6 November 2026 - Majlis Mengukir Budi, Menyanjung Jasa sempena meraikan mantan Naib Canselor UiTM ke-7, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.
#TerimaKasih#VC7UiTM#UiTMdihatiku
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Seri Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman atas pelantikan semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaya berkuat kuasa 5 November 2026! Selamat maju jaya dalam menerajui kecemerlangan pendidikan tinggi negara. #UiTMdihatiku
Tahniah dan syabas Prof. Madya Dr. Roslinda Alias, Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM, atas penganugerahan Transforming Educational Institution Award sempena Global Educators Award 2026 yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Program Wacana Semarak Patriotisme Siri 2 di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.
UiTM komited menterjemahkan amanat YAB TPM.
Mahasiswa adalah rakan strategik masa depan negara. Patriotisme dizahirkan melalui keberanian berfikir, berintegriti & berbakti kepada bangsa.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin menjalankan fungsi Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkuat kuasa 2 November 2026.
Selamat menjalankan amanah daripada seluruh warga UiTM.
#UiTMdihatiku
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Profesor Ts. Sr. Dr. Md Yusof Hamid atas pelantikan semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UiTM berkuat kuasa 2 November 2026!
Selamat menjalankan amanah dan memacu pembangunan universiti
Tulus ikhlas, seluruh warga UiTM
Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib atas segala jasa serta khidmat bakti sebagai Naib Canselor UiTM.
Terima kasih atas segala ilmu, teladan, dan inspirasi yang ditinggalkan buat seluruh warga universiti.
#UiTMDiHatiku
Alhamdulillah, genap sudah amanah sebagai Naib Canselor ke-7 UiTM.
Terima kasih YB Menteri KPT & seluruh warga UiTM atas kepercayaan serta dokongan. Mohon maaf dan halal atas segala kelemahan diri sepanjang memimpin.
UiTM tetap di hatiku!
Logging out.
#vcuitm7#UiTMdiHatiku ❤️
Seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para ahli akademik yang telah menerima surat kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7).
Setiap amanah dan amalan dinilai pada pengakhirannya. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Begitulah pentingnya menjaga istiqamah dan integriti hingga ke akhir hayat.
Menghadiri Anugerah Akademik Negara Ke-17 yang disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi.
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datin Paduka Setia Dato’ Prof. Emeritus Dr. Aini Ideris atas penganugerahan Tokoh Akademik Negara, serta syabas buat semua penerima anugerah.
Education is one of the strongest long-term links between the United States and Malaysia. 🇺🇸🇲🇾
That link just got stronger. Congratulations to Professor Dr. Shahanum Md Shah of UiTM, the 16th Tun Abdul Razak Chair at Ohio University!
This is the only Chair of its kind in the United States. Named for Malaysia’s second Prime Minister, it brings a senior Malaysian scholar to teach and research in Athens, Ohio, so Americans can learn more about Malaysia. After eight years, it’s back.
Ohio University’s ties with Malaysia go back more than 50 years, and more than 2,400 Malaysians hold degrees from the university.
🎓 Are you an OHIO alum? Tell us your Athens story in the comments, and tag a classmate!
Mempengerusikan Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-105 (Sidang 15) di DATC, meraikan 827 graduan UiTM Cawangan Perak.
Tahniah buat semua graduan & ibu bapa, khususnya Pendaftar UiTM, Tn Hj Nizam atas kejayaan anakanda.
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 (Sidang 14) di DATC meraikan 1,000 graduan UiTM Cawangan Perak.
Sangat terkesan dengan ketabahan anakanda Nurhafiy, pejuang kanser yang berjaya naik ke pentas menghadiahkan selempang ANC buat ibunya.
Tahniah kepada semua graduan dan keluarga!
Pagi 25 Okt 2026, sempat bersama >300 mahasiswa di Program Bakti Siswa Madani, Kg Pulau, Masjid Tanah.
Terima kasih YAB KM Melaka yang menyantuni mahasiswa & menitipkan pesan agar generasi muda berani mengkaji serta meluruskan sejarah bangsa demi jati diri kita.
Seluruh warga UiTM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kpd Dr. Habibah Ashari atas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus (Pakar Bidang Pendidikan) & YBrs. Dr. Hazman Shah Vijayan Abdullah atas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus (Pakar Bidang Sains Pentadbiran).
Kunjungan hormat pengurusan UiTM ke atas TYT YDP Negeri P. Pinang, Tun Ramli Ngah Talib di Seri Mutiara.
Berkongsi perkembangan UiTMCPP dalam bidang kejuruteraan & semikonduktor serta menghadiahkan seramik TPS Ceramic Hub.
Alhamdulillah, berpeluang hadir ke malam kemuncak PULARA 2026 di Dataran MADANI, Seri Manjung yang cukup meriah meraikan puisi, lagu rakyat dan warisan budaya bersama masyarakat serta penggiat seni antarabangsa.
Tahniah UPSI & MAKUM atas pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Menyahut permintaan YB Menteri KPT untuk membacakan sajak sempena Malam Kemuncak PULARA 2026 bertempat di Dataran MADANI Seri Manjung, Perak.
Sajak bertajuk Jampi Bangsaku nukilan Dato’ A. Aziz Deraman.
Merafak Sembah & Setinggi-tinggi Tahniah sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor (2001–2026), DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
Daulat Tuanku! Sembah takzim daripada seluruh warga UiTM.