Seorang warganegara yg hidup sederhana
Seorang Mantan Projek Koordinator Rolling Stock, Oil & Gas, Power & Energy
Education: MBA, Anglia Ruskin University
@jasonyew@anwaribrahim Mereka tak faham, kaum majoriti di negara kita terasa terancam dalam banyak hal. Fokus dan tackle isu² ini terlebih dahulu..!
Parti komponen dalam PH juga perlu jaga tingkahlaku dan sebarang suara sumbang boleh menjatuhkan imej, bola tanggung. Kebebasan bersuara pun ada hadnya..
@tjerealjoker Pengundi kitakan bijak, itu pasal negara tak maju². Peniaga b/putra harapkan kontrak kerajaan, taukeh besar suap k/tgn awam, ahli² UMNO rapat²kan saf nak dpt laba, itulah kitaran hidup rakyat Malaysia🔥
Cita² nak jadi pengeksport b'pendapatan tinggi, jauh sekali. Berpolitik 24/7.
MCA tak setuju larangan minum arak tepi pantai🔥
Tok Min baru yoo larang seminggu lopeh, dah meroyan dahhhh puak MCA nih.
Baru menang kat Johor dah mula tunjuk perangai.
MCA nak Port Dickson tu jadi macam Phuket ke 🤦
Mentaliti Pengundi Malaysia,Jika Ada Yg Buat Baik Dan Bagi Apa Jua Bantuan Belum Tentu Diterima Rakyat,Ekonomi Negara Semakin Baik,Ringgit Mengukuh Yg Di Ratib Turun @anwaribrahim
@bharianmy Next time jaga tingkah laku, pertuturan di kalangan Adun/MP anda. Jangan menyinggung perasaan rakyat terutamanya berkaitan 3R. Hormat pelbagai budaya, adat, pembesar negara, & pemimpin lain. Jangan main sembur je..Hayati rukun negara. Ada faham ke..? 🔥
"Satu inci tanah saya tak ambil. Satu saham saya tak ambil. Satu projek saya tak ambil. Gaji pun saya tak ambil. Politik ialah khidmat dan tanggungjawab, bukan keistimewaan." - PM @anwaribrahim
Kuasa adalah satu amanah yang sangat berat, bukan tiket untuk membolot kekayaan negara! Keikhlasan memimpin bermula dari pengorbanan diri sendiri.
#PRNJohor #TemuAnwar #JohorKeDepanUndiHarapan #PakatanHarapan #anwaribrahim
@ameydeen_ Masalahnya peniaga tak nak sewa, (tak pasti sewa mahal atau sebaliknya) main dirikan khemah untuk meniaga. Idea dah bagus kemas, tersusun tapi tulah pemikiran sesetengah orang kan...! Tak adil salahkan pihak berkuasa. Bila ambil tindakan tahu pula marah..! 🤦
@MalaysiaGazette Siapa yg bina rumah dan jual rumah di Selangor dan KL? Menteri Wilayah dan menteri selangor kah? Kerajaan Persekutuan nak tolong rakyat memperbaiki flat2 yg telah usang, siapa yg pula bantah di parliament?
JANGAN PAJAK OTAK
Sejak sebelum PRU15, ketika ramai pengundi sudah mula mengalami political fatigue, saya konsisten mempromosikan satu pendekatan yang mudah.
Lihat calon dahulu, kemudian barulah lihat parti.
Selepas beberapa tahun menulis, bersama-sama ramai lagi aktivis dan pencipta kandungan yang membawa semangat sama, saya mula melihat perubahan yang ketara.
Hari ini, semakin ramai pengundi mahu mengenali calon yang bertanding. Mereka ingin menilai latar belakang, keupayaan, integriti dan rekod perkhidmatan, bukan sekadar memangkah logo parti semata-mata.
Itulah tanda pengundi semakin matang.
Mereka tidak lagi memajak otak kepada nama atau logo parti. Sebaliknya, mereka mula menuntut calon yang lebih berkualiti.
Alhamdulillah… 😇
**********
Sejak mula menulis 9 tahun lalu, saya juga sering mengajak kita menolak politik dinosaur.
Bukan bermaksud menolak semua pemimpin lama, tetapi menolak budaya politik kuno yang hidup dengan fitnah, adu domba dan propaganda semata-mata untuk memenangi pilihan raya.
Dalam demokrasi yang matang, pengundi mesti diberi ruang menilai pemimpin berdasarkan prestasi.
Mana yang lebih baik untuk negara.
Mana yang lebih baik untuk negeri.
Itulah makna demokrasi yang sebenar.
Demokrasi yang berpaksikan fakta, data dan hasil. Bukan persepsi dan retorik.
Itulah juga falsafah yang mendasari gerakan Jangan Pajak Otak.
**********
Pagi ini, saya pinjam tiga poster Islah mengenai prestasi ekonomi tiga Menteri Besar di tiga negeri yang berbeza.
Bukan untuk menentukan siapa yang terbaik. Tetapi untuk mengajak kita semua melihat data dan membuat penilaian sendiri.
Kalau kita letakkan logo parti ke tepi buat seketika dan hanya melihat angka, kita akan sedar bahawa umur tidak semestinya menghalang prestasi. Malah dalam beberapa keadaan, kepimpinan generasi baharu sedang membuktikan kemampuannya.
Saya tidak mengatakan semua pemimpin muda itu baik. Dan saya juga tidak mengatakan semua pemimpin lama sudah tidak relevan.
Tetapi apabila beberapa negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar bawah 60 tahun mula menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan, ia memberi satu isyarat bahawa pembaharuan barisan kepimpinan parti politik bukan lagi satu eksperimen.
Ia sudah menjadi realiti.
Rakyat berhak mendapat yang terbaik, tanpa mengira umur dan parti.
Saya berharap lebih banyak parti memberi ruang kepada lebih ramai “Hang Nadim” memimpin, khususnya di peringkat negeri.
Dan saya berharap pengundi tidak lagi memilih pemimpin yang paling pandai memainkan emosi. Sebaliknya, memilih pemimpin yang paling mampu mengangkat akal rakyat melalui fakta, data dan prestasi.
Kerana akhirnya, rakyat tidak hidup dengan logo parti, sentimen dan persepsi.
Rakyat hidup dengan hasil yang dinikmati.
Salam hormat,
Liyana Marzuki