Respect dengan brother ni. Baru follow LIVE dia dalam 1-2 minggu ni.
Dia umpan p3do dari apps Litmatch dan confront dengan p3do-p3do ni semua. Malam ni je 2 orang dah dia tangkap.
Lepas kantoikan, brother ni and the gang bagi nasihat dulu, kalau next time jumpa buat lagi memang tak bagi chance.
Chris Hansen versi Malaysia.
Video 1st dari LIVE dia tadi pukul 11pm-12am, video 2nd dari vtt dia, orang yang dia kantoikan dalam pukul 10pm tadi.
Kredit dan sumber dari Tiktok papazam01
Jika kamu tidak mampu beri manfaat kepada orang seperti seorang alim yang baik akhlaknya memberi manfaat kepada orang lain. Maka cukup bagimu untuk tidak melukai dan meyakiti perasaan sesiapa ; itu lebih dicintai Allah.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu yang diketengahkan mengenai aktiviti penjualan dan promosi alat/peranti yang digelar “hydrogen inhaler” atau mesin hidrogen serta dakwaan berkaitan.
KKM ingin menegaskan bahawa sebarang peranti perubatan yang dijual atau diguna di Malaysia mesti berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737). Penjualan, pengedaran atau pengiklanan peranti yang tidak berdaftar adalah suatu kesalahan di bawah undang-undang dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.
Orang ramai, khususnya warga emas, dinasihatkan agar:
1. Tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang menjanjikan kesan rawatan atau manfaat kesihatan yang belum dibuktikan secara saintifik dan belum diluluskan oleh pihak berkuasa.
2. Menyemak status pendaftaran mana-mana peranti perubatan melalui laman sesawang rasmi MDA sebelum membuat pembelian.
3. Berwaspada terhadap aktiviti jualan yang menyasarkan golongan berumur dan melibatkan tekanan atau rayuan emosi.
Sebarang aduan mengenai penjualan produk atau peranti tidak berdaftar, atau iklan yang mengelirukan, boleh dikemukakan kepada KKM atau MDA untuk siasatan lanjut.
KKM menggesa orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan berdaftar bagi sebarang isu kesihatan.