Tawaran harga yang lebih rendah melibatkan beberapa komoditi utama seperti daging tempatan, ayam, ikan dan hasil laut serta sayur-sayuran jelas mendapat sambutanmenggalakkan daripada pengguna. Dalam program ini juga FAMA menyediakan 200 kampit Beras Putih Tempatan untuk pengguna
En Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri turun padang bagi memantau pelaksanaan program ini dan turut mengedarkan ketupat dan rendang serta sampul raya kepada pengunjung dan menyampaikan sumbangan Sentuhan Kasih Ramadan kepada imam Masjid Nurul Hikmah dan rakan media
6 April 2024 | Bagi memudahkan pengguna mendapatkan barangan keperluan persediaan Aidilfitri dengan harga yang berpatutan, FAMA Negeri Perlis telah menganjurkan Program Semarak Syawal Agro MADANI di Dataran MAIPs, Kangar hari ini.
Makanan dan minuman yang dikumpulkan telah diagihkan kepada 3 buah masjid untuk juadah berbuka puasa kepada jemaah.
YBrs Tuan Raziff bin Yaacob, Setiausaha MPK yang hadir bersama En Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis bagi melihat sendiri proses ini berjalan.
5 April 2024 | Program Sentuhan Kasih Ramadan FAMA-MAIPS di Bazaar Ramadan disambut baik oleh para usahawan Bazaar Ramadan FAMA di Dataran MAIPs Kangar.Program ini dapat menggalakkan usahawan untuk berkongsi rezeki apabila hampir 200 bungkus makanan dan minuman dapat dikumpulkan.
Program ini bagi membudayakan Al Quran di kalangan kakitangan dan diamalkan bacaannya pada setiap Jumaat sejak 12 Januari 2024 lalu. #famaperlismengaji. Kakitangan FAMA Negeri berpeluang mendengar tazkirah ringkas berkaitan kafiat mengamalkan bacaan Al-Quran dalam kehidupan.
Dalam menyemai semangat kekeluargaan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kakitangan, pengurusan FAMA Negeri juga menganjurkan Majlis Iftar Ramadan dan Solat Terawih berjemaah yang dipimpin oleh Al Fadil Ustaz Mohamad Fariz Shaharudin, Imam Masjid Negeri.
5 April 2024 | Program Sentuhan Kasih Ramadan FAMA yang bermula seawal pagi dengan Majlis Khatam Al Quran yang dipimpin oleh Al Fadil Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar, Imam Besar Negeri Perlis.
6 April 2024 | Penguatkuasaan pematuhan peraturan Grading Packaging Labelling (GPL) oleh penguatkuasa FAMA dengan kerjasama Kementerian Perdangangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Perlis di Pasar Tani Dataran MAIPs Kangar.
Seluruh Warga Kerja FAMA Negeri Perlis
mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024 kepada seluruh Umat Islam khususnya di Negeri Perlis.
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧
2 April 2024 | Program Sentuhan Kasih Ramadan FAMA-MPK diteruskan lagi pada kali ini dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIPs) bagi menyantuni golongan Asnaf melalui Program Sentuhan Kasih Ramadan di Bazaar Ramadan FAMA @Dataran MAIPs Kangar, Perlis.
Hadir sama YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang Undang Negeri Perlis, Lt Kol. Lasahi Laiji, Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah,Tuan Yang Dipertua Norazlan bin Yahaya, Yang Dipertua MPK dan Tuan Haji Mohd Nazim bin Hj Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.
YB Tuan Mohd Radhi bin Abas,Penasihat Undang Undang Perlis, Lt. Kol. Lasahi Laiji,Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah dan Tuan Haji Mohd Nazim bin Hj Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs bersama En Mohd Anzara bin Azizan,Pengarah FAMA Negeri Perlis turut sama hadir
2 April 2024 | Program Kayuhan MAIPs Peduli Bil 30/2024 DYTM Tuanku Raja Muda Perlis diteruskan dalam menjejaki dan menyantuni Asnaf kariah Repoh bersama FAMA Negeri Perlis.
Turut hadir En Azhar bin Jamaluddin, Pengarah Bahagian Pembangunan Kontrak Pemasaran dan En Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis.
Diharapkan dengan sumbangan kit ini dapat meringankan beban asnaf dalam menyambut Ramadan dan persediaan Aidilfitri tidak lama lagi.
40 orang asnaf dari 5 buah kampung di bawah kariah Masjid Nurul Iman telah menerima sumbangan Kit Sentuhan Kasih Ramadan FAMA 1445H.
Masjid Nurul Iman adalah salah satu daripada 7 lokasi pelaksanaan Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan FAMA 1445H ini di seluruh Malaysia.
27 Mac 2024 |Bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini, FAMA Negeri Perlis meneruskan aktiviti sosial korporat (CSR) ke atas golongan yang memerlukan.
40 orang asnaf di bawah kariah Masjid Nurul Iman telah menerima sumbangan Kit Sentuhan Kasih Ramadan FAMA 1445H.
14 Mac 2024 | Penyampaian Sumbangan kepada Anggota Keselamatan yang bertugas di Pos keselamatan di Pulau Danawan bersama penduduk di pulau berkenaan, Pulau Mataking, Pulau Pandanan dan Pulau Bohey Dulang sempena Program Lawatan Kerajaan Negeri Perlis Ke Sabah EKS PERBAH 2024.
Sumbangan berupa Jus Mangga Harumanis dan Produk 9 SKU Produk Agromas dan IMAT Negeri Perlis disampaikan oleh En Mohd Anzara bin Azizan sambil disaksikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.