"Siri" tertangguh lagi dek kerana pepijat. Ini bermakna anda terpaksa menunggu lama untuk mendapat versi baharu bagi Siri.
Siri kena masuk sekolah balik, banyak ujian dia gagal.
Fail Digital Meja (Podcast) bersama Sutradara @syafiqyusof bagi filem Soloz: Game of Life kolaborasi bersama @TGVCinemas
Jom ikuti bual bicara termasuk soalan-soalan panas berhubung filem, pembahagian keuntungan, cukai hiburan, kelebihan pawagam di Kelantan serta banyak lagi.
Alhamdulillah, bermula sekadar hobi menulis novel cinta, kemudian beralih ke teknologi atas faktor minat.
Perkongsian pertama saya adalah di platform Facebook, pada ketika itu sekadar suka-suka. Namun, mendapat sambutan hangat dalam kalangan warga maya.
Sejak itu saya mula aktif menulis bermula 2008 sehingga sekarang. Dari berkongsi di grup Apple User Group, kemudian mencari kelainan baharu dengan membuka akaun Twitter (X).
Pada ketika itu, Twitter kurang mendapat sambutan dalam kalangan Penulis untuk berkongsi tentang teknologi.
Asalnya hanya lima orang, kini bertambah ke 350 ribu orang. Saya bersyukur kerana warga maya menyokong apa yang saya lakukan.
Memandangkan saya suka menonton wayang, banyak ulasan peribadi tentang filem telah saya zahirkan.
Alhamdulillah, penulisan saya mendapat perhatian beberapa pawagam yang menghargai usaha yang dilakukan dengan menjemput ke tayangan perdana.
Bermula sekadar tetamu, kini diberi peluang untuk melakukan "Giveaway". Jasa dan peluang yang diberi oleh pihak pawagam akan saya kenang sampai bila-bila.
Dari bergerak solo, kemudian berdua dan kini mempunyai krew dalam kalangan sahabat Twitter sendiri. Saya bersyukur kepada Allah SWT.
Saya tak gila kuasa, semua krew diberi peluang masing-masing untuk menonjolkan bakat.
Saya bersyukur kerana mempunyai seorang sahabat yang menjadi orang kanan dan bertindak sebagai "bayangan XavierNaxa"
Semalam kami selesai membuat rakaman video temu bual bersama Syafiq Yusof yang merupakan Sutradara filem Sheriff yang terkenal.
Saya beri peluang kepada krew untuk menunjukkan bakat masing-masing tanpa memilih siapa mereka.
Paling saya terharu, semua memberikan komitmen yang tinggi.
Tahun ini bermula era baharu, saya akan kembangkan nama Xavier Naxa lebih meluas.
Doakan semoga saya dan krew saya terus berjaya pada masa akan datang.
Saya akui, ramai yang kurang senang dengan cara saya kerana tidak menunjukkan rupa sebenar saya. Seperti yang saya katakan, saya mahu orang menilai dari segi penulisan, bukan sifat zahir.
Saya suka mendengar lagu dan menghayati lirik di bawah yang bagi saya sesuai untuk diri saya yang kurang suka menunjukkan diri di khalayak ramai.
Bila aku sudah tiada
Simpan semua laguku
Jangan di tangis selalu
Mungkin itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan di lupakan aku
Terima kasih kepada semua rakan Twitter (X), pihak pawagam dan penaja yang banyak menyokong saya sebagai seorang insan kerdil yang mahu berkongsi tentang teknologi, perfileman dan lain-lain.
Terima kasih semua. ๐
Bila kurang setuju dengan pandangan saya, saat minta hujahan, dikatakan saya mahu menang.
Sedangkan saya ingin tahu pandanganya bersumberkan fakta atau peribadi. Jika peribadi, saya hormati.