Dato' Zulkifli, the Eminent Chairperson of Royce Foundation, announced the merger of the media companies National Wire Service (NWS) and TheNetwork, under the leadership of Director-General Meer_ASPM.
Akan datang kepada anda.
Sesuatu yang baharu akan memeriahkan sukan tanah air bermula Februari 2024 ini, dibawakan secara khas dan eksklusif dari TheNetwork Arena.
Belum terlambat bagi kami di TheNetwork untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan awam atau akhir tahun yang akan berjuang sehabis baik bermula bulan ini.
Buat yang terbaik, kami doakan semoga kejayaan milik anda!
Laluan Malaysia menuju Piala Asia Musim ke-2 tampak lebih mencabar dan berliku, terutama selepas pengundian yang menempatkan skuad Harimau Malaya dalam kumpulan B yang kompetitif dan disifatkan "kumpulan maut" kerana akan bersaing dengan Jepun dan Thailand.
StanfordRaffles, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), umum letak jawatan dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan 12 Disember 2023 yang lalu. Sehingga kini, belum ada sebarang pengumuman mengenai siapakah pengganti beliau yang akan menguruskan Pilihan Raya Umum ke-20.
Saksikan highlights perlawanan akhir Piala Pendidikan Malaysia 2023 di mana Terengganu U17 menewaskan SMKA Tuan Haji Abbas Taha dengan jaringan 1-6, untuk menjadi juara yang menjulang piala berprestij anjuran Kementerian Belia dan Sukan ini.
https://t.co/pxheCjypY6
Terengganu U17 dinobatkan sebagai juara Piala Pendidikan Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Mereka juga satu-satunya pasukan yang mengakhiri saingan dengan rekod tanpa kalah dari awal aksi yang mereka tunjukkan ketika melawan 5 pasukan dengan unggul dan cemerlang.
Terengganu U17 mengakhiri saingan Piala Pendidikan Malaysia 2023 dengan bergelar juara seterusnya merangkul piala berprestij itu, selepas menewaskan SMKA Tuan Haji Abbas Taha dengan jaringan 1-6 sebentar tadi.
Perlawanan akhir Piala Pendidikan Malaysia 2023 pada malam ini di antara SMKA Tuan Haji Abbas Taha dan Terengganu U17 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang dijangka akan dihadiri oleh dif-dif kehormat daripada Istana Negara dan juga pihak kerajaan.
Parti Demokratik Malaysia akan mengadakan pertandingan debat Arena of Thoughts pada Rabu, 27 Disember 2023.
Penganjurnya yang merupakan pengerusi PDM, Alif14Irfan mengajak semua orang, tanpa mengira latarbelakang, untuk menyertai debat yang akan membincangkan usul-usul menarik.
Kami mencari seorang sahaja yang bertuah dengan jangkaan skor yang tepat.
Pastikan anda letak jangkaan anda di bawah sebelum sepak mula SMKA Tuan Haji Abbas Taha dan Terengganu U17. Kalau perlawanan dah bermula, kami tidak akan terima, okay?
Semoga berjaya!
PREDICT THE SCORE DAN MENANG RM5!
Reply tweet ini dengan berikan jangkaan skor anda untuk perlawanan akhir Piala Pendidikan Malaysia 2023 dan jika ianya tepat, anda berpeluang memenangi kredit Touch N Go eWallet bernilai RM5!
Saksikan siaran langsung Perlawanan Akhir Piala Pendidikan Malaysia 2023 antara SMKA Tuan Haji Abbas Taha dan Terengganu U17 melalui pautan berikut: https://t.co/XTJ66uy84U
Dari 8 pasukan, kini tinggal dua pasukan yang akan berentap merebut Piala Pendidikan Malaysia 2023.
Mereka pernah bertemu sebelum ini di peringkat pusingan, tetapi pastinya persembahan berbeza yang lebih sengit dan mendebarkan bakal ditunjukkan.
Persoalannya: siapa juara?
SMKA Tuan Haji Abbas Taha membuktikan keunggulan mereka dengan menewaskan SMK Kampong Lemang dengan jaringan 10-5. Biarpun ada usaha untuk kembali menguasai perlawanan oleh SMK Kampong Lemang, namun mereka terpaksa tunduk melihat SMKATHAT mara ke peringkat akhir.
Saksikan siaran langsung Perlawanan Separuh Akhir Piala Pendidikan Malaysia 2023 antara SMKA Tuan Haji Abbas Taha dan SMK Kampong Lemang melalui pautan berikut: https://t.co/MeqfnZwBsd
Perlawanan terakhir pusingan separuh akhir Piala Pendidikan Malaysia 2023 akan berlangsung mempertemukan SMKA Tuan Haji Abbas Taha dan SMK Kampong Lemang.
Sengit dan mendebarkan tapi hanya satu persoalan: Siapa yang akan mengungguli untuk ke pentas akhir kejohanan ini?
Keputusan perlawanan separuh akhir melibatkan Terengganu U17 dan SMK Datok Ahmad sedang disiasat oleh penganjur Piala Pendidikan Malaysia 2023 susulan beberapa keputusan kontroversi dari pengadil.
Sidang media mengenainya akan diadakan sebelum sepak mula perlawanan malam ini.
Perlawanan separuh akhir Piala Pendidikan Malaysia 2023 penuh sengit dan drama apabila Terengganu U17 dan SMK Datok Ahmad masing-masing terikat seri 4-4, namun Terengganu U17 mara ke pusingan akhir selepas menang sepakan penalti 3-0.
Saksikan siaran langsung Perlawanan Separuh Akhir Piala Pendidikan Malaysia 2023 antara SMK Datok Ahmad dan Terengganu U17 melalui pautan berikut: https://t.co/WouJFh3OBe
Pentas separuh akhir Piala Pendidikan Malaysia 2023 bermula hari ini.
Siapakah yang akan mara ke peringkat akhir merebut piala berprestij ini?
SMK Datok Ahmad dan Terengganu U17 bakal bertentang mata petang ini untuk menjawab persoalannya.