Lailatulqadar merupakan satu anugerah Allah untuk umat Nabi ﷺ.
Lailatulqadar disebutkan sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan bersamaan 83 tahun dan 4 bulan. Nabi ﷺ sangat bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh malam terakhir.
Oleh itu, jangan kita memperlahankan rentak atau menekan brek dalam beribadah dek kerana sedang sibuk menyiapkan persiapan raya. Kekalkan momentum mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan mereka yang meraih lailatulqadar, insya-Allah.
#ustazwadiannuar