Tak boleh bayang macam mana malunya pendokong Anwar Ibrahim bila sampai tahap mcm ni. Alasan yg sama Anwar bagi—pendakwaan bermotif politik dendam. Tun Mahathir pun x pernah mohon imuniti. Sikit demi sikit rakyat akan sedar.
HA HA HA HA
Sudah bertahun main naratif begini sejak tokwan kecik, dah ada kuasa, awat takdak bukti?
Apa yang pasti, masa Dr M jadi Presiden parti Umno, tidak sekalipun anakandanya diberi jawatan atau diheret masuk ke dalam parti waima kerajaan.
Nepotisme Pkr sudah halal.
I saw this comment on LinkedIn under a post about Mandarin speakers in Malaysians.
This should NOT be normalised.
This means Non-Mandarin speakers will have less opportunities to grow.
MY Chinese will say Mandarin speaker is not discriminatory but this is exactly what happens
PUTRAJAYA, 28 APRIL – Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis mempersoalkan pelaburan langsung asing (FDI) yang diumumkan kerajaan, walaupun jumlahnya mencecah ratusan bilion ringgit. Dalam catatan di X hari ini, beliau memetik antaranya pelaburan RM431 bilion hasil lawatan Perdana Menteri, RM254.7 bilion dalam pelaburan digital 2024, dan RM90.2 bilion yang diluluskan MIDA dari 2021 hingga 2024.
"Mungkin mereka ada. Kalau saya tak nampak, itu masalah saya," sindir Dr. Mahathir, merujuk ketelusan dan kesan sebenar pelaburan tersebut kepada rakyat.
Kerajaan menyasarkan pelaburan RM636 bilion untuk menjadikan Malaysia antara 30 ekonomi gergasi dunia. Namun, cabaran untuk memastikan pelaburan ini memberi impak nyata kepada rakyat kekal menjadi tumpuan, dengan ramai mahukan kejelasan tentang manfaat sebenar FDI kepada negara.
TAHNIAH IDOLA ANA, “TUN DAIM” ERA MADANI!
Tahniah sahabat kerana terus berjaya membuktikan zaman Madani ini, rakyat makin kaya dan berjaya.
Aku percaya, walanon-walanon pun sudah makin kaya, hatta walaun-walaun pun makin kaya. Syukur alhamdulillah.
InsyaAllah dengan kemasukan “Tun Daim” yang juga idola anak muda ini, pasti ada sesuatu yang bakal dilakukannya untuk Key Alliance Group.
Jumaat lalu dah naik hampir 5%, aku menjangkakan akan naik lagi jika ada pengumuman dapat projek kerajaan.
Benarlah kata seorang ekonomis, ekonomi Madani ekonomi Robin Hood, rompak orang kaya untuk orang miskin jadi kaya.
Kan?
;)
Aktivis politik, Wan Muhammad Azri @ Sir Azri mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab yang bakal menyebarkan fitnah besar dan dasyat demi meneruskan usaha menjatuhkan imej Tun Dr Mahathir selepas beberapa tuduhan dan fitnah ke atas negarawan itu gagal.
Hari ini, kapsul masa di Menara ikonik Kuala Lumpur yang tersimpan kira-kira 28 tahun yang lalu, mula dibuka oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Seumpama mengaktifkan legasi visi yang diasaskan negarawan itu sejak 1991, WAWASAN 2020.
Sejak dari itu, ramai pemikir mula bertanyakan—ke mana hala tuju seterusnya? Mampukah orang Melayu memikul amanah besar ini dalam membentuk sebuah peradaban baharu? Tun Dr Mahathir, sebaliknya melihat cabaran ini melalui pemulihan semula kekuatan Melayu dalam bentuk sikap dan pemikiran.
Untuk itu, dalam sebuah ucapan di Perhimpunan Agung UMNO, 1991, beliau mula memperkenalkan sebuah gagasan MELAYU BARU—Melayu yang cekal, berwibawa, berprinsip dalam menghadapi cabaran global, namun teguh berpegang pada akal budinya, manakala Islam sebagai teras kekuatan spiritualnya. Dalam erti kata lain, Melayu Baru itu berakar nasional, berakal internasional. Ini sebenarnya selari dengan tradisi intelektual Melayu yang pernah megah dahulu.
Melayu baru bukan sekadar pengisian Wawasan 2020. Ia adalah suatu transformasi berani budaya tinggi yang bakal diwariskan kepada jejak-jejak bangsa Melayu nanti. Ini bagi mengekalkan relevan orang Melayu itu dalam rangka peradaban yang mendatang.
Melayu Baru bukan sekadar bangsa pentakrif kepada bangsa Malaysia Moden hari ini. Masalah kedangkalan budaya ini memerlukan transformasi yang radikal sifatnya. Budaya sikap dan jalan fikir harus diperbetul.
Melayu Baru juga tidak lagi sekadar berniaga kecil-kecilan. Jauh sekali dari sikap bermalas-malasan. Melayu baru harus berani meneroka bidang utama teknologi, membangun industri dan mengurusnya dengan teliti. Moga-moga Melayu Baru mampu menguasai ekonomi.
Namun kerja-kerja ini masih belum selesai. Kelahiran semula Melayu Baru (The Malay Rebirth), berakar dari nilai-nilai suci yang tiada atasnya kehendak peribadi. Seterusnya berbesar hati menerima agenda penyatuan matlamat dan solidariti.
Penyatuan ini diibaratkan umpama benih yang ditanam di tanah merdeka yang gersang. Diasuh, dibaja, dijaga dan ditatang. Disuburkan oleh anak-anak Melayu yang fikirannya matang. Dinikmati hasilnya oleh generasi yang akan datang.
Pembukaan kapsul masa di Menara Kuala Lumpur hari ini, tidak pernah membayangkan ia akan disempurnakan semula oleh Tun Dr Mahathir sendiri. Namun takdir Tuhan mengiringi bukti bahawa semangat zaman masih kekal berdiri.
WAWASAN 2020, pernah dianggap sudah mati. Hakikatnya, ia sedang bermula bersama-sama semangat MELAYU BARU yang bersatu dan berani.
AMIR AL FATEH
@malaydigest
14 Syawal 1446H/Tanah Melayu
#melayubersatu #melayubaru