iPhone aku notify ada tracking device been with me (following me). Aku try play bunyi dia, macam datang dari seat belakang driver kereta aku. Tapi aku cari tak ada, cuma bunyi je ada. Patut aku report police ke?
#NasihatPalatao From time to time, rajinkan check kalau kalau identiti hangpa diguna oleh sindiket sial macam ni untuk register SIM card.
Kalau guna CelcomDigi, boleh buka app then click kat ‘My Numbers’. Situ depa akan list down semua nombor yang didaftar guna identiti hangpa.
Kalau ada nombor yang tak dikenali, jangan tunggu lama lama. Terus:
1. Buat laporan polis
2. Buat laporan MCMC
3. Dengan laporan (1) dan (2) ni hangpa buat aduan rasmi dengan pihak telco.
Jangan sekadar tag PDRM, MCMC dan telco kat socmed. Buat laporan rasmi, yakni pi balai polis + portal aduan SKMM. Khalas.
jika kau tersakiti disebabkan orang lain ,jangan sesekali kau menyakiti orang lain, bersabar dan bergerak secara perlahan lahan lalu tinggalkan tanpa berputar semula 🥰🤲🏼 Allah paling suka manusia yang sifat sabarnya lebih besar dari sifat amarahnya
PENEMUAN BERSEJARAH DI MALAYSIA!
Buat julung kalinya, bukti fosil gajah purba Stegodon telah ditemui di Semenanjung Malaysia!
Satu pasukan penyelidik dari Jabatan Geologi Universiti Malaya, Naturalis (Belanda) dan Macquarie University (Australia) telah menemui fosil gigi susu Stegodon. Penemuan luar biasa ini dibuat ditemui di sebuah gua batu kapur di yang terletak di Gopeng, Perak.
Mengapa Penemuan Ini Sangat Penting?
⏳ Usia Purba: Kajian saintifik menggunakan kaedah pentarikhan pIR-IRSL dan U-series menganggarkan fosil ini berusia antara 199,000 hingga 233,000 tahun dahulu! Ini meletakkannya dalam zaman Pleistosen Tengah Akhir.
🔬 Teknologi Canggih: Fosil itu ditemui terbenam separa pada dinding gua. Penyelidik menggunakan imbasan micro-CT (µCT) untuk mengkaji dan membina semula model 3D gigi tersebut tanpa perlu mengeluarkannya dari dinding gua batu kapur batu breksia
🧬 Ciri-ciri Unik: Gigi (dikenali sebagai PRK_SC_P.01) ini menunjukkan beberapa perbezaan saiz dan morfologi berbanding spesies Stegodon lain yang ditemui di rantau ini (seperti S. orientalis dan S. trigonocephalus).
Penemuan ini memberi gambaran baharu bahawa kawasan tropika Asia Tenggara suatu ketika dahulu menjadi habitat utama mamalia besar.
Satu lagi penemuan bertaraf dunia dari bumi Malaysia! Tahniah kepada semua penyelidik yang terlibat! 🇲🇾
Rujukan :
Amiruddin, Amir Hakim, Lim, Tze Tshen, van der Geer, Alexandra, Westaway, Kira E., Hongwei, Chiang, Smith, Ru,
Hasnan, Hijaz K., Ibrahim, Norliza, Razak, Mohd Azmi Abdul, Nguyen, Thi Mai Huong, Nguyen, Anh Tuan, and Muhammad, Ros
Fatihah. 2025. The first late middle Pleistocene Stegodon (Proboscidea, Stegodontidae) evidence found in Peninsular Malaysia.
Palaeontologia Electronica, 28(3):a43.
https://t.co/I3hxnj5TbD
Pautan ke kertas kajian https://t.co/McT9RHaa5A
Mungkin dunia encik ni terlalu kecik untuk sedar, ada perempuan yang kena tanggung keluarga sebab wali tak function / dah tak ada. Macam mana perempuan nak dapat gaji bermaruah sikit untuk bantu keluarga? Kena lah ada degree.
Last last bini jugak yang peduli pasal korang dan bukannya kawan kawan yang konon brotherhood forever.
So beringat la untuk yang utamakan member daripada family sendiri.