tersekatlah jalan untuk ke Syurga di Akhirat nanti.
Apa guna makeup skincare mahal2, baju handbag mahal2, tapi jalan ke Syurga nan hado?
Semoga kita semua jadi suami/isteri yang diredhai pasangan masing-masing, dan juga diredhai Allah SWT.
Sebelum menjadi sebaik-baik seorang ibu, belajarlah menjadi sebaik-baik seorang istri.
Sebelum menjadi sebaik-baik seorang istri, belajarlah menjadi sebaik-baik seorang anak.
-Tulisan seseorang Hafizhahullah
Kena hafal dan jadikan sebahagian doa² harian. Doa² dari hadis dan alQuran ini ringkas tapi padat dan lengkap sesuai keperluan kita.
Terutama sekarang ni aku masih rasa penat hidup serta dah tak reti nak doa secara khusus sebab dah semakin hilang keinginan atas hal hidup.
Panjang sikit, tapi alangkah gembiranya saya kalau korang baca.
Tarawih dan Qiam merupakan satu peluang, ianya ‘quranic journey’.
Perjalanan sirah, penceritaan al-Quran.
Tapi di Madinah dan Makkah ianya berbeza.
Disini tempat al-Quran itu turun.
Tahun ini saya hadir dengan sedikit tambahan ilmu.
Hasil bacaan karya Syaikh Solah al-Khalidi.
Dan pedoman Syaikh Umar Abduli - jom berimaginasi bersamaku.
Pastinya berbeza rasanya!
Malam ini juz 30.
Ada wahyu pertama diturunkan.
Iqra’!
Muhammad kata; aku tak boleh baca!
Ianya berat buat Muhammad.
Cara penurunan wahyu itu berat, penerimaan masyarakat juga tak memberangsangkan!
Namun, turun sahaja al-Quran. Ia satu titik perubahan mengangkat darjat ummah.
Muhammad ketakutan! Lalu cari Khadijah.
Selimutkan aku.
Setelah jumpa Waraqah, dijelaskan bahawa yang turun kepadanya itu wahyu Ilahi. Muhammad tanya Khadijah.
Siapa yang akan percayakanku sekarang wahai Khadijah?
Dalam juz 30 ada surah Ad-Dhuha, bila lama wahyu tak turun, nabi diperli; syaitanmu tak turun ke wahai Muhammad?
Kaum Jahiliiyyah benar-benar jahil.
Orang berzina dalam kaabah disumpah menjadi batu. Mereka jadikan berhala! Diletak satu di Safa dan satu di Marwah.
Sembelihan juga diniatkan kepada berhala.
Siapa yang nak tawaf, kalau boleh beli pakaian bikinan Makkah. Dia boleh tawaf dengan pakaian itu, kalau tak mampu beli. Tawaf dengan telanjang!
Talbiah warisan Nabi Ibrahim sahaja mereka tambah dengan unsur syirik!
Dalam Juz 30 ini, umpama ringkasan perjalanan hidup Muhammad yang penuh onak dan duri.
Dalam surah al-Kautsar, Muhammad digelar Abtaar terlebih dahulu. Abtaar ini terputus. Macam cicak terputus ekor.
Muhammad digelar Abtaar sebab tiada zuriat lelaki Muhammad yang membesar, adapun mati kecil.
Tiada penerus legasi Muhammad.
Tapi Allah cela mereka yang gelarkan Muhammad Abtaar itulah sebenarnya terputus legasi mereka.
Bila solat dengan jutaan manusia. Pasti rasa lain. Mana musyrikin dahulu, mana agama mereka?
Ini ummar Muhammad yang ramai, yang rindu dan sayang pada Muhammad!
Benarlah kata Allah, merekalah yang Abtaar.
Dalam surah al-Kaafirun, Muhammad diberi pelbagai tawaran! Dunia? Wanita? Harta? Apa sahaja wahai Muhammad asal kamu tinggalkan agama kamu.
Nabi keras tak mahu!
Okay kita deal baru kami sembah agama kamu, kamu juga sembah agama kami. Kita tukar-tukar.
Tak, tetap tidak!
Surah An-Nasr, tiba waktu menangmu wahai Muhammad.
Kampung halaman yang kamu dihalau dulu kini akan kamu takluk!
Dan lihat sahajalah orang ramai-ramai berbondong masuk agamamu.
Dan hari ini solat di masjid Muhammad lepas 1400 tahun! Penuh.
Benar lagi kata Allah.
Surah al-Masad.
Awal kau diangkat menjadi nabi wahai Muhammad. Saat kau himpun anak pinak saudara mara.
Ada pakcik kamu, Abu Lahab kata binasalah kamu wahai Muhammad.
Nah sekarang jutaan ummah nabi mengulang kata kebinasaan untuk dia.
Siapa yang binasa?
Itulah susahmu awal kenabian dahulu.
Ada pula kisah Muhammad disihir.
Itulah sinopsis serba sedikit tentang hidup Muhammad.
Nabi kita yang kita rindu dan sayang. Cinta kita kepadanya.
Selawat dan salam untuk baginda Rasul.
Kenapa di Madinah dan Makkah suasananya berbeza.
Ya, tempat berlakunya banyak cerita tadi disini. Lebih tepat banyak di Makkah.
Feelingnya berbeza jika kita betul-betul Iqra’.
Di Madinah pula, Muhammad yang kita sebutkan itu. Jasadnya di depan sana.
Dan kita bacakan kisah hidup insan yang penuh ujiannya untuk menukar kaum jahiliyyah menjadi sebaik-baik ummah.
Rindu.
Moga kalian semua direzekikan untuk Ramadan di sini.
Pesanan penaja; ianya boleh membuatkan kalian ketagih.
Sabar bermula dengan pura-pura sabar. Kemudian, kita benar-benar telah bersabar. Baik juga boleh bermula dengan pura-pura baik, kemudian kita benar-benar baik. Berpura-pura bukan merendahkan martabat diri. Tetapi untuk menjaga maslahat hubungan yang titik temunya setahun sekali.