Kalau kamu tak berada dalam kasut orang lain, tak perlu nak menilai melebih-lebih. Kamu bukan rasa apa yang dia rasa pun. Nak lebih-lebih, simpan dekat dalam. Nak nasihat, nasihat dengan baik dahn berhemah, bukan semberono. Tak perlu sakitkan hati orang.
Kita mudah burnout bila cuba ambik alih kerja Tuhan. Jangan serabutkan diri dengan cuba menyusun takdir. Itu urusan Dia.
Tugas kita cuma jalani sahaja, selesaikan bahagian kita yakni ikhtiar dan ibadah. Yakin Allah akan tolong dan serahkan pada Dia.
Jadilah perempuan yang tenang, bukan yang sibuk membuktikan. Perempuan yang percaya pada dirinya sendiri tanpa perlu validasi siapa pun. Yang tidak haus perhatian, tidak sibuk membandingkan hidupnya dengan orang lain,
I mean masing-masing ada masalah kan. Yang serabut tak bayar bil tertunggak, duit takda, yang nak bunuh diri terjun bangunan, yang rasa malas melampau, yang kena fitnah, kena aniaya. Eh macam2 la 🙃🙃