Ruang nukilan dan coretan dalam medium Bahasa Kebangsaan | Kicauan Bahasa Inggeris boleh didapati di @TreeAndPlants | Bahagialah mereka yang mati muda.
Sempena Hari Malaysia 2023, aku telah cuba untuk menciptakan sebuah video yang merangkumi perjalanan Malaysia dan Singapura, dua tanah yang dahulunya bersatu, tetapi dipisahkan.
https://t.co/HIVIKXdsG9
Nyanyikan lagu kegemaranmu
sebab lagu itu akan melenakan aku.
Biar sekali ini aku tidur lena
menyenangkan hidupku seluruh
supaya ketika bangunku nanti
kita akan bersama menari dan menyanyi,
menari dan menyanyi seperti kita tak akan mati-mati.
Tiap patung memandang utara, menyambut kedatangan dengan bunga dan tabik hormat.
Aku memandang ke arah itu juga, tak kuat melihat muka-muka mereka. Di sanalah laut lepas arah kepulangan.
Dalam segala perniagaan, sama ada halal atau haram, ingatlah tauladan Rasulullah yang kian memberikan pedoman untuk sentiasa jujur dan besar hati, terutamanya untuk para pengguna dan pembeli.
Lama tak berkicau disini (boleh cakap kicau lagi ke? Kan sekarang dah panggil X), setakat nak hebohkan nukilan “cerpen” di Substack.
Maaf sebab tulisan macam budak tadika. Kalau tak suka, moga cerita kenapa. Nak improve kena ada kritik, katanya.
https://t.co/ML26RiXqgp