Hanya Nabi Muhammad yang dapat memberi syafaat di hari akhirat kelak.
Hanya Beliau. Bukan nabi atau rasul yang lain. Kenapa?
Tapi pada umatnya sahaja. Umat yang macam mana?
Umat yang mengenal bahawa beliaulah Ummi.
Ummi iaitu Induk. Bukan buta huruf.
Hanya mukmin yang akan ke syurga. Bermusafirlah sehingga mengenal dan mendapat Allah.
Jangan terhenti kerana sudah mendapat sijil atau jawatan.
Kerana belajar itu sampai ke liang lahad.
Kalimah Syahadah ataupun disebut Kalimah Tauhid adalah perkara yang paling penting dalam islam.
Tauhid bermaksud menyatukan.
Syirik bermaksud memisahkan.
Dua identiti yang hakikatnya satu identiti yang sama.
Tiada tuhan selain ALLAH.
Nabi MUHAMMAD pesuruh Allah.
Tuhan menjadikan manusia adalah untuk supaya Beliau dikenali dan manusia juga merupakan ciptaanNya yang paling SEMPURNA. Jadi sudah semestinya dengan cara mengenal siapa diri kita adalah cara terbaik untuk mengenal Tuhan kerana Beliau Maha SEMPURNA.
Berkumpul di Padang Arafah ialah sebagaimana hanya orang orang Arifbillah yang mengetahui syirik mereka yang digambarkan dengan batu batu di Muzdalifah